Thursday, 23 March 2017

Jaulah Day 2:Jejudo kami datang.


Assaamualaikum..
Saya sambung share jaulah saya baru baru ni ya.Hari kedua kami spend kat Jeju Island. Jeju island atau Jejudo ni 3x  lebih besar dari Seoul dan banyak tempat nature yang cantik.Alhamdullilah sangat kami tak jadi pergi ke Everland,kalau tak mesti menyesal sebab tak dapat pergi Jejudo..

Ketibaan kami di sambut Ms Cindy,tour guide Korea  kat Jeju Sebelum pergi sightseeing, kami singgah di kedai untuk beli apa2 yang boleh dimakan sebagai sarapan. Kami x berani beli ape2 selain Banana Uyu (Banana milk,sedap)1300W each=RM4++ ,telur rebus (orang korea suke makan as snack) 500W each=RM1.80 dan nasi segera 1000W=RM3.70.Sepanjang perjalanan ,memang banyak nampak pokok limau dan  patung harubang.Harubang ni kepercayaan diorang, dewa yang jaga pulau ni..

Cuaca di Jeju sejuk jugak,tapi tak sesejuk di Seoul.Masa tengah bergambar ,salji nipis turun..Alhamdulliah,merasa jugak snowing..
Destinasi pertama kami adalah di Jusangjeolli cliff.Kat sini pemandangan sangat cantik.Boleh tengok curam batu2 yang terbentuk hasil dari letusan gunung berapi dulu.Yang uniknya batu2 ni berbentuk hexagon.Tak leh jumpe lah kat negara kite.hehe.

Batu dibelakang berbentuk hexagon kalau tengok betul2
Batu bentuk hexagon terbentuk  semulajadi
(Abaikan org yg tidur dlm gambar)

Disekitar  Jusangjeolli cliff ni ,banyak benda2 interesting.Ade Kpop Museum,Hello kitty Caffe,Reply Believe or Not Museum,Chocolate Land  and of course banyak coffee caffee.Lepas bergambar ,ade sebahagian dari kami request nak masuk Kpop Museum ,12000W:RM44 each,tapi saya and siblings tak masuk sebab..mahal & tak nak lah..Sementara tunggu diorang dalam 45 minit, kami jalan2 n posing disekitar.Seronok sebab di Jeju mase kami sikit, jadi ni jela mase yng ade nak posing  buat kenangan..Kami banyak ambik gambar(memang banyk tempat cantik2 nak brgambo ,trustme!) , tak masuk pun, cume singgah kat Coffee shop ,panaskan badan lepas jalan2.


KPop Museum

Pokok hiasan bawah tu sebenarnya guna sayur kubis.
Kreatifkan diorang,


   
Lanskap disekitar Jusangjeolli cliff
Then ,kami dibawa ke Chonjiyeon  waterfall. Air terjun yang famous di jeju .Sangat cantik ciptaan tuhan.. Ade dua air terjun kat situ dan kawasan die rendah,jadi ke turun  n naik tangga sikit.Worth it come here. Tapi,kami x leh nak lame2 sangat sebab banyak tempat nak cover,Ms Cindy kami memang laju je nk tolong tangkap gambar semua sebab takut kami lambt nak posing sorang2..haha





Tengahari,Ms Cindy bawa kami makan di sebuuah kedai seafood dan trjumpa dengan sorang rakyat Malaysia,perempuan ,solo,travel sebulan  disana.Impressive betul!Sbelum tu Ms Cindy dan pesan kalau boleh order 1 sorang sebab biasa tauke x brape senang kalau orang ramai tapi order sikit..Kami beli la satu sorang.Kami order Korean Pancake (sedap,bnyk sotong),Bimbimbap(Nasi + sayur campur +eggyolk:boleh tahan sedap,boleh makan),Seafood soup(boleh tahan sedap) dan Ikan bakar(sedap). Harga semuannya 15000W each=rm55.Dan kat sini boleh minum coffee free dan boleh take away….Kami puas hati makan disini..

Korean Pancake

Bimbimbap


Lepas tu kami melawat Seongsan illchunbong.Ondway nak ke sini, memang banyak ladang canola cantik sangat.Tapi nak masuk kene bayar skit,jadi kami berhenti kat luar je dan tangkap gambar dari dalam kereta.Tu pun ahjumma yang jaga macam dah tengok2 kami…Sampai di Seongsan illchunbong, kami solat kat rooftop satu kedai ni.Sejuknya ya ampun, angin kuat, nak amik air semayang jejak lantai sejukk sangat2.Memang pijak kasut je..

Patung harubang  di Seongsan Ilchunbong,Jejudo

Seongsan illchunbong ni macam kawasan ladang , tepi laut, berbukit dan boleh tengok sunrise dari puncak.Kat situ jugak boleh tengok ahjumma yang diving utk cari tiram.Kawasan sangat cantik dan angin agak kuat,tapi still bearable suhu die berbanding Seoul.Tapi still x leh bukak glove lame2 jugak,sejukk.

Kemudian kami singgah di Seopjikoji.Seopjikoji ni terletak di tepi laut.Kat situ boleh tengok batu2 cantik hasil dari letusan gunung berapi. Katanya ade beberape Korea drama buat disini.Kami ambil gambar sambal menghayati ciptaan Allah.Ade satu batu ditengah laut yang boleh lihat dari situ,peak dia memutih ,Ms Cindy explain tu bukan dicat jadi cantik tapi tu seagull poo..JMesti datang sini kalau ke Jeju.

Peak batu tengah laut berwarna putih due to seagull poo


Di sebelah petang pula,plan asal nak ke Saryeoni Forest, tapi Ms Cindy suggest pergi ke Songeup Folk Village.Kat village ni boleh tengok rumah2 yang diperbuat dari batu hitam dari letusan gunung berapi dan tanah liat.Rumah2 tu memang rumah asal dari dulu dan bukan dibina untuk perlancongan dulu.Ini kira budaya unik penduduk Jeju dulu la.
Rumah dibina dari tanah liat dan batu hasil letusan gunung berapi

Setelah seharian ronda2, kami bergerak pulang ke hostel kami,The Forest Hotel.Tapi ondaway back,kami singgah di kedai kawan Ms Cindy, jual coklat dan vitamin berasaskan limau.Kami beli vitamin sahaja sebab takut terbeli coklat nonhalal.Harga vitamin 10000W:RM37..

Di ladang limau.Tapi tu limau tipu je coz belum
musim berbuah.Patung tu menag ada dimane2 diJeju

Kami sampai hotel dalam pukul 6petang lebih.Lepas tu kami berpakat nak terus jalan2 di sekitar hostel dulu sebelum naik berehat.Kami pergi ke Pasar Dongmun beli buah limau.Asal nak beli limau hallabong tapi bace review cakap x sesedap limau biasa, lastly beli limau Jeju biasa sahaja,harganya 10000W:RM37 utk 6 biji.Kami jalan juga pasar bawah tanah dan di sekitar.Banyak kedai jual barang2 winter dan sovineer.Nak cari Paris Bagguite tapi tak jumpa,lastly kami terus balik hotel sebab kesejukkan yang amat. 

Suasana malam di Pasar Dongmun.Memang banyak betul limau dijual.

Patung Harubang banyak dijual sebagai souvenir di Jeju


Malam tu kami makan nasi segera dengan serunding,ayam goreng dari Malaysia dan buah limau .. MasyaAllah buah limau manis n sedap.Bilik di hotel cantik, cuma  tempat makan dia kurang muslim friendly ,not like di Jongnowon hotel.Dia tak asingkan muslim & non muslim cutleries. Kami memang tak guna apa pun kecuali microwave.Then ,malam tu ditakdirkan heater rosak,memang kesejukan tidur terketar2 dengan winter coat.Tpi tidur jugak sebab keletihan dan esok flight ke Seoul awal pagi.

Satu hari sebenarnya tak cukup nak jalan semua tempat best di Jeju. Kesimpulannya,jalan2 di Jeju sangat best, rugi tak singgah bila ke Korea…J



Jaulah Day 1: Bumi Seoul , Insadong


Assalamualaikum

Alhamdullilah, segala puji bagi Allah yang memberi kita segala nikmat,apa yang kita ada hari ni semuanya dari Allah. Mana milik kita, semuanya milik Allah..

Kali ini perkongsian saya tentang jaulah atau kembara  6 hari saya ke bumi Korea Selatan 23-28 Jan 2016 yang lalu. Perkongsian saya ni, bertujuan untuk rujukan siapa yang nak ke korea dan jugak untuk kenangan saya.hehe.sebab sebelum ni kalau travel negara/i orang, lupe tempat yang dah pergi…



Alhamdulillah,kali ini trip saya bersama dengan 3 adik beradik perempuan dan rakan travel 3 orang lagi.Kami pergi dengan tour guide sebab takut sesat & nak jimat masa memandangkan musim sejuk,waktu siang pendek.

Okeylah, hari pertama kami sampai di Incheon Airport ,Seoul pada pukul 8 pg.Bila keluar airport,masyaAllah baru la terase sejuknya,-10c,feels like -14..Cakap berasap.Salji penuh…hehe.Alhamdulliah..



Yang guide kami, pelajar Malaysia di Korea bawa kami ke hotel di Insadong, Jongnowon hostel, 1 jam dari airport.Kami bersarapan di restoren vegetarian, muslim friendly berdekatan.Kat situ, saya first time rasa mi jajangmyeun(black bean noodle) 9500W each=RM 33++-kene dengan tekak saya, dan sundubu jigae (nasi perang + tofu stew) 15000W=RM55-Rasenya boleh telan..Harga makanan disini memang mahal,jadi be prepared la.huhu  

Sundubu jigae


Lepas kami check in di hostel dan rehat rehat kejap,kami dibawa ke tempat shopping di Ssamziegil, Dekat saja dari hotel kami.Tempat ni banyak barang2 unik dan tempat bergambar yg comel2.Boleh la nak amik gambar .Sini tak beli ape2 sebab harga agak mahal.


Di Ssamzeigil, Insadong






Seterusnya kami naik subway untuk ke Gwanghwamun ,boleh tengok statue raja Sejong. Kami kemudian  dibawa ke Gyungbukgung Palace, istana  zaman jesoun..Disini, kami  x semangat sangat nak tahu sejarah semua sebab  seronok sangat ambik gambar dgn salji sebab cantik..orang Trg cakap, “sukaan sangat”,sampaikan guard halau ,sebab main jauh sangat..yang lawaknye guard tu x reti cakap english ,kitorang paham2 sendiri je.Boleh try baju Hanbok disini,tp kne byr..

Tugu Raja Sejong

 With Koreans yang pakai hanbok.

Gyungbokgung Palace



Dalam palace

Oleh sebab semua sangat kesejukan, kitorang minum kopi kat situ.Pahit n mahal,harganya  6000W=RM22..Not recommemded.haha..N kopi sekejap je jadi air sejuk..

Lastly kami dibawa ke Cheongye stream..Sungai yang panjang ,bersambung dengan Han River.Tempat famous kalau orang datang ke Korea.Tempat ni cantik ,waktu malam dan bila ade festival ape2..Kami amik gambar je , dan terus balik sebab sangat kesejukan.



Kami makan malam di hostel,makan mee segera.Memang letih balik malam sebab dah seharian berjalan macam robot, memang x larat nak masak2..

Nanti saya memang nak buat entri perkongsian persiapan sebelum ke Korea..Kalau nak tahu,tengok post seterusnya ya..Bye for now..

Friday, 12 August 2016

Mencari hidayah di depan mata


Salam semua,

Sharing moment saya  kali ini adalah mengenai experience saya  sebagai pelajar pergigian di USIM .

Saya nak  share benda positif yang boleh diambil dalam kisah saya .Semoga ada sesuatu yang boleh  dipelajari.

Walaupun lambat saya sedari benda ni, tapi saya bersyukur pada Allah sebab Allah pinjamkan dan bagi saya jumpa dangan orang-orang yang hebat.                 

Sebenarnya setiap orang di sekeliling kita ,tak kisahlah keluarga , sahabat, lecturer, cleaner dan siapa sahaja yang jumpa , kita boleh belajar sesuatu dari dia.

Contoh dalam kisah saya, saya selalu ditakdirkan duduk dgn orang yang quite perfectionist..Saya tidaklah tak suka cume kadang2 stress dengan si dia.

Saya pernah sebilik  dengan sahabat yang MasyaAllah sangat pembersih dan pengemas...Susun hanger almari ikut warna, gantung baju cantik. Tudung jarang sgt berkedut. Penampilan die , sopan dan kemas. Suka letak certain barang, certain way. Barang2 beliau jarang hilang. Memang agak takut juga nak sentuh barang dia.

Tapi yang positifnya ,sikap ini  buat saya rase malu bila rumah saya tak bersih dan tak sekemas dia.Benda yang simple, tapi kalau dah menjadi habit, ianya nampak cantik di mata orang.

 Jadi sedikit sebanyak sensitivity saya dangan kebersihan improved (I guess;)) & buat saya rase nak contohi si dia. Terima kasih awak.




Berpartner di klinik dengan seorang sahabat ni: Yang superb laju dan bagus.Cekap dan kompetent dalam keje. Boleh dikatakan kesayangan lecturer. Ya ,memang saya stress, tp sebenarnya sy banyak belajar dari dia.Kes2 yang dia buat saya banyak belajar.Terima kasih awk.

Seorang insan yang sangat saya kagumi. Beliau memang menjadi role model kami pelajar yang mengenali.  Bekas dekan Fakulti Pergigian. 

Dalam kelas beliau:

Punctuality is a must: lewat  beberapa minit pun,pasti akan ditegurnya,malah ada yang pernah dikunci diluar kelas. Beliau memang persistent bab ni.Memang kadang2,terdetik dihati, “ 3 minit je kot lambat” ,tetapi benda ini lah yang membentuk habit yang buruk in future.

Beliau juga selalu tekankan bab adab2 ,kebersihan dan professionalism.Banyak bende simple yang ditegurnya but they really make sense. Contoh:

-lepas guna kerusi sila susun semula:dikelas ,dapur dan sebagainya
-kebersihan:pastikan everything tersusun & tiada visible rubbish here n there
-Gantung gambar,tak boleh senget..

Perfectionism is something that many people dislike but hey, it`s cool too..

And most importantly: ALLAH loves something near to perfectionism.

Hadis:
Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daaripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan,ia melakukannya dengan baik,sempurna dan teliti”
(Riwayat al-Baihaqi) 


Seorang lagi sahabat saya,kakak senior ni.Dimata saya kakak ni memang bagus, boleh jadi motivator yang hebat. Walaupun dia pernah diuji dengan sesuatu, tapi jasa baik dia menolong saya di waktu kesusahan saya akan kenang sampai lah akhir hayat saya ,selagi akal saya waras.Saya tak bercerita lebih tentang kakak ni, tp saya cuma nak bagitau:

1)       Bila seseorang ada akhlak yang baik, semuanya nampak baik di mata orang lain.

2)     Orang yang dianggap teruk skali didunia pun can be very useful &bagi nasihat & berdakwah: at least cakap “jangan jadi macam saya”.

3)   Buat la sekecil2 kebaikan pada sesiapa yang memerlukan, sesungguhnya kita tak tahu orang yang kita tolong tu mendoakan kebaikan kita waktu kita tengah tidur




Ramai  dan banyak lagi kalau nak cerita, apa yg saya belajar dari kawan2 saya yang lain , cukup la yang ni saya bagi contoh.Terima kasih pada semua yang pernah hadir dalam hidup saya.Allah punya sebab hadirkan  setiap orang  dalam  hidup kita ,Allah nak guide kita melalui orang2 tersebut..Kita pun tak semestinya jumpa yang baik2 je  atau yang menyenangkan hati saje sahaja dalam hidup ini sebab tak semua orang perfect .Jadi ambil  yang positif sahaja dari setiap pertemuan,  InshaALLAH kita akan jadi orang yang beruntung. Mungkin kita bole start berfikir, apa yang kita boleh belajar  dari setiap orang yang kita jumpa , moga hidup kita lebih bermakna inshaAllah.

Bye for now.

.



Saturday, 4 June 2016

Muhasabah sejenak



Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua?

Semoga kita semua..

Dalam keredhaan Allah selalu dan dipermudahkan untuk buat kebaikan

Diberi kekuatan untuk memperbaiki diri.

Berjaya menjadi tuan kepada nafsu kita, bukan hamba kepada nafsu..

Semakin lama kita membesar dan menjadi dewasa,kita sedari…

Setiap orang laluan hidupnya berlainan Allah susun..

Ada orang dipermudahkan dalam suatu perkara,
tapi ada perkara lain yang Allah mudahkan untuk kita,

Setiap orang ada lorong hidup masing2..Tiada persaingan melainkan untuk berlumba2 mengumpul pahala  di lorong masing2.

Sampai satu saat kita dipanggil pulang, pahala sahaja yang menjadi perkiraan..

Masih belum terlambat untuk kita bermimpi,menjadi orang soleh dan hebat disi Allah.

Menjadi soleh-solehah dan menjadi hebat hanya kerana Allah tanpa ada pengaruh dunia,

Walau sekarang terasa noda hitam dihati, janganlah malu merendah diri,mohon pada Allah memberi peluang pada kita..

Untuk jadi orang soleh/solehah..
Kerana, hanya yang bertaqwa berhak ada disyurga Allah dan dimuliakan nanti..

Semoga kita semua..

Diberi rasa qanaah selalu,

Diberi ketenangan dan kebahagian selalu,

Diberi kekuatan untuk istiqomah taat pada printah dan laranganny

Semoga mendapat husnul khatimah  di penghujung usia.

Mari selalu berdoa kearah kebaikan.

Saya memohon ampun pada sahabat yang mengenali andai pernah mengguris hati.Semoga kita dilimpahi rahmat selalu.
4 june 2016






Saturday, 6 February 2016

Tips Bahagia Prof Muhaya

                                       
Alhamdulillah.

Mari kita bersyukur dan bersyukur  pada Allah diatas nikmatnya yang banyak pada kita. Allah tidak pernah berkira dengan kita.Walaupun kita selalu juga buat yang Allah tak suka, contoh?

# buang masa dengan online lama2
#mengumpat
#tak jaga mata & telinga dengan lihat & dengar apa yang Allah tak suka
#tak jaga hati:dengki,benci ,marah
#malas berusaha majukan diri
#tak jaga pergaulan
#lagi teruk buat dosa2 besar: zina,riba
Tapi Allah tak berkira dengan kita . Allah masih sudi memberi kita nikmat kenyang dan sihat dan lain2.Jadi sudah semestinya kita perlu buktikan rasa syukur kita setiap hari.Macamanaa?usahalah untuk perbaiki diri & dekatkan diri pada Allah setiap hari.

“Bahagia dan membahagiakan”. Itulah tajuk buku tulisan Prof Muhaya yang saya sempat habiskan.Jadi saya nak kongsi beberapa ilmu  pada sahabat2 semua .Buku ini banyak dikongsi soalan yang biasa ditanya  dan jawapan prof.Jadi saya coretkan disini supaya  lebih ramai dapat manfaat dari perkongsian beliau.


Antara tip untuk bahagia:
v  Maafkan diri sendiri dan orang lain
              Kita perlu buang perasaan marah ,dendam dan menyesal dalam diri.
 Ada kajian dibuat pada orang yang ada perasaan sebegini.Peluh yang dikeluarkan oleh orang ini mempunyai Ph yang rendah. Maksudnya ,badan mengeluarkan banyak acid.Jadi bila dalam hati tak sihat, badan pun jadi tak sihat.

v  Membentuk imej diri yang positif.
Imej diri ialah sikap luaran kita yang mana akan mengikuti apa yang kita niat dan fikirkan dalam hati.Jadi kita perlu bentuk imej diri yang baik dengan  selalu berfikiran positif.
Elakkan menyalahkan diri sendiri, merungut dan berfikiran negatif, sebab itu ciri2 orang yang tak berjaya
v  Jika ada orang tak sayang atau tak suka kita, kita kena cari apa sebab dan perlu perbetulkan diri kita dulu.
v  Jangan terlalu fikir tanggapan orang pada kita
Carilah penghargaan Allah jangan cari penghargaan manusia.
What other people say will not harm you until you let them.
Perkataan risau dan takut orang kata,perlu didelete dari kamus hidup kita kalau nak berjaya.
Mari kita sama2 amalkan untuk  takut hanya pada yang berhak iaitu Allah swt sahaja.

v  Pandang sesuatu yang berlaku dari sudut positif
Cuba kita renung kisah Syed Qutb semasa beliau dipenjarakan.Beliau rasa gembira bila dipenjara sebab beliau tiada gangguan untuk  beribadah pada Allah sehingga beliau boleh hasilkan karya dalam  penjara.

v  Redhalah dengan takdir yang menimpa kita
Setiap orang telah Allah tetapkan takdir masing2,janganlah kita menyesal tapi kita perlu cuba untuk ikhlaskan diri.InshaAllah ,pahala besar menanti kita.

Bahagia itu tak perlu dicari, tapi kitalah  mencipta kebahagiaan dalam diri kita. Let`s move on. Jangan pandang lagi masa silam kita dan mula kan hidup baru. Jom sekarang kita bergegas memajukan diri dan mendekatkan diri pada Allah.

Saat ini juga, marilah kita:

@ berzikir dengan zikir Fatimah:SUBHANALLAH, ALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR (33X)
@ membaca alquran
@ mencari ilmu:membaca buku pelajaran, majalah islam, sirah nabi
@ menguruskan rumah:bagi bersih,terurus
@ rancang masa depan:sebulan,setahun,5 tahun akan datang
@ buat sesuatu yang bermanfaat pada diri sendiri dan  orang lain:sedekah,tolong orang

  
Let`s make everyday ,an upgrading day.


Till we meet again ,you take care.
Wallahua`lam











Friday, 29 January 2016

Pemuda pemudi harapan ummah, berubahlah.

Assalamualaikum wbt
Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana disaat ini jantung kita masih lagi berdenyut dan kita masih boleh menghirup udara kurniaan Allah.Cuba kita sentuh dada tempat terletaknya jantung kita..Pernahkah kita terfikir suatu saat nanti jantung kita akan berhenti berdegup dan kita akan dipanggil pulang oleh Allah. Oleh itu marilah kita berusaha untuk penuhkan masa kita mengumpul bekalan untuk dibawa pulang dalam hidup yang singkat ini. Sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia.Jadi sebenarnya kehidupan kita didunia ini tak sampai sehari pun hidup kita diakhirat sebab kita mustahil akan hidup selama 1000 tahun.
Hari ini saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat dari buku Tarbiyah Sentap ditulis oleh Ustaz Adnin Roslan. Buku yang sangat bagus  dibaca kerana isu yang dibincangkan sangat dekat dengan realiti anak muda sekarang, kerana saya sendiri dapat lihat perkara2 tersebut memang membelenggu anak muda. Antara isu yang disentuh adalah berkaitan dengan ikhtilat, hiburan , taubat dan Jemaah.

Buku rujukan

Ikhtilat
Realiti: Pemuda dan pemudi bergurau senda di alam maya dan realiti, puji memuji ,bertepuk tampar ,menggunakan alasan berdakwah untuk bercouple
Ikhtilat bermaksud percampuran lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
Hukum asal ialah haram.
Tetapi hanya  menjadi harus jika darurat (contoh :selamatkan orang ) dan ada hajat(contoh:jual beli,belajar).
Tapi dalam keadaan harus pun ada syarat2nya contohnya menundukkan pandangan, tidak bercakap dengan suara yang lunak,tutup aurat,serius,menjaga jarak  dan tidak memakai wangi-wangian (perempuan).
Dikongsikan juga 7 jalan zina: bermula dengan pandang2, senyum2, memberi salam/sapa, membuat temu janji, berjumpa ,zina ,masuk neraka.
Jom sahabat2 semua, kalau  tiada urusan, tak payah lah sembang  dengan berlainan jantina bukan muhrim.Allah mengharamkan kita mendekati zina bukan sahaja berzina.Kalau kita buat: kita berdosa..
Hiburan
Realiti:Pemuda pemudi samada yang ikut atau tak ikut usrah semuanya tak terkecuali berhibur dengan hiburan tidak islamik.Tengok cerita cinta melayu yang bersentuhan dan romatik2 tanpa rasa bersalah.Tengok cerita korea dan English: perempuan tak pakai tudung dan lelaki nampak pusat tanpa rasa malu,kissing part.kemudian cakap biasalah dan relaks lah,  orang bukan islam…



Sebagai orang islam, kita perlu berhukum dengan hukum islam termasuklah dalam part berhibur. Berhibur boleh jatuh kepada 4 hukum.
1.       Wajib: Mendirikan  solat fardu , menjadi hiburan pada orang islam.Sebab nabi saw sendiri menganggap solat itu satu kerehatan
2.       Sunat: Melakukan amalan sunat :membaca Alquran juga memberi kerehatan pada orang islam
3.       Harus: Video atau cerita yang menutup aurat,tidak melanggar batas syariat dan tidak timbulkan syahwat
4.       Haram: Cerita yang ada unsur seks seperti mendedahkan aurat, minum arak dan ikhtilat. Perlu dijauhkan sebab kalau kita tengok bermakna kita  bersetuju dan menyokong cerita itu dengan menontonnya
Jom anak2 muda,sibukkan diri dengan hiburan berfaedah.Mati itu tidak kira muda atau tua..
Taubat
Realiti:Ada segelintir pemuda/I yang terjebak dengan ikhtilat, pernah berzina,pernah tengok video lucah, sengaja buat masalah dengan terlihat dengan dadah/rokok/ponteng
Mari kita bertaubat selalu.Jangan pernah jemu.Bertaubatlah walau berapa kali pun kita jatuh.Allah maha pengampun dan pemaaf.Dan berubahlah sekarang juga kearah kebaikan.

Beberapa tip dikongsi untuk elakkan kita buat ulangi maksiat:
-Bertaubat sungguh2:menyesal dan berazam2 sungguh2 untuk tidak ulangi dosa tersebut
-Membuang semua punca maksiat simpanan kita:remove cerita tak soleh, unfriend berlainan jantina/crush
-jangan duduk berseorangan dan sentiasa duduk berdekatan dengan orang baik
-sibukkan diri dengan perkara berfaedah:join program kesukarewanan,usrah,gotong royong rumah,baca buku bermanfaat,belajar
-mendenda diri:contoh,kalau tengok video tak soleh,kena sedekah RM50.Kalau mengumpat seseorang ,kene minta maaf dan belanja orang itu. kalau ikhtilat, kene puasa 3 hari ,kalau tertinggal solat kene baca 1 juzuk Al-Quran.
Cara ini  bagus,sebab kita boleh buat syaitan fikir berkali2 untuk goda kita buat maksiatJ
Jemaah
Realiti: Ada orang tertanya2 macamana nak tahu Jemaah/kumpulan islam yang kita ikut tu betul?
Ada dikongsikan dalam buku ini, kita perlu mendalami sirah2 Rasulullah saw dan para sahabat dalam bersahabat dulu barulah kita dapat menilai Jemaah mana yang betul. Kalau sirah2  tersebut pun kita tak tahu, payahlah kita nak identify yang betul. Jemaah yang dipilih  mestilah patuh syariat dan mengajak kepada islam ,bukan pada Jemaah.
Setakat ini dulu perkongsian saya.Untuk lebih faham isu di atas boleh baca sendiri buku Tarbiyah Sentap.
Sesungguhnya memahami islam dengan sebetul2 nya adalah untuk kebaikan diri sendiri sebenarnya.
Jom selamatkan diri ,saudara  mara dan sahabat kita dari api neraka.
Wallahu`alam





Friday, 8 January 2016

Supaya Ujian Menjadi Jannah


Assalamualaikum wbt..

Alhamdullillah , mari bersyukur atas semua nikmat yang kita kecapi. Disaat dan waktu ini:

Ada orang ,tak dapat bernafas dengan normal kerana penyakit yang ditimpa

Ada orang, ditakdirkan dalam penjara atas sebab2 tertentu

Ada orang , dalam kelaparan tak ada pun secebis makanan untuk dimakan

Ada orang, tiada sape2 lagi di dunia, untuk dikongsi masalah

Ada orang, dilahirkan dalam keluarga susah sangat2 ,x boleh sambung blaja.

Ada orang baru kehilangn insan tersayang, bukan seorang tetapi seluruh keluarga kerana kemalangan

Ada orang, hanya tinggal di dalam khemah,kerana rumah telah dibom musuh Allah

Tapi kita, alhamdulilah setakat ini cukup saja keperluan harian,boleh makan ,bernafas dan ada family lagi. Tepat sekali hadis Rasulullah saw, kita perlu lihat orang yang dibawah supaya kita lebih bersyukur.Bila kita bersyukur,justeru Allah akan tambah nikmat kita.Itu janji Allah yang wajib kita percaya.

Baru-baru ini saya menghabiskan masa beberapa jam mendengar ceramah Prof Muhaya.Banyak tip2 yang saya dapat dan suka untuk share pada semua.Nasihat2 daripada beliau Alhamdulilah soothing  me out from the calamity I`d faced.

Ujian

Kata beliau, kehidupan itu sendiri adalah ujian.Ujian adalah untuk meningkatkan darjat seseorang dan berbeza setiap orang.Contoh, soalan exam pelajar universiti mestilah lagi susah dan power dari pelajar tahun satu.Makin besar ujian itu, makin besarlah title /kedudukan kita disisi Allah..Kalau kita lepas dengan flying color.

Kata beliau lagi, orang berjiwa besar nampak masalah yang besar itu kecik saja.Orang berjiwa kecil tengok masalah yang kecik  tu besar.Kesimpulannya kita jangan besarkan masalah itu.Jangan sesekali tanya kenapa ? kenapa berlaku ?kenapa aku?kenapa3..Sebaliknya, apa yang dapat dipelajari dari masalah itu dan macamana nak selesaikan masalah itu..Jalan terus.



Magnifying glass.

 Prof Muhaya juga ada share bahawa setiap orang perlu memperbaiki magnifying glass masing2.Beliau umpamakan magnifying glass dengan focus kita.Bila ditimpa masalah focus kita, jangan tengok pada yang buruk, tapi fikir peluang dan ruang yang kita dapat dari masalah itu.Contoh, bila kita guna kanta pembesar, jangan dibesarkan lipan & binatang berbisa,tapi besarkan bunga dan pemandangan yang indah.Tentu kita lebih bahagia dan dapat banyak manfaat

Beliau juga berkongsi bahawa jika nak berjaya kita perlu jauhi perkataaan takut,risau, tapi,kalau,orang..Sebab perkataan ni yang selalu buat kita lemah.Jangan peduli apa orang kata kalau yang kita buat betul. Kita tak boleh puaskan hati semua orang dan bukan semua orang suka kita improve dan berjaya.Kita buat kerana ALLAH,inshaAllah, kita akan menuju kejayaan..


Antara sabar dan redha

Indicator orang mukmin ialah bila diuji mereka akan menyebut Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.Sabar dan redha itu ada beza,kata beliau.Sabar: walaupun hati sedih,tapi luaran  kita happy dan senyum. Redha: bila hati gembira dan luaran pun kita happy.Bila kita redha dengan takdirnya ,itu lebih baik dan membahagiakan sebenarnya.

Bila diuji, boleh baca doa ini supaya kita mendapat manfaat dari ujian ini:




Sabda Rasulullah saw:





Orang mukmin jua bila diuji,lebih dekat dengan Allah.Jangan kita buat perkara yang Allah tak suka, sebaliknya buat apa yang Allah suka seikhlasnya.Contoh,bila diuji je terus beri sedekah,terus buat kebajikan kat rumah:kemas rumah, terus bace Al-Quran banyak2 dan zikir.Jadi, syaitan takleh ambik kesempatan kat kita.Kalau down sgt2 pun, boleh menangis sebab memang sedih tu fitrah orang diuji tapi, jangan buat yang Allah larang ya.


“Sesungguhnya setiap amal itu ada saat semangatnya dan setiap saat semangat itu ada saat futurnya.Maka barangsiapa yang futurnya kepada sunnahku,sungguh dia telah mendapat petunjuk.Dan barangsiapa yang futurnya kepada selain daripada itu sesungguhnya dia telah tersesat.”

(Hadis riwayat Tarmizi)

Semoga  Allah beri cahaya kepada kita selalu dan kuatkan hati orang yang diuji.

Till we meet again, you take care.