Friday, 8 January 2016

Supaya Ujian Menjadi Jannah


Assalamualaikum wbt..

Alhamdullillah , mari bersyukur atas semua nikmat yang kita kecapi. Disaat dan waktu ini:

Ada orang ,tak dapat bernafas dengan normal kerana penyakit yang ditimpa

Ada orang, ditakdirkan dalam penjara atas sebab2 tertentu

Ada orang , dalam kelaparan tak ada pun secebis makanan untuk dimakan

Ada orang, tiada sape2 lagi di dunia, untuk dikongsi masalah

Ada orang, dilahirkan dalam keluarga susah sangat2 ,x boleh sambung blaja.

Ada orang baru kehilangn insan tersayang, bukan seorang tetapi seluruh keluarga kerana kemalangan

Ada orang, hanya tinggal di dalam khemah,kerana rumah telah dibom musuh Allah

Tapi kita, alhamdulilah setakat ini cukup saja keperluan harian,boleh makan ,bernafas dan ada family lagi. Tepat sekali hadis Rasulullah saw, kita perlu lihat orang yang dibawah supaya kita lebih bersyukur.Bila kita bersyukur,justeru Allah akan tambah nikmat kita.Itu janji Allah yang wajib kita percaya.

Baru-baru ini saya menghabiskan masa beberapa jam mendengar ceramah Prof Muhaya.Banyak tip2 yang saya dapat dan suka untuk share pada semua.Nasihat2 daripada beliau Alhamdulilah soothing  me out from the calamity I`d faced.

Ujian

Kata beliau, kehidupan itu sendiri adalah ujian.Ujian adalah untuk meningkatkan darjat seseorang dan berbeza setiap orang.Contoh, soalan exam pelajar universiti mestilah lagi susah dan power dari pelajar tahun satu.Makin besar ujian itu, makin besarlah title /kedudukan kita disisi Allah..Kalau kita lepas dengan flying color.

Kata beliau lagi, orang berjiwa besar nampak masalah yang besar itu kecik saja.Orang berjiwa kecil tengok masalah yang kecik  tu besar.Kesimpulannya kita jangan besarkan masalah itu.Jangan sesekali tanya kenapa ? kenapa berlaku ?kenapa aku?kenapa3..Sebaliknya, apa yang dapat dipelajari dari masalah itu dan macamana nak selesaikan masalah itu..Jalan terus.



Magnifying glass.

 Prof Muhaya juga ada share bahawa setiap orang perlu memperbaiki magnifying glass masing2.Beliau umpamakan magnifying glass dengan focus kita.Bila ditimpa masalah focus kita, jangan tengok pada yang buruk, tapi fikir peluang dan ruang yang kita dapat dari masalah itu.Contoh, bila kita guna kanta pembesar, jangan dibesarkan lipan & binatang berbisa,tapi besarkan bunga dan pemandangan yang indah.Tentu kita lebih bahagia dan dapat banyak manfaat

Beliau juga berkongsi bahawa jika nak berjaya kita perlu jauhi perkataaan takut,risau, tapi,kalau,orang..Sebab perkataan ni yang selalu buat kita lemah.Jangan peduli apa orang kata kalau yang kita buat betul. Kita tak boleh puaskan hati semua orang dan bukan semua orang suka kita improve dan berjaya.Kita buat kerana ALLAH,inshaAllah, kita akan menuju kejayaan..


Antara sabar dan redha

Indicator orang mukmin ialah bila diuji mereka akan menyebut Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.Sabar dan redha itu ada beza,kata beliau.Sabar: walaupun hati sedih,tapi luaran  kita happy dan senyum. Redha: bila hati gembira dan luaran pun kita happy.Bila kita redha dengan takdirnya ,itu lebih baik dan membahagiakan sebenarnya.

Bila diuji, boleh baca doa ini supaya kita mendapat manfaat dari ujian ini:




Sabda Rasulullah saw:





Orang mukmin jua bila diuji,lebih dekat dengan Allah.Jangan kita buat perkara yang Allah tak suka, sebaliknya buat apa yang Allah suka seikhlasnya.Contoh,bila diuji je terus beri sedekah,terus buat kebajikan kat rumah:kemas rumah, terus bace Al-Quran banyak2 dan zikir.Jadi, syaitan takleh ambik kesempatan kat kita.Kalau down sgt2 pun, boleh menangis sebab memang sedih tu fitrah orang diuji tapi, jangan buat yang Allah larang ya.


“Sesungguhnya setiap amal itu ada saat semangatnya dan setiap saat semangat itu ada saat futurnya.Maka barangsiapa yang futurnya kepada sunnahku,sungguh dia telah mendapat petunjuk.Dan barangsiapa yang futurnya kepada selain daripada itu sesungguhnya dia telah tersesat.”

(Hadis riwayat Tarmizi)

Semoga  Allah beri cahaya kepada kita selalu dan kuatkan hati orang yang diuji.

Till we meet again, you take care.


No comments:

Post a Comment