Alhamdulillah,
saya dah habis baca buku Kesayangan dan Potato Spring tulisan pasangan bahagia ,
Kak Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. Dua buku tu adalah cerpen dan novel
berunsur motivasi dan islamik.Jadi saya nak share apa yang saya dapat dari
pembacaan saya.They are not just typical
malay novels, but they rather
inspiring yet motivating books.Saya suka baca…
Pertama
,buku bertajuk Kesayangan.Mula2 dengar tajuk, ingatkan buku berkisar tentang cinta..tapi tidak
sebenarnya.Kesayangan ni buku berkisar tentang UJIAN.Diceritakan banyak kisah
dalam bentuk cerpen dan sirah2 nabi serta para sahabat tentang ujian dan hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian. Macamana ujian
dapat bertukar menjadi kesayangan seseorang bila ujian sebenarnya boleh
mendatangkan banyak kebaikan untuk kita , tapi kadang2 kita tak sedar.Haa
,itulah sebab nama buku ni KESAYANGAN.Best.
Sesuai untuk semua golongan yang nak
belajar bagaimana menarik hikmah dari
UJIAN.
Buku
Potato spring pula sangat sesuai untuk remaja dan anak muda yang nak
memperbaiki diri, mencari ilmu dan khusus untuk mereka yang terusik dengan rasa
cinta kepada lain jantina sewaktu belajar.
Novel
ini menceritakan tentang seorang student IPT,bernama Ameen mendapatkan cinta
yang halal sewaktu belajar. Beliau jatuh hati pada seseorang ,tapi bijak menggunakan
cara yang betul untuk mendapatkan cintanya.
Ameen
betul2 mempersiapkan diri sebelum
mengatur langkah memetik bunga.
Pengajaran
dari kisah Ameen MEMBURU CITA DAN CINTA:-
·
Ameen tekun menuntut ilmu ,disiplin memperuntukkan
masa 5 jam sehari untuk ulangkaji.
·
Beliau tidak suka membuang masa dengan perkara
tidak berfaedah.
·
Ameen seorang yang seimbang, beliau tetap bersukan walaupun sibuk dengan pelajaran.
·
Ameen merujuk masalahnya pada orang yang betul
dan menyampaikan hajat.Beliau seorang pemberani.
·
Ameen aktif
berdikari mencari income sewaktu belajar tanpa mengganggu
pelajaran.Beliau seorang proaktif.
- Empat Petua Ajaib
yang dikongsi untuk seorang peniaga yang berjaya yang dikongsi oleh murabbi Ameen: solat dhuha,
bangun malam bermunajat, menjauhi yang haram dan bersedekah.
·
Ameen proaktif di waktu pagi sebabnya:
-Rasullah berdoa pada Allah agar memberkati ummatnya pada
waktu pagi
-kita kene berlumba dengan ayam untuk meraih kebaikan di
waktu pagi
-Orang yahudi tidak takut pda ummat islam kecuali jika
berlaku satu keadaaan: bilangan ummat islam yang solat jemaah waktu subuh
dimasjid sama dengan bilangan ummat islam yang solat jumaat.
·
Nasihat Ameen : Kita kene cari sebab untuk kuat.Jangan
cari sebab untuk lemah..Barulah kita bersemangat.Ingat Allah itu sangat dekat
dengan kita.Bila kita bangkit dari kegagalan dan perbaiki diri , itulah adalah tanda2
kemenangan sebenarnya.
I`m
really grateful to Allah Almighty for giving me such desire to read book to
gain knowledge.Tapi ilmu sebenarnya bukanlah yang diketahui atau dihafal saja,
tapi ilmu itu adalah bila ia bermanfaat dan diguna oleh sesorang.
Mari
membaca semua..)
Ummat
islam perlukan orang yang bijaksana dan berilmu.Dengan ilmu lah kita dapat
bantu ummat islam yang tertindas.Semoga setiap hari kita menjadi lebih baik,
untuk diri,orang lain dan islam.
Semoga
bermanfaat perkongsian kali ini untuk semua.
Till
we meet again.
No comments:
Post a Comment