Assalamualaikum..
Mari
bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang Allah beri hari ini.Tak
terhitung.Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah.Bantulah kami untuk mensyukurimu.
Jom
kita berselawat ke atas nabi dulu:
Allahummasolliala
muhamad (3x)
Penat
betul ya cuti ni.Letih melawan hawa nafsu serakah,banyak kali juga tewas.Astaghfirullah..Hebat
sungguh godaan ,maklumlah syaitan baru terlepas selepas sebulan diikat bulan
puasa baru2 ini.Tapi kita pun baru keluar dari madrasah Ramadhan, sepatutnya
lebih kuat IMAN.
Nafsu
kalau diikut memang layulah kita.Nafsu amarah,nafsu nak makan ,nafsu nak
bersantai depan tenet dan laptop,penyakit hati,tak jaga mata dan anggota lain.Astaghfirullah..Tahu
tapi tetap buat apatah lagi yang tak tahu..
Padahal
Allah telah berfirman:
“Maka
apabila malapetaka (hari kiamat) telah datang.Iaitu pada hari (ketika) manusia
teringat akan apa yang dikerjakannya.Dan neraka diperlihatkan dengan jelas
kepada setiap orang yang yang melihat.Maka adapun orang yang melampau batas.Dan lebih mengutamakan urusan
dunia,Maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya.”
(An-Nazi`at
:34-39)
Memang
betul lah ,ilmu tak ke mana kalau tak sertai dengan amal.Perlu ada kemahuan
(jiddiyah) dan semangat(himmah ) untuk bermujahadah.Semuanya masalah iman sebenarnya.Ada
hadis Rasullullah yang menyebut seseorang itu pencuri dan penzina takkan
mencuri dan berzina jika dalam keadaan beriman.
Oklah
.Disebabkan saham akhlak penulis jatuh merudum baru2 ni, So im decided to put some remainder di dinding
blog ini as a pep talk to behave well myself
first and the rest for anyone who interested.
“Akhlak para pendakwah”.Itu
tajuk buku yang ditulis Abdullah Nasih Ulwan.Nipis saja bukunya.Buku
lama ayah.(ATTENTION )Sebenarnya, semua
orang ada tanggungjawab menjadi pendakwah bukan ustazah sahaja. Dokter,teacher,perdana
menteri dan semualah adalah daie .
Ya,
kita semua perlu jaga akhlak.Seorang yang
mengaku daie malah lebih lebih utama menjaga akhlaknya sebab dia adalah
pusat perhatian orang yang diseru (mad`u).Berikut ,beberapa sifat daie yang
ditekankan oleh syeikh.
1.Sidiq
(Amanah)
Seorang
daie mesti bercakap benar walaupun dalam bergurau senda.Idola kita, Rasulullah
saw sebelum diutuskan sebagai rasul pun
dah dikenali sebagai Al-Amin meskipun dikalangan orang kafir Quraisy.Pernah
Rasulullah saw tanya sahabat baginda,”Kalau aku katakan akan ada kuda keluar
dari lubang ini adakah kamu percaya?”Semua sahabat Baginda percaya.
Nah
,itu baru seorang daie.ok jom bercakap benar.
2.
Amanah
Syeikh
menghuraikan ,ada 3 jenis amanah yang perlu dimiliki oleh daie:
·
Amanah terhadap
harta:Contohnya terhadap barang yang dipinjam.Kalau student plak, amanah
terhadap biasiswa yang diberi oleh negara kita
(terkena rasanya,Astargfirullah).
·
Amanah Bercakap :Kita
tidak boleh bohong ,atau menukar2 fakta bila bercakap.Sebab dai mesti sampaikan
yang benar.
·
Amanah Tabligh: Kita
rasa bertanggungjawab menyampaikan ilmu .
3. Tawadhuk
Ini pun muhim jiddan
(penting ).Sifat rendah diri dengan siapa sahaja.
Jadilah kita orang
yang bersederhana,makan seadanya.Bergaul dengan semua orang tanpa ada rasa ujub, sombong dan memnadang
hina. Bila kita ada sifat ini, tentu orang tertarik dengan kita (sebenarnya
islam) dan nak ikut nasihat dan ajaran
islam.
Contohnya:Rasulullah
saw bila bertemu sahabat /sesiapa ,Baginda dulu yang memberi salam,dan paling lambat
menarik tangan sesudah berjabat.Baginda tak sombong, walaupun baginda lah
sebaik2 manusia..
4.Lemah lembut
(Al-Hilm)
Lemah lembut di sini bukan maksudnya lemah gemalai
ya..Maksudnya ialah kita sembunyikan sifat kekerasan dengan bersikap pemaaf dan
berlapang dada.Menahan amarah disaat kita mampu untuk hamburkan
kemarahan..Menyambung silaturrahim dengan yang memutuskan .itulah sifat yang
perlu ada pada seorang daie.Nabi saw bersabda:
“Kekerasan itu bukanlah
dengan dapat menjatuhkan lawan, tapi kekerasan itu ialah dia dapat menahan
perasaannya ketika marah”
Hebat sungguh siapa
yang dapat mengawal emosinya. I wish I can be one.
Setakat ini dulu
teman-teman.Semoga kita semua diberi kekuatan untuk bangkit selepas futur (berhenti
sebentar).Saya pernah dengar nasihat seseorang, tak boleh futur lama2,kita banyak
kerja kene buat. Hope these post benefitted
all of you.
Allah knows best.
CUL8R.
No comments:
Post a Comment