Monday, 10 August 2015

Belajar dari as syahid Ammar dan keluarga.



Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah, kita dapat bangun tidur lagi hari ni. Maksudnya Allah masih bagi peluang untuk buat ibadah dan mintak ampun atas dosa2.Saya sedang bercuti sekarang, jadi boleh baca buku banyak2.sya memang suka baca buku..Tapi tula, kene suka dan paksa diri untuk beramal juga ..huhu. Teringat kisah Saidina Umar , beliau tak beralih dari satu muka surat Alquran selagi belum beramal dengan ayat tersebut .

Semoga sahabat2 semua sihat sokmo.Saya ?Alhamdulillah sihat..Kali ni saya  nak share 1 buku yang saya bace tentang  seorang  anak muda ..Awesome sungguh pemilik susuk tubuh ni.Kagum saya dibuatnya.Semoga kita dapat ambil hikmah dari kisah benar ini ya..

 Buku yang  saya nak kongsi bertajuk  Ahmmad Ammar : Engkau MilikNya tulisan Bonda Nor.
Saya beli buku ni sebab hari tu saya pegi ke pesta buku kat PWTC ,ternampak Ayah dan Ibu Ammar di atas pentas, ramai orang berkerumun.Tiba2 sya rasa sebak , hebat anak muda ini, selepas dia pergi menghadap Ilahi,namanya harum dengan gelaran syahid.Beliau meninggal pada November 2014, tapi still saya rasa terkesan dengan kisah ni.Tentu ada sebab kenapa Allah takdirkan sesuatu.Takkan secara kebetulan A.Ammar  dapat meninggal dalam husnul khatimah.Mesti corak hidup dia yang  buat beliau mendapat penghormatan sebegitu..Saya cemburukan beliau, saya pun mahu tiru beliau..Lalu sy pun belilah buku ni..



Ahmad Ammar belajar di Turki.Beliau meninggal ketika dalam perjalanan ke untuk mengajar di kelas pertamanya.Semasa ibu beliau ke Turki masa hari pengkebumian beliau, pemimpin Jemaah  Hayrat di Turki menyuruh nanti bila pulang ,  beritahu kepada orang ,kamu adalah ibu kepada seorang as-syahid.Memang pada  jenazah beliau, jelas ada peluh2 di kelopak mata dan dahi selepas dikafankan . Itu salah satu tanda  husnul khatimah..Saya sempat juga tengok  video yang disebut penulis dalam buku tu,bertajuk Ketika Ammar Bertemu Bidadarinya, banyak cerita tentang kisah hidup beliau sampailah hari pengkebumian.Beliau  merupakan pelajar cemerlang dan pernah menjadi pelajar terbaik aliran sains namun bertukar arah kepada bidang sejarah Usmaniah.Beliau pernah jadi penterjemah sebuah drama Turki yang disiarkan di TV Hijrah dan ada juga di program2 lain.Beliau selalu ikut misi kesukarelawanan antaranya ke Kemboja dan Syria. Dalam buku ni, diselitkan bingkisan bertajuk “ Sudahku wakafkan Dia Untuknya” yang ditulis oleh ayah beliau.Antara kata-kata yang buat saya terharu berbunyi lebih kurang begini  “…tidak keterlaluan kalau saya katakan A.Ammar adalah anak yang diimpikan oleh semua ibu bapa….”.Maksudnya ayah beliau mengakui kesolehan Ammar.mungkin ini salah satu sebab beliau dapat husnul khatimah..beliau anak soleh rupanya. Catatan Ammar dalam buku beliau juga banyak dikongsi tentang luahan hati beliau ,perlunya keluar dari zon selesa dan berkelana mencari ilmu..


Sebenarnya dalam buku ni banyak cite tentang bagaimana peribadi ayah dan bonda Ammar yang banyak membentuk Ammar.Memang ibu bapa Ammar bukan calang2 orang.Orang nya hebat,tak hairan anaknya dapat penghormatan sebegitu. Ayah Ammar adalah Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan pengasas Grup Penjejak Tamadun Dunia(GPTD).Beliau telah terlibat dengan kerja dakwah sejak di waktu university lagi. Ibunya pula banyak terlibat dengan kerja2 kebajikan  antaranya menguruskan bantuan pendidikan untuk pelarian Rohingya.Sahabat2 boleh bace buku ni kalau nak tahu lebih lanjut..

Mungkin pengajaran yang boleh kita ambil/contohi:

·         Perlu jadi anak soleh: disenangi oleh ibu bapa & Allah

·         Perlu ada matlamat hidup:contoh ,ada perancangan hidup,merantau menuntut ilmu

·         Perlu banyak bermanfaat pada orang:sertai kerja2 kebajikan (uruskan rumah pun termasuk),mudahkan kerja orang

Sebenarnya sudah banyak tokoh2 besar yang kita dengar seperti  Sultan Salahudin A lAyyubi ,  Imam Hasan AlBanna dll, tapi mungkin dengan kisah Ammar yang hidup dizaman kita , dan lebih kurang sebaya dengan kita, buat kita lebih terkesan untuk mencontohi kejayaan beliau mendapat husnul khatimah. Semoga terinspirasi ..

Jumpa lagiJ

No comments:

Post a Comment