Alhamdulillah.
Mari kita
bersyukur dan bersyukur pada Allah
diatas nikmatnya yang banyak pada kita. Allah tidak pernah berkira dengan
kita.Walaupun kita selalu juga buat yang Allah tak suka, contoh?
# buang masa dengan online lama2
#mengumpat
#tak jaga mata & telinga dengan lihat
& dengar apa yang Allah tak suka
#tak jaga hati:dengki,benci ,marah
#malas berusaha majukan diri
#tak jaga pergaulan
#lagi teruk buat dosa2 besar: zina,riba
Tapi Allah tak
berkira dengan kita . Allah masih sudi memberi kita nikmat kenyang dan sihat
dan lain2.Jadi sudah semestinya kita perlu buktikan rasa syukur kita setiap
hari.Macamanaa?usahalah untuk perbaiki diri & dekatkan diri pada Allah
setiap hari.
“Bahagia dan membahagiakan”. Itulah
tajuk buku tulisan Prof Muhaya yang
saya sempat habiskan.Jadi saya nak kongsi beberapa ilmu pada sahabat2 semua .Buku ini banyak dikongsi
soalan yang biasa ditanya dan jawapan
prof.Jadi saya coretkan disini supaya
lebih ramai dapat manfaat dari perkongsian beliau.
Antara tip untuk
bahagia:
v
Maafkan diri sendiri dan orang lain
Kita perlu buang perasaan marah ,dendam
dan menyesal dalam diri.
Ada kajian dibuat pada orang yang ada perasaan
sebegini.Peluh yang dikeluarkan oleh orang ini mempunyai Ph yang rendah.
Maksudnya ,badan mengeluarkan banyak acid.Jadi bila dalam hati tak sihat, badan
pun jadi tak sihat.
v
Membentuk imej diri yang positif.
Imej
diri ialah sikap luaran kita yang mana akan mengikuti apa yang kita niat dan
fikirkan dalam hati.Jadi kita perlu bentuk imej diri yang baik dengan selalu berfikiran positif.
Elakkan
menyalahkan diri sendiri, merungut dan berfikiran negatif, sebab itu ciri2
orang yang tak berjaya
v
Jika ada orang tak sayang atau tak suka kita,
kita kena cari apa sebab dan perlu perbetulkan diri kita dulu.
v
Jangan terlalu fikir tanggapan orang pada kita
Carilah
penghargaan Allah jangan cari penghargaan manusia.
What
other people say will not harm you until you let them.
Perkataan
risau dan takut orang kata,perlu didelete dari kamus hidup kita kalau nak berjaya.
Mari
kita sama2 amalkan untuk takut hanya
pada yang berhak iaitu Allah swt sahaja.
v
Pandang sesuatu yang berlaku dari sudut positif
Cuba
kita renung kisah Syed Qutb semasa beliau dipenjarakan.Beliau rasa gembira bila
dipenjara sebab beliau tiada gangguan untuk
beribadah pada Allah sehingga beliau boleh hasilkan karya dalam penjara.
v
Redhalah dengan takdir yang menimpa kita
Setiap
orang telah Allah tetapkan takdir masing2,janganlah kita menyesal tapi kita
perlu cuba untuk ikhlaskan diri.InshaAllah ,pahala besar menanti kita.
Bahagia itu tak
perlu dicari, tapi kitalah mencipta
kebahagiaan dalam diri kita. Let`s move on. Jangan pandang lagi masa silam kita
dan mula kan hidup baru. Jom sekarang kita bergegas memajukan diri dan
mendekatkan diri pada Allah.
Saat ini juga, marilah kita:
@ berzikir dengan
zikir Fatimah:SUBHANALLAH, ALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR (33X)
@ membaca alquran
@ mencari
ilmu:membaca buku pelajaran, majalah islam, sirah nabi
@ menguruskan
rumah:bagi bersih,terurus
@ rancang masa
depan:sebulan,setahun,5 tahun akan datang
Till we meet
again ,you take care.
Wallahua`lam
MashaAllah .Awesome. Thanksss
ReplyDelete