Assalamualaikum..
Kaifahalukum?Semoga sihat-sihat semuanya...
Hari saya nak share hari keempat saya berjaulah ke bumi Seoul. Pagi itu kami teruskan dengan melawat ke Bukchon Hanok
Village iaitu perkampungan lama di bandar Seoul .Kami pergi ke sini dengan menaiki train.Rumah di sini berseni dan cantik tapi
tak boleh bising kat sini sebab ade rumah yang ada penduduk.Dekat sini boleh
ambik gambar dan boleh sewa baju Hanbok.Sebenarnya ade beberapa checkpoint
perlu stop untuk tengok seni2 binaaan yang cantik(tempat cantik ambik
gambar)tapi kami just jalan shj..Drama korea pun banyak dibuat disini.Huhu.Tu tak penting tu.Saja bagitau;)Berdekatan kampung ni juga ada National Folk Museum of Korea.Kami singgah sekejap saja untuk ambik gambar and cari tandas.Jumpa orang Malaysia ramai panaskan badan dalam tandas.hehe
Kawasan berbukit di perkampungan ni |
Rumah dengan senibina yang unik |
Dalam National Folk Museum |
Jumpa budak2 buat lawatan.Sarangeyo terus lah.haha |
Selepas tu kami pergi ke Namdaemun Market untuk beli
souvernir. Sebelum ke Namdaemun market kami,cari tempat untuk solat berdekatan
Sungnyemun Gate,tapi guard kat situ tak bagi solat disitu,mungkin sebab masa tu
macam nak start upacara changing guard.Dia suruh kami solat dalam toilet OKU,
kami terus minta diri la..haha.Tapi sempatlah tengok ceremony tu sikit.Lastly
kami solat dekat satu lorong yang agak
sesuai.Alhamdulliah dimana2 sahaja boleh solat..Di pasar Namdaemun, kalau nak
beli murah, beli barang dalam bangunan Elengdang.Tapi ada juga kami beli di
luar sebab unni ,ajushi,ajuhma kat situ peramah. Jadi belilah,nak gembirakan
diorang..Lagi bagus kalau tahu sikit2 bahasa korea,jadi best sikit dapat
sembang2 sikit diorang..Kami ade jugak tahu sikit 2.Contoh phrase yang boleh
gune:
+Olmaeyo?
(Berapa harga?)
+Com
kakkajuseyo…(bagilah discount)
+Manipaseyoo...(please
sell a lot)=Diorang suke sangat bile kitorang sebut ni lepas beli barang..hehe
+Mannasso
banggawoyo (Nice to meet you)
+Gamsahamnida
(Terima kasih)
Dan jugak paling penting kene tahu la semua pasal duit dan
nombor dalam Korea..Walaupun kami ade tour guide, tapi kami pun boleh sembang
jugak..Harga barang kat sini:
+Tshirt
korea (3 helai )10000W=RM37
+Nail
clipper (8)5000W:RM18
+Sudu +
chopstick korea
+Fridge
Magnet
+Brooch
With ahjushi and unni yang baik hati. |
Kedai yang kami pegi no 170,172,173,166 dan yang berdekatan. Recommended. |
Kat sini kami try makan Kkultaree, 5000W:RM18 , dibuat
dari madu,tepung jagung dan kacang dan
tempat yang kami makan ni ada logo halal by Muslim Korean Federation. Sedap makan kat
situ sebb lembut, bila sampai di Malaysia dah keras.Recommended.
With makcik n pakcik jual Kultaree. |
Seterusnya kami pergi ke Myeondong market,tempat yang
terkenal dengan barang make up dan street food.Disini sejuk sangat sebab gerai makanan
banyk diluar.Banyak makanan yang unik2 tapi kami cuma beli Hotteok dan Kebab
halal orang Turki..Satu lagi kami beli Dalchi 5000W:RM15+,kuih macam tepung gomak tapi ade strawbery kt dalam.Ade orang nak rase,sy x teringin la pulak.huhu
Pakcik jual kebab and Hotteouk halal. |
Jual delima fresh ada dijual juga. |
Kalau x
tahan sejuk sangat dan minat barang make up boleh masuk dalam kedai kosmetik.Kalau
korang jalan je,memang ramai promoter melambai2 dekat luar kedai..hehe.Sebab
ade banyak jugak kedai kosmetik yang sama kat situ,diorang kene bersaing...Kalu
masuk,korang kene dengarlah diorang crite apa .Kedai yang kitorang pegi tu
,kalau beli baru dapat free sample.Tapi kitorang masuk sikit ja kedai sebab x
minat sangat barangan makeup.Kami beli gel aloevera 99% gel 13500W=RM50 utk 4
unit,dengan mask muka(x ingat harga) kat sini.Cuaca petang sejuk sangat,makan
pun saya pakai glove.Mase tengah rehat kami sempat sembang dengan orang jepun
ni.Sbenar dia volunteer ambik gambar kami,pastu sembang la kejap.Rupanya dia
duduk kat Scotland dan tengah buat charity work kat Korea.Dia tengah buat
kutipan derma.
Oppa baik hati,but die cakap: I heard Malaysia is hot:((Yeah of cos.) |
Generally Myeondong macamni la rupanya |
Lepas posing
dan jumpe dengan rakan travel kami yang lain, kami bergerak ke Namsan Seoul
Tower.
Malam ni
kesejukannya paling worst saya rase..sebab waktu malam dan tempat tinggi.Kami
sengaja datang malam sebab lebih cantik
dengan lampu.Dekat sini boleh tengok pemandangan Seoul dari atas ,memang
cantik.Kat sini juga ada Love Padlock,
diorang buat untuk tarikan pelancong.Kiranya untuk couple kunci love masing2
kat sini. Disini juga ada Teddy Bear Museum & 3D Alive Museum, tapi kami
tak masuk sebab ade fee.Best datang sini.Lepas posing dan jalan2 disekitar
Namsan Tower, kami bergerak pulang.
Namsan Seoul Tower at very cold night |
Love Padlock |
Boleh teropong bandar Seoul tapi kene bayar dulu.So,berlakon jela kite |
Ondway balik ,kami singgah di convenience
store dan beli cotton mask(saya sorang saje)sebab muka sy dah menggelupas teruk
dan kering, senyum rase macam merekah je kulit n bibir.Bunyi mcm teruk kan ,tp
tula memang rase pedih.haa.
Dalchi:Kuih ada strawbery kat dalam. |
10000W:RM37 |
Selesai lah
seisi jalan2 kami hari keempat.Okaylah,semoga coretan ini dapat membantu korang sedikit sebanyak.Hehe.Till next time.Bye for now..
No comments:
Post a Comment