Friday, 24 March 2017

Jaulah Day 3:Ziarah saudara di Seoul

Assalamualaikum..Anyeoung chinggu;)




Jaulah kami di bumi Korea Selatan diteruskan diSeoul.Setelah kami sampai di Gimpo Airport dari Jeju ,terus kami balik ke Jongnowon hotel dalam pukul 10 lebih. Pukul 11 pagi baru kami keluar dengan tour guide untuk jalan2.Destinasi kami adalah ke Memorial War Museum.Disini banyak  kapal dan jet perang korea.Bolehlah nak bergambar. Pemandangan tetap cantik sebab ade salji,tu yang penting,haha.Kalau x de salji ,rasa x payah datang sini sebab sama macam di Malaysia.Kami tak masuk musem sebab tak minat sejarah,cume bergambar dengan monument kat luar sahaja.




Kemudian kami pergi ke Itaewon,bandar yang famous dengan ramai foreigner especially muslim foreigner..Kami datang sini nak mai ziarah saudara semuslim kami la sebebnarnya.huhu.Banyak restoren dan kedai muslim di sini.Di Itaewon kami singgah di masjid utama Seoul, Itaewon Mosque.Cuaca sejuk sangat sejuk, jadi masuk masjid ,kami solat jama` dan panaskan badan.Lepas solat kami,makan di restoren Siti Sarah,tauke orang Arab/Turki .Kami makan nasi ayam bakar dan nasi ikan bakar,10000W: RM37each kongsi 4 org.Sedap.Di situ jugak ade restoren Muree dan restoren Makan.Untuk halal Korean cuisine boleh makan kat situ.


Ondway gerak ke tempat seterusnya kami beli aiskrim 3000W:RM11 each.Sebenarnya tak nak beli tapi ade dikalangan kami terpanggil orang jual tu, jadi tepaksa beli.haha.Cara orang Arab/Turki yang buat and bagi aiskrim tu unik la, funny.Boleh tengok kat youtube.By the way ,aiskrim biasa je ,cuma jadi keras/x cair sebab memang suhu lagi sejuk dari peti ais waktu tu..

Seterusnya kami ke Yeoido Park,park yang famous di Korea dan depan Yoeido park ni ade KBS(Korea Broadcasting System) building jugak.Kalau musim lain boleh tengok bunga sakura dan Koreans suka berkelah kat sini. Di park ni,boleh cari port untuk main salji. Saya kesejukan,sibling saya yang lain excited betul main salji n posing.Di park ni juga boleh main Sleigh snow dan Ice Scating, waktu winter shj.Kami main snow sleight ,2000W:RM7++ each.Walaupun tak ke everland,dapat jugak main sleigh.Alhamdullilah.Kat situ ramai budak2, kitorg excited betul boleh practise Bahasa korea yang kitorang tahu dengan budak2 tu.Iremiboeya(apa nama kamu)?Miossoreyo(apa umur kamu)?.haha.Lepas main ,kami beli hotteok(best!!) yang dijual disitu.Harga 1500W:RM5++ each.



Kemudian kami bergerak ke Banpo bridge rainbow fountain.Disini kita boleh tengok bridge yang cantik merentasi Han river yang beku waktu  tu.Kalau nak tahu suicidal rate dekat korea tinggi,dan salah satu tempat suicide yng famous adalah dekat bridge Han River ni.Ada satu bangunan disitu,dipasang banyak lampu yang bertukar warna.Bergambar disini memang cantik..

Suasan malam di tepi Han river cantik dengan lampu .

Han river yang beku



Ondaway balik dari Banpo bridge ,kami singgah di convenient store,panaskan badan dengan kopi.Kebanyakkan minuman di convenient store ni beli 2 dapat free 1,jadi jimat jugaklah..Harga 2+1 kopi 3000W=RM11.Bolehlah beli  kalau nak try.Di jongnowon hotel, heaternya bagus,bila masuk je terus warm.Dekat lantai ade heater jadi ,memang baring situ lah nak panaskan badan.Malamnya kami tak jalan sebab dah penat;)Selesai sudah kisah kami di hari ketiga.

Hopefully celoteh saya dapat bagi idea pada kawan2 yang nak datang ke sini.Nak tahu kami jalan mane lagi?Tengok post seterusnya ya.Bye dulu.


No comments:

Post a Comment