Assaamualaikum..
Saya sambung share jaulah saya baru baru ni ya.Hari kedua kami spend kat Jeju Island. Jeju island atau
Jejudo ni 3x lebih besar dari Seoul dan
banyak tempat nature yang cantik.Alhamdullilah sangat kami tak jadi pergi ke
Everland,kalau tak mesti menyesal sebab tak dapat pergi Jejudo..
Ketibaan kami di sambut Ms Cindy,tour guide Korea kat Jeju Sebelum pergi sightseeing, kami singgah di kedai untuk beli apa2 yang boleh dimakan sebagai sarapan.
Kami x berani beli ape2 selain Banana Uyu (Banana milk,sedap)1300W each=RM4++
,telur rebus (orang korea suke makan as snack) 500W each=RM1.80 dan nasi segera
1000W=RM3.70.Sepanjang perjalanan ,memang banyak nampak pokok limau dan patung harubang.Harubang ni kepercayaan
diorang, dewa yang jaga pulau ni..
Cuaca di Jeju sejuk jugak,tapi tak sesejuk di Seoul.Masa
tengah bergambar ,salji nipis turun..Alhamdulliah,merasa jugak snowing..
Destinasi pertama kami adalah di Jusangjeolli cliff.Kat sini
pemandangan sangat cantik.Boleh tengok curam batu2 yang terbentuk hasil dari
letusan gunung berapi dulu.Yang uniknya batu2 ni berbentuk hexagon.Tak leh
jumpe lah kat negara kite.hehe.
Batu dibelakang berbentuk hexagon kalau tengok betul2 |
Batu bentuk hexagon terbentuk semulajadi (Abaikan org yg tidur dlm gambar) |
Disekitar
Jusangjeolli cliff ni ,banyak benda2 interesting.Ade Kpop Museum,Hello
kitty Caffe,Reply Believe or Not Museum,Chocolate Land and of course banyak coffee caffee.Lepas
bergambar ,ade sebahagian dari kami request nak masuk Kpop Museum ,12000W:RM44 each,tapi
saya and siblings tak masuk sebab..mahal & tak nak lah..Sementara tunggu
diorang dalam 45 minit, kami jalan2 n posing disekitar.Seronok sebab di Jeju
mase kami sikit, jadi ni jela mase yng ade nak posing buat kenangan..Kami banyak ambik
gambar(memang banyk tempat cantik2 nak brgambo ,trustme!) , tak masuk pun, cume
singgah kat Coffee shop ,panaskan badan lepas jalan2.
KPop Museum |
Pokok hiasan bawah tu sebenarnya guna sayur kubis. Kreatifkan diorang, |
Lanskap disekitar Jusangjeolli cliff |
Then ,kami dibawa ke Chonjiyeon waterfall. Air terjun yang famous di jeju
.Sangat cantik ciptaan tuhan.. Ade dua air terjun kat situ dan kawasan die
rendah,jadi ke turun n naik tangga
sikit.Worth it come here. Tapi,kami x leh nak lame2 sangat sebab banyak tempat
nak cover,Ms Cindy kami memang laju je nk tolong tangkap gambar semua sebab
takut kami lambt nak posing sorang2..haha
Tengahari,Ms Cindy bawa kami makan di sebuuah kedai seafood
dan trjumpa dengan sorang rakyat Malaysia,perempuan ,solo,travel sebulan disana.Impressive betul!Sbelum tu Ms Cindy
dan pesan kalau boleh order 1 sorang sebab biasa tauke x brape senang kalau
orang ramai tapi order sikit..Kami beli la satu sorang.Kami order Korean
Pancake (sedap,bnyk sotong),Bimbimbap(Nasi + sayur campur +eggyolk:boleh tahan
sedap,boleh makan),Seafood soup(boleh tahan sedap) dan Ikan bakar(sedap). Harga
semuannya 15000W each=rm55.Dan kat sini boleh minum coffee free dan boleh take
away….Kami puas hati makan disini..
Korean Pancake |
Bimbimbap |
Lepas tu kami melawat Seongsan illchunbong.Ondway nak ke
sini, memang banyak ladang canola cantik sangat.Tapi nak masuk kene bayar skit,jadi
kami berhenti kat luar je dan tangkap gambar dari dalam kereta.Tu pun ahjumma
yang jaga macam dah tengok2 kami…Sampai di Seongsan illchunbong, kami solat kat
rooftop satu kedai ni.Sejuknya ya ampun, angin kuat, nak amik air semayang
jejak lantai sejukk sangat2.Memang pijak kasut je..
Patung harubang di Seongsan Ilchunbong,Jejudo |
Seongsan illchunbong ni macam kawasan ladang , tepi laut,
berbukit dan boleh tengok sunrise dari puncak.Kat situ jugak boleh tengok
ahjumma yang diving utk cari tiram.Kawasan sangat cantik dan angin agak
kuat,tapi still bearable suhu die berbanding Seoul.Tapi still x leh bukak glove
lame2 jugak,sejukk.
Kemudian kami singgah di Seopjikoji.Seopjikoji ni terletak
di tepi laut.Kat situ boleh tengok batu2 cantik hasil dari letusan gunung
berapi. Katanya ade beberape Korea drama buat disini.Kami ambil gambar sambal
menghayati ciptaan Allah.Ade satu batu ditengah laut yang boleh lihat dari
situ,peak dia memutih ,Ms Cindy explain tu bukan dicat jadi cantik tapi tu
seagull poo..JMesti
datang sini kalau ke Jeju.
Peak batu tengah laut berwarna putih due to seagull poo |
Di sebelah petang pula,plan asal nak ke Saryeoni Forest,
tapi Ms Cindy suggest pergi ke Songeup Folk Village.Kat village ni boleh tengok
rumah2 yang diperbuat dari batu hitam dari letusan gunung berapi dan tanah
liat.Rumah2 tu memang rumah asal dari dulu dan bukan dibina untuk perlancongan
dulu.Ini kira budaya unik penduduk Jeju dulu la.
Rumah dibina dari tanah liat dan batu hasil letusan gunung berapi |
Setelah seharian ronda2, kami bergerak pulang ke hostel kami,The
Forest Hotel.Tapi ondaway back,kami singgah di kedai kawan Ms Cindy, jual
coklat dan vitamin berasaskan limau.Kami beli vitamin sahaja sebab takut
terbeli coklat nonhalal.Harga vitamin 10000W:RM37..
Di ladang limau.Tapi tu limau tipu je coz belum musim berbuah.Patung tu menag ada dimane2 diJeju |
Kami sampai hotel dalam pukul 6petang lebih.Lepas tu kami
berpakat nak terus jalan2 di sekitar hostel dulu sebelum naik berehat.Kami
pergi ke Pasar Dongmun beli buah limau.Asal nak beli limau hallabong tapi bace
review cakap x sesedap limau biasa, lastly beli limau Jeju biasa sahaja,harganya
10000W:RM37 utk 6 biji.Kami jalan juga pasar bawah tanah dan di sekitar.Banyak
kedai jual barang2 winter dan sovineer.Nak cari Paris Bagguite tapi tak
jumpa,lastly kami terus balik hotel sebab kesejukkan yang amat.
Suasana malam di Pasar Dongmun.Memang banyak betul limau dijual. |
Malam tu kami makan nasi segera dengan serunding,ayam goreng
dari Malaysia dan buah limau .. MasyaAllah buah limau manis n sedap.Bilik di
hotel cantik, cuma tempat makan dia kurang
muslim friendly ,not like di Jongnowon hotel.Dia tak asingkan muslim & non
muslim cutleries. Kami memang tak guna apa pun kecuali microwave.Then ,malam tu
ditakdirkan heater rosak,memang kesejukan tidur terketar2 dengan winter
coat.Tpi tidur jugak sebab keletihan dan esok flight ke Seoul awal pagi.
Satu hari sebenarnya tak cukup nak jalan semua tempat best
di Jeju. Kesimpulannya,jalan2 di Jeju sangat best, rugi tak singgah bila ke
Korea…J
No comments:
Post a Comment