Salam semua,
Sharing moment saya kali ini adalah mengenai experience saya sebagai pelajar pergigian di USIM .
Saya nak share benda
positif yang boleh diambil dalam kisah saya .Semoga ada sesuatu yang boleh dipelajari.
Walaupun lambat saya sedari benda ni, tapi saya bersyukur
pada Allah sebab Allah pinjamkan dan bagi saya jumpa dangan orang-orang yang hebat.
Sebenarnya setiap orang di sekeliling kita ,tak kisahlah keluarga
, sahabat, lecturer, cleaner dan siapa sahaja yang jumpa , kita boleh belajar sesuatu dari dia.
Contoh dalam kisah saya, saya selalu ditakdirkan duduk dgn orang
yang quite perfectionist..Saya tidaklah tak suka cume kadang2
stress dengan si dia.
Saya pernah sebilik
dengan sahabat yang MasyaAllah sangat pembersih dan pengemas...Susun
hanger almari ikut warna, gantung baju cantik. Tudung jarang sgt berkedut. Penampilan
die , sopan dan kemas. Suka letak certain barang, certain way. Barang2 beliau
jarang hilang. Memang agak takut juga nak sentuh barang dia.
Tapi yang positifnya ,sikap ini buat saya rase malu bila rumah saya tak bersih
dan tak sekemas dia.Benda yang simple, tapi kalau dah menjadi habit, ianya nampak cantik di
mata orang.
Jadi sedikit sebanyak
sensitivity saya dangan kebersihan improved (I guess;)) & buat saya rase nak contohi si dia. Terima kasih awak.
Berpartner di klinik dengan seorang sahabat ni: Yang superb
laju dan bagus.Cekap dan kompetent dalam keje. Boleh dikatakan kesayangan lecturer. Ya ,memang saya stress,
tp sebenarnya sy banyak belajar dari dia.Kes2 yang dia buat saya banyak belajar.Terima kasih awk.
Seorang insan yang sangat saya kagumi. Beliau memang menjadi
role model kami pelajar yang mengenali. Bekas dekan Fakulti Pergigian.
Dalam kelas beliau:
Dalam kelas beliau:
Punctuality is a must: lewat beberapa minit pun,pasti akan ditegurnya,malah
ada yang pernah dikunci diluar kelas. Beliau memang persistent bab ni.Memang kadang2,terdetik
dihati, “ 3 minit je kot lambat” ,tetapi benda ini lah yang membentuk habit yang buruk in future.
Beliau juga selalu tekankan bab adab2 ,kebersihan dan professionalism.Banyak
bende simple yang ditegurnya but they really make sense. Contoh:
-lepas guna kerusi sila susun semula:dikelas ,dapur dan
sebagainya
-kebersihan:pastikan everything tersusun & tiada visible
rubbish here n there
-Gantung gambar,tak boleh senget..
Perfectionism is something
that many people dislike but hey, it`s cool too..
And most importantly: ALLAH
loves something near to perfectionism.
Hadis:
Sesungguhnya Allah
menyukai apabila salah seorang daaripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan,ia
melakukannya dengan baik,sempurna dan teliti”
(Riwayat al-Baihaqi)
Seorang lagi sahabat saya,kakak senior ni.Dimata saya kakak
ni memang bagus, boleh jadi motivator yang hebat. Walaupun dia pernah diuji
dengan sesuatu, tapi jasa baik dia menolong saya di waktu kesusahan saya akan
kenang sampai lah akhir hayat saya ,selagi akal saya waras.Saya tak bercerita
lebih tentang kakak ni, tp saya cuma nak bagitau:
1)
Bila
seseorang ada akhlak yang baik, semuanya nampak baik di mata orang lain.
2) Orang
yang dianggap teruk skali didunia pun can be very useful &bagi nasihat
& berdakwah: at least cakap “jangan jadi macam saya”.
3) Buat
la sekecil2 kebaikan pada sesiapa yang memerlukan, sesungguhnya kita tak tahu
orang yang kita tolong tu mendoakan kebaikan kita waktu kita tengah tidur
Ramai dan banyak lagi
kalau nak cerita, apa yg saya belajar dari kawan2 saya yang lain , cukup la
yang ni saya bagi contoh.Terima kasih pada semua yang pernah hadir dalam
hidup saya.Allah punya sebab hadirkan
setiap orang dalam hidup kita ,Allah nak guide kita melalui
orang2 tersebut..Kita pun tak semestinya jumpa yang baik2 je atau yang
menyenangkan hati saje sahaja dalam hidup ini sebab tak semua orang perfect .Jadi
ambil yang positif sahaja dari setiap pertemuan, InshaALLAH kita akan jadi orang yang
beruntung. Mungkin kita bole start berfikir, apa yang kita boleh belajar dari setiap orang yang kita jumpa , moga hidup
kita lebih bermakna inshaAllah.
Bye for now.
.
salam ziarah
ReplyDelete