Saturday 16 May 2015

Petua menjemput Rezeki


Assalamualaikum wbt..

Mari kita bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberi kita peluang untuk bernafas, menghirup udara dalam keadan menjadi seorang islam.Mari kita bersyukur lagi kerana hari ini kita tak dihina sebagai penyembah berhala..

Selawat dan salam keatas Rasullullah saw,  rasul dakwah dan tarbiyah dan para sahabat kerana dengan perjuangan mereka islam sampai kepada kita hari ini.Ada sahabat saya share, kadang2 kita kurang menghargai islam sebab kita tak rasa bahawa islam sampai kepada kita hari ini dalam keadaan susah. mari kita ingat kembali kisah Bilal bin Rabah ditindih batu, kisah keluarga Ammar  diseksa dan lain2 sahabat.MasyaAllah, kita nak amalkan islam dan kehidupan tak pernah diseksa sedemikian ,most of the time kita berjuang dengan nafsu kita sahaja..

Kali ini saya nak share sedikit ilmu yang sy dapat dari buku yg sy baca   “Menjemput Rezeki” yang ditulis oleh Ustaz Fathuri Salehudin. Dalam buku tersebut, diterangkan bahawa rezeki adalah sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada kita samada halal atau haram.Kita sudah tentu nak dapat rezeki yang halal.Sebenarnya semua yang kita ada bukan milik kita, milik kita adalah yang kita makan & guna dan yang kita sedekahkan pada orang.Rezeki pula bukan terbatas pada wang , harta dan pangkat sahaja.Makna rezeki itu luas sangat..Rezeki tu termasuklah udara, air, kesihatan, ketenangan,anak2 dan sebagainya.Kata penulis, beliau guna perkataan menjemput rezeki sebab menjemput tu maksudnya kita tahu dah dari mana /siapa yang memberi rezeki, cuma perlu jemput/panggil sahaja rezeki tu dengan mendekatkan diri dengan pemberi rezeki.Tapi kalau mencari rezeki seolah2 kita tak tahu dari mana rezeki tu datang.Tapi itu cumalah bahasa sahaja , yang penting macamana amalan kita..?


Ustaz Fathuri ada terangkan beberapa formula untuk menjemput rezeki dan kalau baca buku yang beliau tulis, nampak sangat praktikal dalam kehidupan sebab sangat memberi kesan dalam hidup beliau.InsyaAllah kita boleh amalkan untuk sama2 meluaskan rezeki kita.

1.       Mengutamakan solat
Ø  Bagaimana: solat diawal waktu, khusyuk dalam solat, mengutamakan Allah dari perkara lain bila azan berkumandang,bagi lelaki digalakkan solat dimasjid,bagi perempuan solat Jemaah dirumah lebih baik.
Ø  Penulis ada cerita kisah bagaimana bila beliau utamakankan solat, hidupnya berubah menjadi lebih baik. Sangat praktikal dalam kehidupan. Jom utamakan solat untuk berjaya dunia dan akhirat.


2.       Solat Tahajud
Ø  Rasulullah saw bersabda: Allah swt turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama.Maka dia berkata : “Aku adalah Sang Raja, aku adalah Sang Raja,siapa saja yang memohon kepadaKu maka Aku akan mengkabulkannya.sesiapa sahaja yang meminta kepadaKu  akan Aku memberinya,sesiapa sahaja yang memohon keampunan kepadaKu maka akan Aku mengampuninya.Dia tetap seperti itu hingga muncul cahaya fajar.”

3.       Solat Dhuha
Ø  Punca rezeki bukanlah pada ikhtiar semata2
Ø  Punca rezeki adalah dengan mendapat redha Allah,antaranya adalah dengan mendahulukan Allah setiap masa
Ø  Jemput rezeki dengan solat dhuha kerana padanya terdapat beberapa manfaat antaranya ialah:
ü  Allah akan mengasihinya
ü  Para malaikat akan menjaganya
ü  Melintasi titisan sirat sepantas kilat
ü  Terselamat dari azab neraka
ü  Wajahnya terzahir nur orang soleh
ü  Hatinya lembut

(Diceritakan oleh Ibnu Hajar r.hm.daripada Saidina Usman bin Affan)

4.       Doa
Ø  Digalakkan berdoa pada waktu yang mustajab antaranya ialah:
-masa diantara dua khutbah jumaat
-waktu hujan turun
-waktu berbuka puasa
-selepas solat, dan lain2

-Perkongsian oleh Mufti Menk , True story: kisah seorang pakar neurologist Pakistan yang sangat sibuk,kalau nak jumpa dengannya makan masa berbulan2.Suatu hari dia nak ke suatu tempat dengan menaiki flight.Dalam flight ,tiba2 ribut petir yg kuat berlaku,jadi kapal terbang terpaksa berhenti ,lalu beliau naik kereta dan menuju ke tempat tu,tapi ribut petir  kuat sangat lalu  beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan ketuk rumah yg berhampiran untuk solat.Rupa2nya yang tinggal dirumah itu seorang nenek tua dengan cucunya yang sakit.Selesai sembahyang sebelum pulang,doktor tersebut tanya cucunya sakit apa.Nenek itu menjawab sakit anaknya teruk dan dah jumpa ramai doktor tapi tak mampu nak rawat, Cuma ada seorang doktor specialist yang dikatakan boleh rawat cucunya tapi dr tersebut sangat sibuk. Dia selalu berdoa kepada Allah supaya dapat jumpa dengan doktor untuk rawat cucunya.

-Doktor tersebut bertanya siapa nama specialist tersebut,nenek itu pun menyebut nama Dr tersebut Dr Isham.Lalu doktor tersebut menangis ,dan menjawab sesungguhnya doa kamu dah dimakbulkan ,saya lah dr tersebut.Nenek itu pun turut menangis.
Kesimpulannya, never underestimate the power of doa .Kalau Allah menghendaki sesuatu Allah akan memperkenankan doa seseorang dengan caranya tersendiri bila dia menghendaki.

5.       Berzikir
Ø  Hadis nabi ada menyebut tentang 2 amalan ini
-Ucap subhanallah,Alhamdulillah, Allahuakbar  10X selepas solat
-Ucap subhanallah,Alhamdulillah, Allahuakbar  33X sebelum tidur
Ø  Saya pernah terbaca ,Kalau nak tahu kedudukan kita disisi Allah ,tengoklah kedudukan Allah dihati kita.Kalau kita sentiasa ingat Allah ,tentu kedudukkan kita akan lebih mulia disisiNya,jadi kita akan lebih mudah menjemput rezeki dari Yang Maha 
Memberi Rezeki.




6.       Mendoakan orang lain
Ø  Bila kita mendoakan orang lain,malaikat pun akan mendoakan perkara yang sama untuk kita .Jadi kita perlu banyakkan doa untuk orang lain

7.       Sedekah

Ø  Formula sedekah :1-1=10
Ø  Sesungguhnya bila kita bagi sedekah Allah akan tambah rezeki kita berlipat ganda.
Ø  Hadis Qudsi Riwayat Bukhari:
‘Berinfaklah wahai anak adam, nescaya aku akan memberi infak kepadamu”

8.       Membaca Al-Quran

Ø  Membaca alquran umpama kita bersedekah .Ini ada disebut dalam hadis riwayat Tirmizi,Abu Dawud,Nasa`I dan Hakim.
Ø  Ustaz Fathuri ada menceritakan kisah beliau beramal dengan surah Al-Fatihah dan berjaya menyembuhkan beberapa penyakit .Bukankah kesihatan juaga adalah satu rezeki? Jadi tak silap lagi membaca Alquran boleh mengundang rezeki
Ø  `Ata bin Abi Rabah berkata:telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah saw bersabda: “sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan harinya maka segala hajatnya akan dipenuhkan”  ( Riwayat Darimi)
Ø  Setiap surah ada khasiat dan keajaibannya tersendiri,boleh pilih mana2 surah yang kita suka dan amalkan dengan penuh yakin.

9.       Asma Al-Husna

Ø  Selalulah kita sebut dan berdoa dengan nama2 Allah (99 nama Allah)
Ø  Contohnya:
-Ya Razak (supaya usaha berjalan lancar dan dimurah rezeki)
-Ya Rahman (100X untuk kuatkan ingatan dan cerdaskan fikiran)
-Ya Basit ,dll
Ø  Allah suka kita berdoa dengan namaNya yang mulia

10.   Bersyukur

Ø  Selalulah berdoa selepas solat doa yang Rasulullah ajar kepada Muaz bin Jabal:
Ø  Ingatlah firman Allah surah Ibrahim 14:7,bila kita bersyukur Allah akan tambah nikmat,dan jika kufur  azab Allah maha pedih.
Ø  Besykurlah dengan menjadi hambanya yang taa perintah dan jauhi laranganNya.



11.   Tekun berusaha

Ø   kita perlu bersungguh2 dalam usaha kita
Ø  Firman Allah dalam Surah Ar-Ra`d 13:11  menyebut bahawa Allah tidak akan ubah sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah dirinya sendiri.

Okaylah harapan saya agar pembaca yang singgah di ruangan ini dapat mengambil manfaat dari perkongsian ini.Semoga kita semua menjadi lebih baik setiap hari dan sentiasa dirahmati Allah.Ini cuma ringkasan  sedikit dari buku tersebut, kalau sahabat2 semua baca bukunya lg bagus…
Allah knows best. Till we meet again. Insha Allahutaala…




No comments:

Post a Comment