Friday 13 February 2015

Cuci hati dari hasad dengki

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua? semoga sahabat semua  sentiasa diberi kesihatan fizikal dan kejernihan hati selalu..Bercakap soal hati, hari ini saya nak berkongsi tentang satu penyakit hati  iaitu HASAD DENGKI. Banyak masalah di dunia berlaku berpunca dari hasad dengki..



Bila ada penyakit hati ini ,jiwa kita tak akan tenang dan berlaku permusuhan..Eventually, banyaklah jenayah yang berlaku..Nauzubillahi min zalik..Ingatkah teman2  kisah iblis yang tak mahu sujud kepada nabi Adam kerana sombong dan hasad?Satu lagi kisah Habil dan Qabil, dimana  Qabil membunuh saudaranya Habil kerana dengki Habil berkahwin dengan perempuan lebih cantik dan korbannya diterima Allah?

Sebenarnya apa maksud hasad dengki?Menurut Imam Al Mutawalli Asya`rawi, hasad dengki adalah perasaan bila kita mahu nikmat yang ada pada saudara kita hilang.Hukumnya haram.

Iri hati pula bermaksud bila kita mahu nikmat yang sama dimiliki oleh sahabat kita,tapi tak mahu nikmat itu hilang pada teman kita..Kalau ia tentang hal dunia, harus hukumnya, kalau tentang  akhirat pula sunat.

Apa pula maksud munafasah? Maksudnya ia bersaing untuk mendapat sesuatu yang diperolehi oleh orang lain.Hukumnya harus tapi tak boleh berlebihan sehingga melampau batas kemampuan dan mesti ikut syariat.Sebaiknya bersainglah dengan diri sendiri, semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Hasad dengki ni berlaku bila iman seseorang itu lemah. Kerana iman lemah lah kita kurang persaudaraan / ukhuwah dengan sahabat2 kita.Sedangkan hadis nabi ada menyebut tak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya.

Apa keburukan hasad dengki?
@ Dimurkai Allah didunia dan akhirat
@ Tidak akn sempurna iman selama-lamanya:
tak dapat jadi muslim sejati
@ Hidup dipenuhi kesedihan berpanjangan
@ Mendapat musibah tanpa dapat pahala
@ memecahbelahkan masyarakat

Cara membersihkan hati dari hasad dengki
·         Belajar dan menghayati prinsip akidah
Belajar ilmu akidah membolehkan kita tahu apa itu takdir, hikmah takdir dan bagaimanana menghadapi takdir

·         Mencari ilmu tentang keburukan hasad dengki
Kita berusaha untuk tahu selok belok hati contohnya dengan mencari ilmu tentang hasad dengki, keburukannya dan bagaimana merawatnya

·         Jangan dilahirkan dalam ucapan dan tindakan
Selagi hasad dendki hanya dipendam dalam hati,ia belum ke tahap merbahaya .Cepat2 la beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
Sabda Rasulullah saw: “Tiga sifat yang tidak ada seorang pun yang selamat darinya iaitu,takut,buruk sangka dan hasad dengki.Jika kau merasa takut,maka jangan mundur(hadapilah),jika berhasad dengki jangan lanjutkan,jika kau bersangka buruk jangan buktikan (jangan mencari bukti).”
Riwayat Baihaqi.

·         Bermujahadah melawan kehendak
Imam Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menggariskan jika timbul sikap buruk dalam hati, hendaklah melakukan perkara yang bertentangan dengannya. Contohnya:

Jika rasa cemburu atas kejayaan seseorang , cepat2 ucapkan tahniah dan syabas dengan segera kepadanya
Jika terasa ingin mengumpat, cepat2 ceritakan yang baik2 tentangnya.
Jika timbul takabur,cepat2 bertindak untk merendahkan diri
Apabila timbul iri hati,cepat2 bertanya khabar dan menziarahi orang yang berkenaan

Dengan itu,kita seolah2 menghina syaitan yang menghasut kita,bahawa hasutannya tak berjaya malah kita yang dapat pahala.Boleh la amalkan ye nanti..



·         Bertaubat kepada Allah dan banyak mengingati mati
-Mati adalah pemutus kelazatan dunia.Kalau kita renung  suatu hari nanti kita akan mati dan yang dibawa adalah amalan saja, kita tentu tak akan rasa dengki pada orang lain.Tapi  sebab kita masih di dunia,dan cinta dunia masih ada dalam diri kita, kita mungkin dijangkiti penyakit hati ini. Marilah kita sentiasa istighfar dan banyakkan mengingati  hari yang pasti datang, hari kematian kita,

·         Berdoa  semoga dihapuskan sifat hasad dari hati
                                                         Doa daripada surah Al-Hasyr:10



“Dan orang - orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka(berdoa dengan) berkata:
Wahai tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati hasad dengki  dan dendam ter terhadap orang-orang yang  beriman.Wahai tuhan kami,Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatmu”

·         Setiap kali ada perasaan dengki pada seseorang doakan orang tersebut , Allahumma zzid wa baarik supaya orang itu ditambah  nikmat dan diberkati. Secara tidak langsung, malaikat akan mendoakan kita perkara yang sama yang kita doakan untuk orang lain.
                                                                              
Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit hati.Semoga kita semua berjaya bertemu Allah dengan hati yang sejahtera, bersih dari sihat mazmumah.Perkongsian hari ni saya summarize dari pembacaan saya dari buku “Semuanya soal hati” tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Saya suka tulisan beliau kerana saya rasa keikhlasan beliau  dalam tulisan tersebut . Bacalah..





























No comments:

Post a Comment