Saturday 6 February 2016

Tips Bahagia Prof Muhaya

                                       
Alhamdulillah.

Mari kita bersyukur dan bersyukur  pada Allah diatas nikmatnya yang banyak pada kita. Allah tidak pernah berkira dengan kita.Walaupun kita selalu juga buat yang Allah tak suka, contoh?

# buang masa dengan online lama2
#mengumpat
#tak jaga mata & telinga dengan lihat & dengar apa yang Allah tak suka
#tak jaga hati:dengki,benci ,marah
#malas berusaha majukan diri
#tak jaga pergaulan
#lagi teruk buat dosa2 besar: zina,riba
Tapi Allah tak berkira dengan kita . Allah masih sudi memberi kita nikmat kenyang dan sihat dan lain2.Jadi sudah semestinya kita perlu buktikan rasa syukur kita setiap hari.Macamanaa?usahalah untuk perbaiki diri & dekatkan diri pada Allah setiap hari.

“Bahagia dan membahagiakan”. Itulah tajuk buku tulisan Prof Muhaya yang saya sempat habiskan.Jadi saya nak kongsi beberapa ilmu  pada sahabat2 semua .Buku ini banyak dikongsi soalan yang biasa ditanya  dan jawapan prof.Jadi saya coretkan disini supaya  lebih ramai dapat manfaat dari perkongsian beliau.


Antara tip untuk bahagia:
v  Maafkan diri sendiri dan orang lain
              Kita perlu buang perasaan marah ,dendam dan menyesal dalam diri.
 Ada kajian dibuat pada orang yang ada perasaan sebegini.Peluh yang dikeluarkan oleh orang ini mempunyai Ph yang rendah. Maksudnya ,badan mengeluarkan banyak acid.Jadi bila dalam hati tak sihat, badan pun jadi tak sihat.

v  Membentuk imej diri yang positif.
Imej diri ialah sikap luaran kita yang mana akan mengikuti apa yang kita niat dan fikirkan dalam hati.Jadi kita perlu bentuk imej diri yang baik dengan  selalu berfikiran positif.
Elakkan menyalahkan diri sendiri, merungut dan berfikiran negatif, sebab itu ciri2 orang yang tak berjaya
v  Jika ada orang tak sayang atau tak suka kita, kita kena cari apa sebab dan perlu perbetulkan diri kita dulu.
v  Jangan terlalu fikir tanggapan orang pada kita
Carilah penghargaan Allah jangan cari penghargaan manusia.
What other people say will not harm you until you let them.
Perkataan risau dan takut orang kata,perlu didelete dari kamus hidup kita kalau nak berjaya.
Mari kita sama2 amalkan untuk  takut hanya pada yang berhak iaitu Allah swt sahaja.

v  Pandang sesuatu yang berlaku dari sudut positif
Cuba kita renung kisah Syed Qutb semasa beliau dipenjarakan.Beliau rasa gembira bila dipenjara sebab beliau tiada gangguan untuk  beribadah pada Allah sehingga beliau boleh hasilkan karya dalam  penjara.

v  Redhalah dengan takdir yang menimpa kita
Setiap orang telah Allah tetapkan takdir masing2,janganlah kita menyesal tapi kita perlu cuba untuk ikhlaskan diri.InshaAllah ,pahala besar menanti kita.

Bahagia itu tak perlu dicari, tapi kitalah  mencipta kebahagiaan dalam diri kita. Let`s move on. Jangan pandang lagi masa silam kita dan mula kan hidup baru. Jom sekarang kita bergegas memajukan diri dan mendekatkan diri pada Allah.

Saat ini juga, marilah kita:

@ berzikir dengan zikir Fatimah:SUBHANALLAH, ALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR (33X)
@ membaca alquran
@ mencari ilmu:membaca buku pelajaran, majalah islam, sirah nabi
@ menguruskan rumah:bagi bersih,terurus
@ rancang masa depan:sebulan,setahun,5 tahun akan datang
@ buat sesuatu yang bermanfaat pada diri sendiri dan  orang lain:sedekah,tolong orang

  
Let`s make everyday ,an upgrading day.


Till we meet again ,you take care.
Wallahua`lam