Sunday 16 August 2015

Bagaimana seharusnya AKHLAK

Assalamualaikum..

Mari bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang Allah beri hari ini.Tak terhitung.Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah.Bantulah kami untuk mensyukurimu.
Jom kita berselawat ke atas nabi dulu:
Allahummasolliala muhamad (3x)

Penat betul ya cuti ni.Letih melawan hawa nafsu serakah,banyak kali juga tewas.Astaghfirullah..Hebat sungguh godaan ,maklumlah syaitan baru terlepas selepas sebulan diikat bulan puasa baru2 ini.Tapi kita pun baru keluar dari madrasah Ramadhan, sepatutnya lebih kuat  IMAN.

Nafsu kalau diikut memang layulah kita.Nafsu amarah,nafsu nak makan ,nafsu nak bersantai depan tenet dan laptop,penyakit hati,tak jaga mata dan anggota lain.Astaghfirullah..Tahu tapi tetap buat apatah lagi yang tak tahu..
Padahal Allah telah berfirman:

“Maka apabila malapetaka (hari kiamat) telah datang.Iaitu pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang dikerjakannya.Dan neraka diperlihatkan dengan jelas kepada setiap orang yang yang melihat.Maka adapun orang yang melampau batas.Dan lebih mengutamakan urusan dunia,Maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya.
(An-Nazi`at :34-39)

Memang betul lah ,ilmu tak ke mana kalau tak sertai dengan amal.Perlu ada kemahuan (jiddiyah) dan semangat(himmah ) untuk bermujahadah.Semuanya masalah iman sebenarnya.Ada hadis Rasullullah yang menyebut seseorang itu pencuri dan penzina takkan mencuri dan berzina jika dalam keadaan beriman.

Oklah .Disebabkan saham akhlak penulis jatuh merudum baru2 ni, So  im decided to put some remainder di dinding blog ini as a pep talk to behave well  myself first and the rest for anyone who interested.
“Akhlak para pendakwah”.Itu tajuk buku yang ditulis Abdullah Nasih Ulwan.Nipis saja bukunya.Buku lama ayah.(ATTENTION )Sebenarnya, semua  orang ada tanggungjawab menjadi pendakwah  bukan ustazah sahaja. Dokter,teacher,perdana menteri  dan semualah adalah daie .



Ya, kita semua perlu jaga akhlak.Seorang yang  mengaku daie malah lebih lebih utama menjaga akhlaknya sebab dia adalah pusat perhatian orang yang diseru (mad`u).Berikut ,beberapa sifat daie yang ditekankan oleh syeikh.

1.Sidiq (Amanah)
Seorang daie mesti bercakap benar walaupun dalam bergurau senda.Idola kita, Rasulullah saw  sebelum diutuskan sebagai rasul pun dah dikenali sebagai Al-Amin meskipun dikalangan orang kafir Quraisy.Pernah Rasulullah saw tanya sahabat baginda,”Kalau aku katakan akan ada kuda keluar dari lubang ini adakah kamu percaya?”Semua sahabat Baginda percaya.
Nah ,itu baru seorang daie.ok jom bercakap benar.

2. Amanah
Syeikh menghuraikan ,ada 3 jenis amanah yang perlu dimiliki oleh daie:
·         Amanah terhadap harta:Contohnya terhadap barang yang dipinjam.Kalau student plak, amanah terhadap biasiswa yang diberi oleh negara kita  (terkena rasanya,Astargfirullah).

·         Amanah Bercakap :Kita tidak boleh bohong ,atau menukar2 fakta bila bercakap.Sebab dai mesti sampaikan yang benar.

·         Amanah Tabligh: Kita rasa bertanggungjawab menyampaikan ilmu .


3. Tawadhuk
Ini pun muhim jiddan (penting ).Sifat rendah diri dengan siapa sahaja.
Jadilah kita orang yang bersederhana,makan seadanya.Bergaul dengan semua orang  tanpa ada rasa ujub, sombong dan memnadang hina. Bila kita ada sifat ini, tentu orang tertarik dengan kita (sebenarnya islam) dan nak ikut nasihat  dan ajaran islam.

Contohnya:Rasulullah saw bila bertemu sahabat /sesiapa ,Baginda dulu yang memberi salam,dan paling lambat menarik tangan sesudah berjabat.Baginda tak sombong, walaupun baginda lah sebaik2 manusia..

4.Lemah lembut (Al-Hilm)
Lemah lembut  di sini bukan maksudnya lemah gemalai ya..Maksudnya ialah kita sembunyikan sifat kekerasan dengan bersikap pemaaf dan berlapang dada.Menahan amarah disaat kita mampu untuk hamburkan kemarahan..Menyambung silaturrahim dengan yang memutuskan .itulah sifat yang perlu ada pada seorang daie.Nabi saw bersabda:
“Kekerasan itu bukanlah dengan dapat menjatuhkan lawan, tapi kekerasan itu ialah dia dapat menahan perasaannya ketika marah”




Hebat sungguh siapa yang dapat mengawal emosinya. I wish I can be one.


Setakat ini dulu teman-teman.Semoga kita semua diberi kekuatan untuk  bangkit selepas futur (berhenti sebentar).Saya pernah dengar nasihat seseorang, tak boleh futur lama2,kita banyak kerja kene buat. Hope these post benefitted  all of you.
Allah knows best.
CUL8R.




Monday 10 August 2015

Belajar dari as syahid Ammar dan keluarga.



Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah, kita dapat bangun tidur lagi hari ni. Maksudnya Allah masih bagi peluang untuk buat ibadah dan mintak ampun atas dosa2.Saya sedang bercuti sekarang, jadi boleh baca buku banyak2.sya memang suka baca buku..Tapi tula, kene suka dan paksa diri untuk beramal juga ..huhu. Teringat kisah Saidina Umar , beliau tak beralih dari satu muka surat Alquran selagi belum beramal dengan ayat tersebut .

Semoga sahabat2 semua sihat sokmo.Saya ?Alhamdulillah sihat..Kali ni saya  nak share 1 buku yang saya bace tentang  seorang  anak muda ..Awesome sungguh pemilik susuk tubuh ni.Kagum saya dibuatnya.Semoga kita dapat ambil hikmah dari kisah benar ini ya..

 Buku yang  saya nak kongsi bertajuk  Ahmmad Ammar : Engkau MilikNya tulisan Bonda Nor.
Saya beli buku ni sebab hari tu saya pegi ke pesta buku kat PWTC ,ternampak Ayah dan Ibu Ammar di atas pentas, ramai orang berkerumun.Tiba2 sya rasa sebak , hebat anak muda ini, selepas dia pergi menghadap Ilahi,namanya harum dengan gelaran syahid.Beliau meninggal pada November 2014, tapi still saya rasa terkesan dengan kisah ni.Tentu ada sebab kenapa Allah takdirkan sesuatu.Takkan secara kebetulan A.Ammar  dapat meninggal dalam husnul khatimah.Mesti corak hidup dia yang  buat beliau mendapat penghormatan sebegitu..Saya cemburukan beliau, saya pun mahu tiru beliau..Lalu sy pun belilah buku ni..



Ahmad Ammar belajar di Turki.Beliau meninggal ketika dalam perjalanan ke untuk mengajar di kelas pertamanya.Semasa ibu beliau ke Turki masa hari pengkebumian beliau, pemimpin Jemaah  Hayrat di Turki menyuruh nanti bila pulang ,  beritahu kepada orang ,kamu adalah ibu kepada seorang as-syahid.Memang pada  jenazah beliau, jelas ada peluh2 di kelopak mata dan dahi selepas dikafankan . Itu salah satu tanda  husnul khatimah..Saya sempat juga tengok  video yang disebut penulis dalam buku tu,bertajuk Ketika Ammar Bertemu Bidadarinya, banyak cerita tentang kisah hidup beliau sampailah hari pengkebumian.Beliau  merupakan pelajar cemerlang dan pernah menjadi pelajar terbaik aliran sains namun bertukar arah kepada bidang sejarah Usmaniah.Beliau pernah jadi penterjemah sebuah drama Turki yang disiarkan di TV Hijrah dan ada juga di program2 lain.Beliau selalu ikut misi kesukarelawanan antaranya ke Kemboja dan Syria. Dalam buku ni, diselitkan bingkisan bertajuk “ Sudahku wakafkan Dia Untuknya” yang ditulis oleh ayah beliau.Antara kata-kata yang buat saya terharu berbunyi lebih kurang begini  “…tidak keterlaluan kalau saya katakan A.Ammar adalah anak yang diimpikan oleh semua ibu bapa….”.Maksudnya ayah beliau mengakui kesolehan Ammar.mungkin ini salah satu sebab beliau dapat husnul khatimah..beliau anak soleh rupanya. Catatan Ammar dalam buku beliau juga banyak dikongsi tentang luahan hati beliau ,perlunya keluar dari zon selesa dan berkelana mencari ilmu..


Sebenarnya dalam buku ni banyak cite tentang bagaimana peribadi ayah dan bonda Ammar yang banyak membentuk Ammar.Memang ibu bapa Ammar bukan calang2 orang.Orang nya hebat,tak hairan anaknya dapat penghormatan sebegitu. Ayah Ammar adalah Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan pengasas Grup Penjejak Tamadun Dunia(GPTD).Beliau telah terlibat dengan kerja dakwah sejak di waktu university lagi. Ibunya pula banyak terlibat dengan kerja2 kebajikan  antaranya menguruskan bantuan pendidikan untuk pelarian Rohingya.Sahabat2 boleh bace buku ni kalau nak tahu lebih lanjut..

Mungkin pengajaran yang boleh kita ambil/contohi:

·         Perlu jadi anak soleh: disenangi oleh ibu bapa & Allah

·         Perlu ada matlamat hidup:contoh ,ada perancangan hidup,merantau menuntut ilmu

·         Perlu banyak bermanfaat pada orang:sertai kerja2 kebajikan (uruskan rumah pun termasuk),mudahkan kerja orang

Sebenarnya sudah banyak tokoh2 besar yang kita dengar seperti  Sultan Salahudin A lAyyubi ,  Imam Hasan AlBanna dll, tapi mungkin dengan kisah Ammar yang hidup dizaman kita , dan lebih kurang sebaya dengan kita, buat kita lebih terkesan untuk mencontohi kejayaan beliau mendapat husnul khatimah. Semoga terinspirasi ..

Jumpa lagiJ