Sunday 19 October 2014

Tip2 Hafalan Ulama`


Salam sejahtera semua. Assalamualaikum wbt..

Ape khabar sahabat2 semua? Semoga sahabat semua di kurniakan ketenangan  hati dan kebahagiaan walau dimanapun kalian berada..Selawat dan salam keatas junjungan nabi saw..Tanpa pengorbanan baginda dahulu,mustahil kita dapat menghirup nikmat iman dan islam hari ini.

Perkongsian hari ini saya petik daripada buku Ikon Syabab  tulisan Ustaz Umar Muhammad Noor.
Buku ini sangat bagus untuk para pelajar /pemuda yang sedang menuntut ilmu.Banyak kisah2 ulama` dan sahabat2 nabi yang dikongsi  berkisar tentang bagaimana pemuda pada zaman dahulu.Sangat jauh berbeza  sikap mereka dengan sikap generasi sekarang dalan menuntut ilmu.

Sedikit yang saya nak share dari buku ini:


Tip2 untuk hafalan oleh para Ulama`

1.       Menjauhi maksiat.

-Hafalan yang kuat bermula dari minda yang jernih dan hati yang bersih
-Seseorang pernah bertanya Imam Malik: Amalan apakah yang menguatkan hafalan? Beliau menjawab :Jika ada amalan yang dapat menguatkan hafalan,maka amalan itu adalah meninggalkan maksiat.
-Imam Syafie juga pernah mengadu pada gurunya Imam Malik tentang buruknya hafalannya.  Gurunya menjawab: Ilmu itu cahaya dan cahaya  tidak mungkin akan diberikan kepada ahli maksiat.”

2.       Sedikit makan dan sedikit tidur

Imam Syafie berkata: “Sesiapa yang banyak makan, ia akan banyak minum,lalu banyak tidur,lalu banyak menyesal kerana telah melewatkan banyak keuntungan "

3.       Mencintai pelajaran dan baca berulang-ulang

-Abu Ishak  as-Syirazi: Aku  selalu membaca pelajaranku 1000 kali agar benar-benar menghafalnya.
-Imam Bukhari pernah berkongsi tip hafalannya: “Aku tidak mengetahui sesuatu yang bermanfaat untuk hafalan selain kecintaan kepada pelajaran dan selalu memandangnya.

4.       Cara masa yang tepat untuk menghafal

-Malam hari dan  sebelum subuh adalah waktu yang sesuai untuk menghafal.
Berkata Ismail bin Abi Uwais :Jika engkau ingin menghafal sesuatu,bangunlah sebelum subuh.Bukalah lampu,lalu bacalah.InsyaAllah engkau tidak akan lupa selepas itu.



5.       Praktikkan ilmu dan muzakarah bersama rakan

-Ilmu akan melekat jika diamalkan dan dipraktikkan.Setiap kali mendapat kosakata baru, gunakan ia dalam perbincangan.
-Ibrahim An-Nakh`i  berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka sampaikanlah hadis itu. Walaupun  ia  mesti menyampaikannya kepada orang yang enggan mendengarnya.”


Itulah adalah sedikit ilmu bagaimana nak menguatkan hafalan. Ada satu kisah  mengenai Imam Ghazali. Ketika beliau dalam satu perjalanan musafir,beliau dirompak.Perompak itu mengambil semua barang Imam Ghazali termasuklah nota-nota yang beliau tulis setiap kali berjumpa dengan gurunya.Imam Ghazali meminta kepada perompak tersebut  agar mengembalikan nota tersebut kerana nota tersebut sangat berharga baginya dan tidak berguna kepada perompak itu.

Perompak itu tertawa dan berkata: “Bagaimana engkau boleh mendakwa menguasai ilmu.Jika aku mengambil nota2 mu engkau akan menjadi orang yang jahil.” Lalu dia menyuruh anak buahnya mengembalikan nota tersebut kepada Imam Ghazali

Setelah  perompak itu pergi, Imam Ghazali termenung dan berfikir: “Ucapannya benar. Allah menegurku melalui orang ini untuk menunjukkan jalanku.”
Setelah itu beliau segera menghafal semua catatan ilmiahnya.Setelah 3 tahun ia berjaya menguasai ilmu tersebut.Jika perompak itu merompak lagi nota2nya,ilmunya tidak akan hilang bersama buku2 itu..

Kisah ini sangat terkesan kepada saya  kerana kita selalu lupa apa yang dipelajari. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..

Kata  Ulama`:
Ilmu itu dihati bukan di buku.Selama ilmu itu belum tersimpan di hati,seseorang belum dikira berilmu.Sebab ilmu itu boleh hilang dan dicuri bila-bila masa.

Pepatah Arab:
Satu huruf di dada lebih baik dari  10 huruf di buku.

No comments:

Post a Comment