Saturday 1 December 2012

Tip-tip belajar Prof Muhaya


Assalamualaikum..

Sememangnye nak istiqomah dalam kebaikan memang susah.Alhamdulillah  di saat ini , saya diizinkan Allah untuk berkongsi sedikit  ilmu.Walaupun tak banyak ,diharap dapat memberi  ‘sesuatu’  yang bermanfaat kepada sesiapa yang terjumpa blog ini.

Saya ada membace buku hasil karangan Prof Muhaya bertajuk” Bagaimana menjadi pelajar yang baik dan Berjaya”.Buku yang sangat bagus untuk dibaca..Walaupun ia banyk focus untuk pelajar perubatan ,ia sebenarnya sesuai untuk sesiape aje.Jadi disini saya nak berkongsi beberape tip2 yang penting dan saya rase terkesan , sesuai untuk sesiapa yang berhajat untuk mengimprove diri…

Berikut tip2 untuk menjadi pelajar yg BAIK dan BERJAYA:

1.       Firstly,paling important letakkan MATLAMAT YANG BETUL dalam belajar.

2.       Guna KAEDAH  BTU (bace awal sebelum kelas ,tumpuan dan ulangkaji)
3.       Elakkan buat perkara berikut:
ü  Membaca sambil baring
-ia tidak bagus sebab kita  perlu aktif belajar dengan pen dan kertas ditangan )
ü  Tiada kaedah belajar menyebabkan kita belajar banyak tapi susah ingat semasa peperiksaan

4.       Pastikan  ada KAEDAH BELAJAR YANG TERATUR DAN SISTEMATIK
-          Antara kaedah tersebut:
ü  Baca dan fahamkan dahulu
ü  Ingat fakta tersebut
ü  Sebutkan dan tulis diatas kertas
ü  Belajar berkumpulan
ü  Buat nota ringkas yg boleh dibawa kemana2

5.       RANCANG MASA ANDA seharian (buat jadual harian )
-pastikan kita tahu ape yg kita nak dilakukan esok hari
-Jangan biarkan orang lain/media massa mencuri masa kita

6.       JANGAN SESEKALI DENGKI DENGAN KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAN ORANG lain.
-Seorang yang memakai kasut saiz 6 tak sepatutnya iri hati dengan orang yang memakai kasut saiz 8
-Kita perlu redha dan yakin dengan ketetapan Allah setelah kita usaha sebaik mungkin

7.       BERDOALAH KEPADA ALLAH

-yakinlah bahawa segala keputusan dan penentu kejayaan dan kehidupan kita adalah ALLAH
-Taat kepadaNya dan jauhi laranganNya.

  
Semoga sahabat2 semua boleh mengamalkannya.Kalau boleh bace bukunya lagi bagus kerana Prof Muhaya ade banyk perkongsian pengalaman beliau sepanjang jadi student peubatan dan lecturer perubatan. Jomlah kia jadi orang luar biasa.Jomlah kita jadi orang yang boleh diharapkan untuk bangunkan ISLAM.

Bila kita bawa sahsiah yang baik, akademik yang mantap dan jadi orang yg bermanfaat kepada orang lain..,sebenarnya tu lah yang boleh buat orang percaya dan yakin BAHAWA ISLAM membawa kebaikan kepada penganutnya dan seluruh alam.Yang menulis tak semestinya lebih baik.Sekadar perkongsian..

"Ya Allah doronglah kami,keluarga,sahabt2 kami dan seluruh ummat ini kearah kebaikan..bantulah kami untuk istiqomah..."






2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    perkongsian yg menarik..
    moga kita dpt istiqamah.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. terima kasih atas perkongsian ini. moga kita istiqomah dalam melakukan kebaikan. aamiin inshaAllah.

    ReplyDelete