Monday 4 June 2012

PEMUDA PEMUDI,BANGUNLAH..!!




Setiap hari yang baru mengunjungi hidup kalian,fikirlah sebaik-baik langkah yang wajar kalian ambil demi membina masa depan yang diredhaiNya..

Pemuda-pemudi harapan!!

Iman Al-Ghazali ada memberi nasihat kepada golongan remaja.

“Ada tiga perkara yang apabila diberikan kepada pemuda sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan dunia dan akhirat iaitu:

1.       Hati yang sentiasa bersyukur
2.       Lisan yang berzikir
3.       Jasad yang sentiasa sabar


Ini dia pesanan khusus untuk barisan muda daripada Hasan Al-Basri iaitu:

1.       Mulakan hatimu dengan ceria dan penuhkanlah dengan aktiviti mendekatkan diri kepada Allah dan mencintai Rasulullah.Juga mendampingi dan belajar daripada orang alim dan soleh.

2.       Jangan biarkan diri terjerumus kepada perbuatan buruk yang merencatkan fungsi akal fikiran yang muda lagi bersih

3.       Jangan berlebih-lebihan dalam bergurau senda dan bersantai kerana akan melalaikan tanggungjawab kepda Allah.

4.       Sibukkan dirimu dengan aktiviti yang menumbuhkan akal,kecergasan dan menguatkan iman.Nescaya kamu akan memetik kecemerlangan di hari tua dan kejayaan di akhirat.

5.       Banyakkan membaca sirah Rasulullah saw dan sejarah orang-orang soleh untuk mencontohi bagaimana mereka melalui hari2 dalam kehidupan semenjak kanak-kanak ,remaja dan tua.Jadikanlah ia sebagai panduan agar tersenarai sebagai anak muda yang soleh dan diredhai Allah..



Semoga dapat membangkitkan HIMMAH..

Wallahu`alaam.









 Rujukan: Program SKEMA (Seminar Kesejahteraan Mahasiswa) di Terengganu









No comments:

Post a Comment