Saturday, 26 May 2012

10 perkara yang sia-sia


Sahabat soleh membawa haruman  yg wangi kpd sahabat2nya...
1.   Ilmu yang tidak diamalkan

Eg: Bila ilmu agama yang kita pelajari tidak diamalkan dalam kehidupan,ilmu itu menjadi sia2

2.         Amalan yang tidak ikhlas

Antara dua syarat untuk amalan diterima ialah niat yang betul dan dilakukan mengikut syarak.Niat yang tak ikhlas eg:bila buat sesuatu supaya dipuji ,nak mencari glamour ataupun hanya mengikut orang,amalan kita dikhuatiri tidak diterima oleh Allah..
Jadi perbetulkan lah niat sentiasa (sebelum ,ketika ,selepas) membuat sesuatu amalan.

3         Harta yang bertimbun tetapi tidak dimanfaatkan
Harta kita yang sebenar ialah harta yang disedekahkan kepada orang lain atau yang dimanfaatkan di jalan Allah.Jika tidak ,harta yg bertimbun itu tak dapat memberi manfaat kepada kita bila kita MATI..

4      Hati yang tiada perasaan cinta kepada Allah

Nauzubillah…betapa sia2 hati yg diciptakan oleh Allah bila hati itu tak cinta pada Allah..Tidak terlintas untuk mengagungkan Allah Pencipta Alam..Nauzubillah..

5   Tubuh badan yang tidak mentaati Allah

Jasad yang tidak patuh perintah Allah adalah jasad yang sia2…Tiada guna kehidupan bila kita tidak patuh pada Pencipta kita sendiri..

6   Mencintai Allah tetapi tidak mentaati Allah

Sia2 sahaja jika kita mengaku  cinta dan kasih pada Allah tapi tak membuktikan tanda kecintaan kita.Mungkinlah kita hamba Allah yang lemah dalam menghadapai ujian2 didunia ni yang sangat mencabar,jadi marilah kita sentiasa beristighfar selalu agar cinta kita pada Allah tidak palsu..

7    Tidak menggunakan masa untuk benda yang berfaedah

Tugas yang kita ada sangat banyak sebenarnya jika kita sedar  betapa banyak kelemahan diri ni yang perlu diperbaiki..Tapi betul lla,banyak sungguh distraction untuk menggunakan masa dgn bermanfaat  sangt mencabar .Facebook,tv,muvie,novel yang jelas2 tidak berfaedah,kawan2 yg melalaikan...Marilah kita berusaha bersungguh2 untuk menggunakan masa sebaiknya,KERANA suatu mase nanti Allah akan tanya tentang umur kita…

8     Akal fikiran yang mendatangkan dosa

Fikiran yang kotor boleh mendatangkan dosa..eg: bila kita berfikir/membayangkan  tentang sesuatu yang diharamkan Allah ,bila kita berfikir tentang kelemahan orang lain dan menghina ciptaan Allah.Berfikir itu bagus,tapi berhatilah2 dalam berfikir..!!!

9   Berkerja dan berkhidmat bukan kerana Allah

Rugi sungguh bila kita berbuat sesuatu buakan kerana Allah…Sia2 waktu ,penat lelah,peluh yang keluar sedikit pun tidak  membantu menjauhkan diri dari api neraka..eg:program2 realiti yang sibuk melahirkan artis2 yang bermaksiat kpd Allah.Ruginye bila kita bersungguh2 dalam perkara yang tidak diredhai Allah…

10.  Bila berharap dan merasa takut bukan kerana Allah

Mengharap dan takut pada bukan pd Allah tanda kita hilang pergantungan kpd Allah.kita tidak yakin Allah yang menentukan nasib kita..Allah yang menentukan masa depan kita,  Allah yang mengetahui hikmah disebalik kejadian yang berlaku..Marilah kita membulatkan keyakinan kita pada Allah..

Jagalah Allah,,PASTI DIA akan menjagaMU

Sumber: Ibnu Qayyim Al-Jauzi

No comments:

Post a Comment