Setiap hari yang baru mengunjungi hidup
kalian,fikirlah sebaik-baik langkah yang wajar kalian ambil demi membina masa
depan yang diredhaiNya..
Pemuda-pemudi harapan!!
Iman Al-Ghazali ada memberi nasihat kepada
golongan remaja.
“Ada tiga perkara yang apabila diberikan
kepada pemuda sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan dunia dan akhirat
iaitu:
1.
Hati yang
sentiasa bersyukur
2.
Lisan yang
berzikir
3.
Jasad yang
sentiasa sabar
Ini dia pesanan khusus untuk barisan muda daripada Hasan Al-Basri
iaitu:
1.
Mulakan
hatimu dengan ceria dan penuhkanlah dengan aktiviti mendekatkan diri kepada
Allah dan mencintai Rasulullah.Juga mendampingi dan belajar daripada orang alim
dan soleh.
2.
Jangan
biarkan diri terjerumus kepada perbuatan buruk yang merencatkan fungsi akal
fikiran yang muda lagi bersih
3.
Jangan berlebih-lebihan
dalam bergurau senda dan bersantai kerana akan melalaikan tanggungjawab kepda
Allah.
4.
Sibukkan
dirimu dengan aktiviti yang menumbuhkan akal,kecergasan dan menguatkan
iman.Nescaya kamu akan memetik kecemerlangan di hari tua dan kejayaan di akhirat.
5.
Banyakkan
membaca sirah Rasulullah saw dan sejarah orang-orang soleh untuk mencontohi bagaimana
mereka melalui hari2 dalam kehidupan semenjak kanak-kanak ,remaja dan
tua.Jadikanlah ia sebagai panduan agar tersenarai sebagai anak muda yang soleh
dan diredhai Allah..
Semoga dapat membangkitkan HIMMAH..
Wallahu`alaam.
Rujukan: Program SKEMA (Seminar Kesejahteraan Mahasiswa) di Terengganu
No comments:
Post a Comment