Kadang-kadang kita tak sedar kita sebenarnya tersilap dalam memilih role model .Kadang2 kita terikut2 gaya pemakaian ,cara percakapan dan tingkah laku mengikut gaya percakapan orang sekarang yang mungkinlah nampak trendy dan sempoi..Tapi siapakah sebenarnya orang yang paling layak untuk kita dicontohi..??Tentu nabi kita Muhammad bin Abdullah..Rasulullah saw, uswatun hasanah.. Marilah kita kenali Rasulullah dengan lebih dekat..
èBaginda lah yang memulakan salam kepada sahabat2nya bila bertemu
èMemalingkan seluruh badannya bila bercakap dengan seseorang (tua/muda)
èBaginda yang paling akhir menarik tangannya bila berjabat tangan
èRasullah tidak sombong ,walaupun baginda seorang nabi dan pemimpin ,baginda pernah:
- · Turut membina masjid di madinah dan menggali parit semasa Perang Khandak
- · Menampung pakaian yang koyak,menjahit kasutnya sendiri
- · Makan bersama khadamnya
è Memulakan sesuatu pekerjaan dengan mendahulukan bahagian kanan sebelum kiri
èBaginda seorang pemurah dan suka memberi makan
Kisah: Rasululah pernah dihadiahkan seekor kambing untuk dimakan bersama keluarga.Namun begitu,Baginda menyuruh Saidatina Aisyah membahagi2kan kambing itu kepada mereka yang lebih memerlukan..Saidatina Aisyah tahu Rasulullah gemar kambing terutamanya bahagian kaki ,lalu dititipkan bahagian tersebut untuk Rasulullah…Tiba waktu makan,Rasullah bertanya kapada isterinya tentang kambing itu.Lalu Aisyah pun memberitahu tentang bahagian kaki yang disimpan untuk Rasulullah.Rasulullah tersenyum gembira lalu sempat menasihati isterinya bahawa SEMUA BAHAGIAN KAMBING ITU milik mereka di akhirat nanti KECUALI BAHAGIAN KAKI ITU…
èBaginda seorang pemaaf
Kisah: Rasulullah pernah diejek dan dilempari batu ketika baginda mengajak satu kaum untuk beriman kepada Allah sehingga baginda luka dan mengalir darah.Jika baginda inginkan kehancuran bagi kaun itu,malikat sudah bersedia menrima arahan.Tetapi ,baginda tidak mahu,sebalinya berdoa: “ Ya Allah,ampunilah kaumku,sesungguhnya mereka tidak tahu”
èMemulakan sesuatu dengan Bismillah
èTidur mengiring ke kanan
èRasulullah sering senyum
“Saya tidak pernah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum daripada Rasulullah SAW.” – Riwayat Tirmidzi dan Ahmad.
Banyak lagi sunnah baginda yang patut kita contohi.Sesungguhnya kalaulah kita nampak pahala mengamalkan sunnah Rasulullah seperti emas yang turun daripada langit tentu kita berebut2 dan berlumba2 untuk mengamalkan sunnah baginda ini.
KISAH AGUNG SEORANG NABI..Baca dan hayatilah dengan mata hati sahabat2 sekalian..
Pernah suatu hari Abu Bakar r. termenung berfikir amal apa yang pernah dikerjakan oleh Rasulullah SAW tapi belum ia kerjakan. Lalu beliau mencari anaknya, Aisyah r.a dan bertanya,”Wahai anakku, apa amal yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika masih hidup tapi belum aku kerjakan?”. Aisyah r.a berfikir sejenak lalu menjawab, “Rasulullah SAW selalu memberi makan kepada seorang Yahudi buta di satu sudut pasar”.
Abu Bakar r.a segera bertemu perempuan buta Yahudi itu dan mengeluarkankan roti yang sudah siapkan untuk diberi kepada perempuan buta itu. Sambil memberi makan,beliau terdengar kutukan buruk tentang Rasulullah SAW daripada mulut Yahudi itu. Ia menghina Rasulullah SAW dan menyuruh orang orang dipasar untuk tidak mengikuti ajakan Muhammad. Abu Bakar r.a mendengar itu semua dengan sabar, ia tidak bisa membayangkan perasaan Rasulullah SAW memberi makan perempuan buta itu sambil dihina dan diejek setiap harinya oleh perempuan yang sama.
Ketika suapan pertama telah masuk kedalam mulut perempuan buta itu terkejut dan memuntahkan makanan yang diberi oleh Abu Bakar r.a.Dia berkata,”Siapa kamu, kamu bukan orang yang biasa memberi aku makan”. Abu Bakar berkata ,”Dari mana kamu tahu kalau aku bukan orang yang biasa memberi kamu makan?”. Perempuan buta itu menjawab,”Makanan yang kau beri tidak kau haluskan terlebih dulu. Orang yang biasa memberi aku makan selalu menghaluskan makanan terlebih dulu karena ia tahu kalau gigiku sudah tak sanggup mengunyah makanan”. Abu Bakar r.a hendak menitiskan airmata, mengingat akan kekasihnya Rasulullah SAW yang berakhlak sangat mulia sekalipun kepada orang yang setiap hari menghina dan mencacinya. Sejenak kemudian Abu Bakar r.a berkata,”Ketahuilah olehmu wahai perempuan yang buta bahwa orang yang biasa memberimu makan sudah meninggal beberapa hari yang lalu dan aku adalah sahabatnya. Orang yang biasa memberimu makan adalah Muhammad SAW, laki laki yang tiap hari selalu bersabar meski kau hina dan caci sedangkan ia tak pernah berhenti menyuapkan makanan kemulutmu”.
Perempuan Yahudi yang buta itu terkejut bukan main dan tak lama kemudian ia menangis. Ia menyesal belum sempat meminta maaf kepada orang yang sangat peduli dengannya padahal tidak ada seorang keluarganyapun yang sempat menengok keadaannya.
Ia lalu bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a dan menjadi muslimah yang taat. Kini hari harinya diisi dengan ibadah. Tidak pernah ia melewatkan waktu kecuali dengan sibuk berzikir dan beribadah. Ia selalu menangis bila ziarah ke makam Rasulullah SAW.
Hebat Rasulullah bukan??Akhlaknya boleh menawan hati orang lain meskipun baginda sudah tiada di dunia ini..
Jom amalkan sunnah nabi..!! |
<<Ya rasulullah, kami ingin menjadi sepertimu,mempunyai akhlak sepertimu,kami ingin bersama-sama2mu di akhirat nanti..Ya Allah kuatkan lah kami untuk mengikuti sunnah Rasulmu ini..>>
Sumber
Akhlak para pendakwah (Abdullah Nasih Ulwan)
No comments:
Post a Comment