Saturday, 1 December 2012

Tip-tip belajar Prof Muhaya


Assalamualaikum..

Sememangnye nak istiqomah dalam kebaikan memang susah.Alhamdulillah  di saat ini , saya diizinkan Allah untuk berkongsi sedikit  ilmu.Walaupun tak banyak ,diharap dapat memberi  ‘sesuatu’  yang bermanfaat kepada sesiapa yang terjumpa blog ini.

Saya ada membace buku hasil karangan Prof Muhaya bertajuk” Bagaimana menjadi pelajar yang baik dan Berjaya”.Buku yang sangat bagus untuk dibaca..Walaupun ia banyk focus untuk pelajar perubatan ,ia sebenarnya sesuai untuk sesiape aje.Jadi disini saya nak berkongsi beberape tip2 yang penting dan saya rase terkesan , sesuai untuk sesiapa yang berhajat untuk mengimprove diri…

Berikut tip2 untuk menjadi pelajar yg BAIK dan BERJAYA:

1.       Firstly,paling important letakkan MATLAMAT YANG BETUL dalam belajar.

2.       Guna KAEDAH  BTU (bace awal sebelum kelas ,tumpuan dan ulangkaji)
3.       Elakkan buat perkara berikut:
ü  Membaca sambil baring
-ia tidak bagus sebab kita  perlu aktif belajar dengan pen dan kertas ditangan )
ü  Tiada kaedah belajar menyebabkan kita belajar banyak tapi susah ingat semasa peperiksaan

4.       Pastikan  ada KAEDAH BELAJAR YANG TERATUR DAN SISTEMATIK
-          Antara kaedah tersebut:
ü  Baca dan fahamkan dahulu
ü  Ingat fakta tersebut
ü  Sebutkan dan tulis diatas kertas
ü  Belajar berkumpulan
ü  Buat nota ringkas yg boleh dibawa kemana2

5.       RANCANG MASA ANDA seharian (buat jadual harian )
-pastikan kita tahu ape yg kita nak dilakukan esok hari
-Jangan biarkan orang lain/media massa mencuri masa kita

6.       JANGAN SESEKALI DENGKI DENGAN KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAN ORANG lain.
-Seorang yang memakai kasut saiz 6 tak sepatutnya iri hati dengan orang yang memakai kasut saiz 8
-Kita perlu redha dan yakin dengan ketetapan Allah setelah kita usaha sebaik mungkin

7.       BERDOALAH KEPADA ALLAH

-yakinlah bahawa segala keputusan dan penentu kejayaan dan kehidupan kita adalah ALLAH
-Taat kepadaNya dan jauhi laranganNya.

  
Semoga sahabat2 semua boleh mengamalkannya.Kalau boleh bace bukunya lagi bagus kerana Prof Muhaya ade banyk perkongsian pengalaman beliau sepanjang jadi student peubatan dan lecturer perubatan. Jomlah kia jadi orang luar biasa.Jomlah kita jadi orang yang boleh diharapkan untuk bangunkan ISLAM.

Bila kita bawa sahsiah yang baik, akademik yang mantap dan jadi orang yg bermanfaat kepada orang lain..,sebenarnya tu lah yang boleh buat orang percaya dan yakin BAHAWA ISLAM membawa kebaikan kepada penganutnya dan seluruh alam.Yang menulis tak semestinya lebih baik.Sekadar perkongsian..

"Ya Allah doronglah kami,keluarga,sahabt2 kami dan seluruh ummat ini kearah kebaikan..bantulah kami untuk istiqomah..."






Monday, 4 June 2012

PEMUDA PEMUDI,BANGUNLAH..!!




Setiap hari yang baru mengunjungi hidup kalian,fikirlah sebaik-baik langkah yang wajar kalian ambil demi membina masa depan yang diredhaiNya..

Pemuda-pemudi harapan!!

Iman Al-Ghazali ada memberi nasihat kepada golongan remaja.

“Ada tiga perkara yang apabila diberikan kepada pemuda sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan dunia dan akhirat iaitu:

1.       Hati yang sentiasa bersyukur
2.       Lisan yang berzikir
3.       Jasad yang sentiasa sabar


Ini dia pesanan khusus untuk barisan muda daripada Hasan Al-Basri iaitu:

1.       Mulakan hatimu dengan ceria dan penuhkanlah dengan aktiviti mendekatkan diri kepada Allah dan mencintai Rasulullah.Juga mendampingi dan belajar daripada orang alim dan soleh.

2.       Jangan biarkan diri terjerumus kepada perbuatan buruk yang merencatkan fungsi akal fikiran yang muda lagi bersih

3.       Jangan berlebih-lebihan dalam bergurau senda dan bersantai kerana akan melalaikan tanggungjawab kepda Allah.

4.       Sibukkan dirimu dengan aktiviti yang menumbuhkan akal,kecergasan dan menguatkan iman.Nescaya kamu akan memetik kecemerlangan di hari tua dan kejayaan di akhirat.

5.       Banyakkan membaca sirah Rasulullah saw dan sejarah orang-orang soleh untuk mencontohi bagaimana mereka melalui hari2 dalam kehidupan semenjak kanak-kanak ,remaja dan tua.Jadikanlah ia sebagai panduan agar tersenarai sebagai anak muda yang soleh dan diredhai Allah..



Semoga dapat membangkitkan HIMMAH..

Wallahu`alaam.









 Rujukan: Program SKEMA (Seminar Kesejahteraan Mahasiswa) di Terengganu









Saturday, 26 May 2012

10 perkara yang sia-sia


Sahabat soleh membawa haruman  yg wangi kpd sahabat2nya...
1.   Ilmu yang tidak diamalkan

Eg: Bila ilmu agama yang kita pelajari tidak diamalkan dalam kehidupan,ilmu itu menjadi sia2

2.         Amalan yang tidak ikhlas

Antara dua syarat untuk amalan diterima ialah niat yang betul dan dilakukan mengikut syarak.Niat yang tak ikhlas eg:bila buat sesuatu supaya dipuji ,nak mencari glamour ataupun hanya mengikut orang,amalan kita dikhuatiri tidak diterima oleh Allah..
Jadi perbetulkan lah niat sentiasa (sebelum ,ketika ,selepas) membuat sesuatu amalan.

3         Harta yang bertimbun tetapi tidak dimanfaatkan
Harta kita yang sebenar ialah harta yang disedekahkan kepada orang lain atau yang dimanfaatkan di jalan Allah.Jika tidak ,harta yg bertimbun itu tak dapat memberi manfaat kepada kita bila kita MATI..

4      Hati yang tiada perasaan cinta kepada Allah

Nauzubillah…betapa sia2 hati yg diciptakan oleh Allah bila hati itu tak cinta pada Allah..Tidak terlintas untuk mengagungkan Allah Pencipta Alam..Nauzubillah..

5   Tubuh badan yang tidak mentaati Allah

Jasad yang tidak patuh perintah Allah adalah jasad yang sia2…Tiada guna kehidupan bila kita tidak patuh pada Pencipta kita sendiri..

6   Mencintai Allah tetapi tidak mentaati Allah

Sia2 sahaja jika kita mengaku  cinta dan kasih pada Allah tapi tak membuktikan tanda kecintaan kita.Mungkinlah kita hamba Allah yang lemah dalam menghadapai ujian2 didunia ni yang sangat mencabar,jadi marilah kita sentiasa beristighfar selalu agar cinta kita pada Allah tidak palsu..

7    Tidak menggunakan masa untuk benda yang berfaedah

Tugas yang kita ada sangat banyak sebenarnya jika kita sedar  betapa banyak kelemahan diri ni yang perlu diperbaiki..Tapi betul lla,banyak sungguh distraction untuk menggunakan masa dgn bermanfaat  sangt mencabar .Facebook,tv,muvie,novel yang jelas2 tidak berfaedah,kawan2 yg melalaikan...Marilah kita berusaha bersungguh2 untuk menggunakan masa sebaiknya,KERANA suatu mase nanti Allah akan tanya tentang umur kita…

8     Akal fikiran yang mendatangkan dosa

Fikiran yang kotor boleh mendatangkan dosa..eg: bila kita berfikir/membayangkan  tentang sesuatu yang diharamkan Allah ,bila kita berfikir tentang kelemahan orang lain dan menghina ciptaan Allah.Berfikir itu bagus,tapi berhatilah2 dalam berfikir..!!!

9   Berkerja dan berkhidmat bukan kerana Allah

Rugi sungguh bila kita berbuat sesuatu buakan kerana Allah…Sia2 waktu ,penat lelah,peluh yang keluar sedikit pun tidak  membantu menjauhkan diri dari api neraka..eg:program2 realiti yang sibuk melahirkan artis2 yang bermaksiat kpd Allah.Ruginye bila kita bersungguh2 dalam perkara yang tidak diredhai Allah…

10.  Bila berharap dan merasa takut bukan kerana Allah

Mengharap dan takut pada bukan pd Allah tanda kita hilang pergantungan kpd Allah.kita tidak yakin Allah yang menentukan nasib kita..Allah yang menentukan masa depan kita,  Allah yang mengetahui hikmah disebalik kejadian yang berlaku..Marilah kita membulatkan keyakinan kita pada Allah..

Jagalah Allah,,PASTI DIA akan menjagaMU

Sumber: Ibnu Qayyim Al-Jauzi

Friday, 13 April 2012

Siapa role model kita??



Kadang-kadang kita tak sedar kita sebenarnya tersilap dalam memilih role model .Kadang2 kita terikut2 gaya pemakaian ,cara  percakapan dan tingkah laku mengikut gaya percakapan orang sekarang yang mungkinlah nampak trendy dan sempoi..Tapi siapakah sebenarnya orang yang paling layak untuk kita dicontohi..??Tentu nabi  kita  Muhammad bin Abdullah..Rasulullah saw, uswatun hasanah.. Marilah kita kenali Rasulullah dengan lebih dekat..

Sunnah Rasullullah saw

èBaginda lah yang memulakan salam kepada sahabat2nya bila bertemu

èMemalingkan seluruh badannya bila bercakap dengan seseorang  (tua/muda)

èBaginda yang paling akhir menarik tangannya bila berjabat tangan

èRasullah tidak sombong ,walaupun baginda seorang nabi dan pemimpin ,baginda pernah:
  • ·         Turut membina masjid di madinah dan menggali parit semasa Perang Khandak
  • ·         Menampung pakaian yang koyak,menjahit kasutnya sendiri
  • ·         Makan bersama khadamnya


è Memulakan sesuatu pekerjaan dengan  mendahulukan bahagian kanan sebelum kiri

èBaginda seorang pemurah dan suka memberi makan

Kisah: Rasululah pernah dihadiahkan seekor kambing untuk dimakan bersama keluarga.Namun begitu,Baginda menyuruh Saidatina Aisyah membahagi2kan kambing itu kepada mereka yang lebih memerlukan..Saidatina  Aisyah tahu Rasulullah gemar kambing terutamanya bahagian kaki ,lalu dititipkan bahagian tersebut untuk Rasulullah…Tiba waktu makan,Rasullah bertanya kapada isterinya tentang kambing itu.Lalu Aisyah pun memberitahu tentang bahagian kaki yang disimpan untuk Rasulullah.Rasulullah tersenyum gembira lalu sempat menasihati isterinya bahawa SEMUA BAHAGIAN KAMBING ITU milik mereka  di akhirat nanti KECUALI BAHAGIAN KAKI ITU…

èBaginda seorang pemaaf

Kisah: Rasulullah pernah diejek dan dilempari batu ketika baginda mengajak satu kaum untuk beriman kepada Allah sehingga baginda luka dan mengalir darah.Jika baginda inginkan kehancuran bagi kaun itu,malikat sudah bersedia menrima arahan.Tetapi ,baginda tidak mahu,sebalinya berdoa: “ Ya Allah,ampunilah kaumku,sesungguhnya mereka tidak tahu”

èMemulakan sesuatu dengan Bismillah

èTidur mengiring ke kanan

èRasulullah sering senyum
“Saya tidak pernah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum daripada Rasulullah SAW.” – Riwayat Tirmidzi dan Ahmad.
Banyak lagi sunnah baginda yang patut kita contohi.Sesungguhnya kalaulah kita nampak pahala mengamalkan sunnah Rasulullah seperti emas yang turun daripada langit tentu kita berebut2 dan berlumba2 untuk mengamalkan sunnah baginda ini.


KISAH AGUNG SEORANG NABI..Baca dan hayatilah dengan mata hati sahabat2 sekalian..


Pernah suatu hari Abu Bakar r. termenung berfikir amal apa yang pernah dikerjakan oleh Rasulullah SAW tapi belum ia kerjakan. Lalu beliau mencari anaknya, Aisyah r.a dan bertanya,”Wahai anakku, apa amal yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika masih hidup tapi belum aku kerjakan?”. Aisyah r.a berfikir sejenak lalu menjawab, “Rasulullah SAW selalu memberi makan kepada seorang Yahudi buta di satu sudut pasar”.

Abu Bakar r.a segera bertemu perempuan buta Yahudi itu dan mengeluarkankan roti yang sudah siapkan untuk diberi kepada perempuan buta itu. Sambil memberi makan,beliau terdengar kutukan  buruk tentang Rasulullah SAW daripada mulut Yahudi itu. Ia menghina Rasulullah SAW dan menyuruh orang orang dipasar untuk tidak mengikuti ajakan Muhammad. Abu Bakar r.a mendengar itu semua dengan sabar, ia tidak bisa membayangkan perasaan Rasulullah SAW memberi makan perempuan buta itu sambil dihina dan diejek setiap harinya oleh perempuan yang sama.

Ketika suapan pertama telah masuk kedalam mulut perempuan buta itu terkejut  dan memuntahkan makanan yang diberi oleh Abu Bakar r.a.Dia berkata,”Siapa kamu, kamu bukan orang yang biasa memberi aku makan”. Abu Bakar berkata ,”Dari mana kamu tahu kalau aku bukan orang yang biasa memberi kamu makan?”. Perempuan buta itu menjawab,”Makanan yang kau beri tidak kau haluskan terlebih dulu. Orang yang biasa memberi aku makan selalu menghaluskan makanan terlebih dulu karena ia tahu kalau gigiku sudah tak sanggup mengunyah makanan”. Abu Bakar r.a hendak menitiskan airmata, mengingat akan kekasihnya Rasulullah SAW yang berakhlak sangat mulia sekalipun kepada orang yang setiap hari menghina dan mencacinya. Sejenak kemudian Abu Bakar r.a berkata,”Ketahuilah olehmu wahai perempuan yang buta bahwa orang yang biasa memberimu makan sudah meninggal beberapa hari yang lalu dan aku adalah sahabatnya. Orang yang biasa memberimu makan adalah Muhammad SAW, laki laki yang tiap hari selalu bersabar meski kau hina dan caci sedangkan ia tak pernah berhenti menyuapkan makanan kemulutmu”.

Perempuan Yahudi yang buta itu terkejut  bukan main dan tak lama kemudian ia menangis. Ia menyesal belum sempat meminta maaf kepada orang yang sangat peduli dengannya padahal tidak ada seorang keluarganyapun yang sempat menengok keadaannya.

Ia lalu bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a dan menjadi muslimah yang taat. Kini hari harinya diisi dengan ibadah. Tidak pernah ia melewatkan waktu kecuali dengan sibuk berzikir dan beribadah. Ia selalu menangis bila ziarah ke makam Rasulullah SAW.

Hebat Rasulullah bukan??Akhlaknya boleh menawan hati orang lain meskipun baginda sudah tiada di dunia ini..

Jom amalkan sunnah nabi..!!


<<Ya rasulullah, kami ingin menjadi sepertimu,mempunyai akhlak sepertimu,kami ingin bersama-sama2mu di akhirat nanti..Ya Allah kuatkan lah kami untuk mengikuti sunnah Rasulmu ini..>>


Sumber
Akhlak para pendakwah  (Abdullah Nasih Ulwan)

Thursday, 2 February 2012

Khas untuk yang sedang bercuti...

Assalamualaikum..!!

Sedikit peringatan untuk mereka yang sedang bercuti..


èjangan buang mase kat rumah.Orang islam takde mase nak BUANG MASE…

èjalankan  tanggangjwab pada ALLAH dengan BERDISIPLIN:

=solat diawal waktu…,,especially subuh
=jangan lupe qiam/solat sunat juge,bukan tyme exam atau waktu susah je kita cari Allah...             
                                          =matsurat / Alquran bace everyday


èGuna waktu cuti ni untuk berbakti pada IBU AYAH sementera mereka masih ade..
-bereskan kerja rumah,jangan nak harapkan adik beradik or umi ayah  je.

èImprove  skill2 kita kat umah
Eg:          memasak
skill ict  (wat video, dll)
++ ilmu fikrah eg: sirah sahabt  (lagi bagus buat ringkasan dlm lapt0p..)
tanam pokok2 bunga
++ hafazan Alquran,dll
<<Kemahiran lembut ..>>
rama2 patuh pada Allah
sepanjang mase..kite macamane??


èjangan biarkan cuti kita jadi pendek dengan..
Eg:      Tidur pagi sampai pkol 12
           Facebook sepanjang mase
           Bace novel 0r buku yg x bagi mafaat
           Marathon  cite korea n cite2 yg x soleh
           Duk depan tv 24 jam..


èIngat 5 perkara sebelum 5 perkara.LAPANG sebelum SEMPIT..Orang islam tanggungjawabnya melebihi mase yang ade..

èmari kita ubah  minggu cuti biasa2 kita kepada minggu mengutip pahala dirumah ..

èbilakah  orang islam akan jadi hebat kalu kita tak nak berubah..??Jom PAKSA DIRI buat baik,InsyaAllah akan dipermudahkan untuk buat baik..

P/s :pesanan ni khas  untuk diri sendiri yg bakal cuti dan adik2 beradik semua...
<<Ya ALLAH.Permudahkanlah kami untuk taat padamu spanjang mase  dan dimana jua supaya tidak kami  mati kecuali dalam  keimanan..>>