Friday 29 January 2016

Pemuda pemudi harapan ummah, berubahlah.

Assalamualaikum wbt
Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana disaat ini jantung kita masih lagi berdenyut dan kita masih boleh menghirup udara kurniaan Allah.Cuba kita sentuh dada tempat terletaknya jantung kita..Pernahkah kita terfikir suatu saat nanti jantung kita akan berhenti berdegup dan kita akan dipanggil pulang oleh Allah. Oleh itu marilah kita berusaha untuk penuhkan masa kita mengumpul bekalan untuk dibawa pulang dalam hidup yang singkat ini. Sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia.Jadi sebenarnya kehidupan kita didunia ini tak sampai sehari pun hidup kita diakhirat sebab kita mustahil akan hidup selama 1000 tahun.
Hari ini saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat dari buku Tarbiyah Sentap ditulis oleh Ustaz Adnin Roslan. Buku yang sangat bagus  dibaca kerana isu yang dibincangkan sangat dekat dengan realiti anak muda sekarang, kerana saya sendiri dapat lihat perkara2 tersebut memang membelenggu anak muda. Antara isu yang disentuh adalah berkaitan dengan ikhtilat, hiburan , taubat dan Jemaah.

Buku rujukan

Ikhtilat
Realiti: Pemuda dan pemudi bergurau senda di alam maya dan realiti, puji memuji ,bertepuk tampar ,menggunakan alasan berdakwah untuk bercouple
Ikhtilat bermaksud percampuran lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.
Hukum asal ialah haram.
Tetapi hanya  menjadi harus jika darurat (contoh :selamatkan orang ) dan ada hajat(contoh:jual beli,belajar).
Tapi dalam keadaan harus pun ada syarat2nya contohnya menundukkan pandangan, tidak bercakap dengan suara yang lunak,tutup aurat,serius,menjaga jarak  dan tidak memakai wangi-wangian (perempuan).
Dikongsikan juga 7 jalan zina: bermula dengan pandang2, senyum2, memberi salam/sapa, membuat temu janji, berjumpa ,zina ,masuk neraka.
Jom sahabat2 semua, kalau  tiada urusan, tak payah lah sembang  dengan berlainan jantina bukan muhrim.Allah mengharamkan kita mendekati zina bukan sahaja berzina.Kalau kita buat: kita berdosa..
Hiburan
Realiti:Pemuda pemudi samada yang ikut atau tak ikut usrah semuanya tak terkecuali berhibur dengan hiburan tidak islamik.Tengok cerita cinta melayu yang bersentuhan dan romatik2 tanpa rasa bersalah.Tengok cerita korea dan English: perempuan tak pakai tudung dan lelaki nampak pusat tanpa rasa malu,kissing part.kemudian cakap biasalah dan relaks lah,  orang bukan islam…



Sebagai orang islam, kita perlu berhukum dengan hukum islam termasuklah dalam part berhibur. Berhibur boleh jatuh kepada 4 hukum.
1.       Wajib: Mendirikan  solat fardu , menjadi hiburan pada orang islam.Sebab nabi saw sendiri menganggap solat itu satu kerehatan
2.       Sunat: Melakukan amalan sunat :membaca Alquran juga memberi kerehatan pada orang islam
3.       Harus: Video atau cerita yang menutup aurat,tidak melanggar batas syariat dan tidak timbulkan syahwat
4.       Haram: Cerita yang ada unsur seks seperti mendedahkan aurat, minum arak dan ikhtilat. Perlu dijauhkan sebab kalau kita tengok bermakna kita  bersetuju dan menyokong cerita itu dengan menontonnya
Jom anak2 muda,sibukkan diri dengan hiburan berfaedah.Mati itu tidak kira muda atau tua..
Taubat
Realiti:Ada segelintir pemuda/I yang terjebak dengan ikhtilat, pernah berzina,pernah tengok video lucah, sengaja buat masalah dengan terlihat dengan dadah/rokok/ponteng
Mari kita bertaubat selalu.Jangan pernah jemu.Bertaubatlah walau berapa kali pun kita jatuh.Allah maha pengampun dan pemaaf.Dan berubahlah sekarang juga kearah kebaikan.

Beberapa tip dikongsi untuk elakkan kita buat ulangi maksiat:
-Bertaubat sungguh2:menyesal dan berazam2 sungguh2 untuk tidak ulangi dosa tersebut
-Membuang semua punca maksiat simpanan kita:remove cerita tak soleh, unfriend berlainan jantina/crush
-jangan duduk berseorangan dan sentiasa duduk berdekatan dengan orang baik
-sibukkan diri dengan perkara berfaedah:join program kesukarewanan,usrah,gotong royong rumah,baca buku bermanfaat,belajar
-mendenda diri:contoh,kalau tengok video tak soleh,kena sedekah RM50.Kalau mengumpat seseorang ,kene minta maaf dan belanja orang itu. kalau ikhtilat, kene puasa 3 hari ,kalau tertinggal solat kene baca 1 juzuk Al-Quran.
Cara ini  bagus,sebab kita boleh buat syaitan fikir berkali2 untuk goda kita buat maksiatJ
Jemaah
Realiti: Ada orang tertanya2 macamana nak tahu Jemaah/kumpulan islam yang kita ikut tu betul?
Ada dikongsikan dalam buku ini, kita perlu mendalami sirah2 Rasulullah saw dan para sahabat dalam bersahabat dulu barulah kita dapat menilai Jemaah mana yang betul. Kalau sirah2  tersebut pun kita tak tahu, payahlah kita nak identify yang betul. Jemaah yang dipilih  mestilah patuh syariat dan mengajak kepada islam ,bukan pada Jemaah.
Setakat ini dulu perkongsian saya.Untuk lebih faham isu di atas boleh baca sendiri buku Tarbiyah Sentap.
Sesungguhnya memahami islam dengan sebetul2 nya adalah untuk kebaikan diri sendiri sebenarnya.
Jom selamatkan diri ,saudara  mara dan sahabat kita dari api neraka.
Wallahu`alam





No comments:

Post a Comment