Friday 26 August 2011

Khusyukkah kita didalam solat..??



                                    


Assalamualaikum.


Alhamdulillah kali ini saya ingin berkongsi tentang perkara yg pertama sekali yg akan dihisab di hari akhirat iaitu SOLAT.Sebelum itu,ada satu kata2 dari seorang alim mengatakan kita kena kenal jahiliyah supaya kita tidak terjebak ke dalamnya..Jadi,jom kita kenal siapakah orang yg LALAI dalam solat...


                                                                                                                                                                               
فويل تتمصلين(4)اللذين هم عن صلاتهم ساهون(5)           

“Maka kecelakaan besarlah bagi orang2 yang solat.Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai” (Al-Ma`un:4-5)

Daripada ayat diatas Allah swt telah menjanjikan neraka weil bagi mereka yang lalai dalam solat.Siapa sebenarnya yang dikategorikan sebagai org yg  LALAI dalam solat?

Jawapannya ialah ada beberape perkara yg termasuk dalam ertikata lalai itu;-
1.       Mereka yang LUPA bilangan rakaat yg sedang didirikan
2.       Mereka yang LALAI dengan kedatangan waktu solat fardu & suka bertangguh2

Ibnu Jarir:-Lalai itu ialah mereka tidak bersungguh2 mengerjakannya,dlm solat ingatannya melayang kpd yg lain dan tidak disegerakan utk membulatkan ingatannya kpd Allah.


Kesan solat yg khusyuk..




Imam Ghazali menyatakan orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia2 belaka kerana tujuan solat adalah utk mengingati Allah selain berfungsi mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Solat khusyuk: Mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dan setiap kalimah yg diucapkan dalam solatnya
Rasulullah saw juga bersabda: Tidak ada habuan bagi seorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang dia ingat.

Daripada hadis ini secara ringkasnya dapat disimpulkan  kalau kita nak mengukur  sekadar mana pahala yg diperolehi atau sejauh manakah kita berada dlm keadaan khusyuk maka selepas solat lakukanlah muhasabah. Sebanyak mana yang kita ingat (membaca bacaan dlm solat),sejauh itulah kekhusyukan kita..





Bagaimana mencapai solat yg khusyuk..?




Berikut  7 steps yg perlu dirasai utk mendapat solat khusyuk:-


1.       Hudhur al-qalbi (Hadir hati)

Kita perlu berusaha utk membuang segala perkara yg tiada hubungan dengan Allah swt di dalam solat.Sebaliknya kita perlu mengucapkan segala pujian dan mohon keampunan,petunjuk dan sebagainya kepada Allah.
Punca hadir hati ialah himmah (semangat/ kemahuan) yg tinggi.Sejauh mana hadirnya hati juga  bergantung kepada sejauh mana perlunya solat bagi seseorang.Sudah tentu solat merupakan perkara yg mustahak kerana ia merupakan perkara PERTAMA yg akan dihisab dihari kiamat.Oleh itu semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Bak kata pepatah nak seribu daya ,tak hendak seribu dalih,jika seseorg mahukan solat yg khusyuk,maka dia akan berusaha kearah itu..

2.       At-tafahum (Memahami)
Kita perlu berusaha untuk memahami segala makna ucapan yg dilafazkan di dalam solat.Mendirikan solat ibarat berdialog dengan Allah.Jika seseorang bercakap dengan seseorg dengan percakapan yg tidak difahaminya,maka dia gagal utk menyatakan tujuan dari ucapannya dan ini tidak bermakna dia sedg bercakap dengan orang lain..
3.       Ta`dzim (merasa KeagunganNya)

Apabila seseorang memulakan solatnya dengan menyebut AllahuAkbar,mereka perlu merasai dirinya terlalu kerdil di hadapan Allah dan merasai keagunganNya.

4.       Al-Haibah
Kita juga perlu merasa gerun dengan kehebatan dan kekuasaan Allah.Rasa gerun hanya boleh  dicapai dengan makrifat ttg Allah yg mendalam.Bagaimana kita nak mengagumi sesuatu sedangkan kita tidak mengenaliNya..
Selain itu kita perlu memiliki makrifat yg sebenar tentang diri kita.Walaupun didunia kita seorang raja, perdana menteri atau org besar dan dipandang tinggi oleh manusia, sedarkah kita bahawa kita hanyalah hamba Allah yg pasti akan dikerah oleh Allah utk suatu kebangkitan semula di Padang Mahsyar tanpa hak istimewa.Dua makrifat tersebut,InsyaAllah akan menimbulkan rasa gerun kepada Allah..


5.       Ar-Rajaa`
Kita juga perlu menaruh harapan yg besar mudah-mudahan segala ibadah solat yang dilakukan itu diterima oleh Allah swt dan mendapat ganjaran pahala dariNya.Ini kerana Allah bersifat dengan sifat ‘Lutfillah’ iaitu sifat lemah lembut dan karamah serta luas nikmatNya.Kerana sifat inilah Rasulullah telah  mengingatkan kita dengan sabdanya: “Hindarilah api neraka walaupun dengan hanya sebelah tamar”.
Kadang2 bila melakukan ibadat solat, hati dan ingatan melayang dan mengembara ke tempat lain ,namun apabila tersedar dari kelalaian itu,dia segera kembali mngingati Allah.Solat sebegini tidak ubah seperti separuh biji tamar td. Oleh kerana mengetahui sifat Allah swt yang Maha Penyayang itu,maka seseorang pasti akan menaruh keyakinan serta berharap bersungguh2 supaya solatnya diterima.

6.       Al-Haya`
Kita perlu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan dalam ibadah yg dilakukan sekadar yg terdaya di samping berusaha untuk meningkatkan kualiti solat kita...

Semoga dengan sedikit perkongsian in dapat memberi panduan dan menambahkan semangat kita utk  meng'improve'kan solat kita.Sekian..



Sumber: Khusyuk Dalam Solat

  Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat






No comments:

Post a Comment