Friday, 24 March 2017

Jaulah Day 3:Ziarah saudara di Seoul

Assalamualaikum..Anyeoung chinggu;)




Jaulah kami di bumi Korea Selatan diteruskan diSeoul.Setelah kami sampai di Gimpo Airport dari Jeju ,terus kami balik ke Jongnowon hotel dalam pukul 10 lebih. Pukul 11 pagi baru kami keluar dengan tour guide untuk jalan2.Destinasi kami adalah ke Memorial War Museum.Disini banyak  kapal dan jet perang korea.Bolehlah nak bergambar. Pemandangan tetap cantik sebab ade salji,tu yang penting,haha.Kalau x de salji ,rasa x payah datang sini sebab sama macam di Malaysia.Kami tak masuk musem sebab tak minat sejarah,cume bergambar dengan monument kat luar sahaja.




Kemudian kami pergi ke Itaewon,bandar yang famous dengan ramai foreigner especially muslim foreigner..Kami datang sini nak mai ziarah saudara semuslim kami la sebebnarnya.huhu.Banyak restoren dan kedai muslim di sini.Di Itaewon kami singgah di masjid utama Seoul, Itaewon Mosque.Cuaca sejuk sangat sejuk, jadi masuk masjid ,kami solat jama` dan panaskan badan.Lepas solat kami,makan di restoren Siti Sarah,tauke orang Arab/Turki .Kami makan nasi ayam bakar dan nasi ikan bakar,10000W: RM37each kongsi 4 org.Sedap.Di situ jugak ade restoren Muree dan restoren Makan.Untuk halal Korean cuisine boleh makan kat situ.


Ondway gerak ke tempat seterusnya kami beli aiskrim 3000W:RM11 each.Sebenarnya tak nak beli tapi ade dikalangan kami terpanggil orang jual tu, jadi tepaksa beli.haha.Cara orang Arab/Turki yang buat and bagi aiskrim tu unik la, funny.Boleh tengok kat youtube.By the way ,aiskrim biasa je ,cuma jadi keras/x cair sebab memang suhu lagi sejuk dari peti ais waktu tu..

Seterusnya kami ke Yeoido Park,park yang famous di Korea dan depan Yoeido park ni ade KBS(Korea Broadcasting System) building jugak.Kalau musim lain boleh tengok bunga sakura dan Koreans suka berkelah kat sini. Di park ni,boleh cari port untuk main salji. Saya kesejukan,sibling saya yang lain excited betul main salji n posing.Di park ni juga boleh main Sleigh snow dan Ice Scating, waktu winter shj.Kami main snow sleight ,2000W:RM7++ each.Walaupun tak ke everland,dapat jugak main sleigh.Alhamdullilah.Kat situ ramai budak2, kitorg excited betul boleh practise Bahasa korea yang kitorang tahu dengan budak2 tu.Iremiboeya(apa nama kamu)?Miossoreyo(apa umur kamu)?.haha.Lepas main ,kami beli hotteok(best!!) yang dijual disitu.Harga 1500W:RM5++ each.



Kemudian kami bergerak ke Banpo bridge rainbow fountain.Disini kita boleh tengok bridge yang cantik merentasi Han river yang beku waktu  tu.Kalau nak tahu suicidal rate dekat korea tinggi,dan salah satu tempat suicide yng famous adalah dekat bridge Han River ni.Ada satu bangunan disitu,dipasang banyak lampu yang bertukar warna.Bergambar disini memang cantik..

Suasan malam di tepi Han river cantik dengan lampu .

Han river yang beku



Ondaway balik dari Banpo bridge ,kami singgah di convenient store,panaskan badan dengan kopi.Kebanyakkan minuman di convenient store ni beli 2 dapat free 1,jadi jimat jugaklah..Harga 2+1 kopi 3000W=RM11.Bolehlah beli  kalau nak try.Di jongnowon hotel, heaternya bagus,bila masuk je terus warm.Dekat lantai ade heater jadi ,memang baring situ lah nak panaskan badan.Malamnya kami tak jalan sebab dah penat;)Selesai sudah kisah kami di hari ketiga.

Hopefully celoteh saya dapat bagi idea pada kawan2 yang nak datang ke sini.Nak tahu kami jalan mane lagi?Tengok post seterusnya ya.Bye dulu.


Thursday, 23 March 2017

Jaulah Day 2:Jejudo kami datang.


Assaamualaikum..
Saya sambung share jaulah saya baru baru ni ya.Hari kedua kami spend kat Jeju Island. Jeju island atau Jejudo ni 3x  lebih besar dari Seoul dan banyak tempat nature yang cantik.Alhamdullilah sangat kami tak jadi pergi ke Everland,kalau tak mesti menyesal sebab tak dapat pergi Jejudo..

Ketibaan kami di sambut Ms Cindy,tour guide Korea  kat Jeju Sebelum pergi sightseeing, kami singgah di kedai untuk beli apa2 yang boleh dimakan sebagai sarapan. Kami x berani beli ape2 selain Banana Uyu (Banana milk,sedap)1300W each=RM4++ ,telur rebus (orang korea suke makan as snack) 500W each=RM1.80 dan nasi segera 1000W=RM3.70.Sepanjang perjalanan ,memang banyak nampak pokok limau dan  patung harubang.Harubang ni kepercayaan diorang, dewa yang jaga pulau ni..

Cuaca di Jeju sejuk jugak,tapi tak sesejuk di Seoul.Masa tengah bergambar ,salji nipis turun..Alhamdulliah,merasa jugak snowing..
Destinasi pertama kami adalah di Jusangjeolli cliff.Kat sini pemandangan sangat cantik.Boleh tengok curam batu2 yang terbentuk hasil dari letusan gunung berapi dulu.Yang uniknya batu2 ni berbentuk hexagon.Tak leh jumpe lah kat negara kite.hehe.

Batu dibelakang berbentuk hexagon kalau tengok betul2
Batu bentuk hexagon terbentuk  semulajadi
(Abaikan org yg tidur dlm gambar)

Disekitar  Jusangjeolli cliff ni ,banyak benda2 interesting.Ade Kpop Museum,Hello kitty Caffe,Reply Believe or Not Museum,Chocolate Land  and of course banyak coffee caffee.Lepas bergambar ,ade sebahagian dari kami request nak masuk Kpop Museum ,12000W:RM44 each,tapi saya and siblings tak masuk sebab..mahal & tak nak lah..Sementara tunggu diorang dalam 45 minit, kami jalan2 n posing disekitar.Seronok sebab di Jeju mase kami sikit, jadi ni jela mase yng ade nak posing  buat kenangan..Kami banyak ambik gambar(memang banyk tempat cantik2 nak brgambo ,trustme!) , tak masuk pun, cume singgah kat Coffee shop ,panaskan badan lepas jalan2.


KPop Museum

Pokok hiasan bawah tu sebenarnya guna sayur kubis.
Kreatifkan diorang,


   
Lanskap disekitar Jusangjeolli cliff
Then ,kami dibawa ke Chonjiyeon  waterfall. Air terjun yang famous di jeju .Sangat cantik ciptaan tuhan.. Ade dua air terjun kat situ dan kawasan die rendah,jadi ke turun  n naik tangga sikit.Worth it come here. Tapi,kami x leh nak lame2 sangat sebab banyak tempat nak cover,Ms Cindy kami memang laju je nk tolong tangkap gambar semua sebab takut kami lambt nak posing sorang2..haha





Tengahari,Ms Cindy bawa kami makan di sebuuah kedai seafood dan trjumpa dengan sorang rakyat Malaysia,perempuan ,solo,travel sebulan  disana.Impressive betul!Sbelum tu Ms Cindy dan pesan kalau boleh order 1 sorang sebab biasa tauke x brape senang kalau orang ramai tapi order sikit..Kami beli la satu sorang.Kami order Korean Pancake (sedap,bnyk sotong),Bimbimbap(Nasi + sayur campur +eggyolk:boleh tahan sedap,boleh makan),Seafood soup(boleh tahan sedap) dan Ikan bakar(sedap). Harga semuannya 15000W each=rm55.Dan kat sini boleh minum coffee free dan boleh take away….Kami puas hati makan disini..

Korean Pancake

Bimbimbap


Lepas tu kami melawat Seongsan illchunbong.Ondway nak ke sini, memang banyak ladang canola cantik sangat.Tapi nak masuk kene bayar skit,jadi kami berhenti kat luar je dan tangkap gambar dari dalam kereta.Tu pun ahjumma yang jaga macam dah tengok2 kami…Sampai di Seongsan illchunbong, kami solat kat rooftop satu kedai ni.Sejuknya ya ampun, angin kuat, nak amik air semayang jejak lantai sejukk sangat2.Memang pijak kasut je..

Patung harubang  di Seongsan Ilchunbong,Jejudo

Seongsan illchunbong ni macam kawasan ladang , tepi laut, berbukit dan boleh tengok sunrise dari puncak.Kat situ jugak boleh tengok ahjumma yang diving utk cari tiram.Kawasan sangat cantik dan angin agak kuat,tapi still bearable suhu die berbanding Seoul.Tapi still x leh bukak glove lame2 jugak,sejukk.

Kemudian kami singgah di Seopjikoji.Seopjikoji ni terletak di tepi laut.Kat situ boleh tengok batu2 cantik hasil dari letusan gunung berapi. Katanya ade beberape Korea drama buat disini.Kami ambil gambar sambal menghayati ciptaan Allah.Ade satu batu ditengah laut yang boleh lihat dari situ,peak dia memutih ,Ms Cindy explain tu bukan dicat jadi cantik tapi tu seagull poo..JMesti datang sini kalau ke Jeju.

Peak batu tengah laut berwarna putih due to seagull poo


Di sebelah petang pula,plan asal nak ke Saryeoni Forest, tapi Ms Cindy suggest pergi ke Songeup Folk Village.Kat village ni boleh tengok rumah2 yang diperbuat dari batu hitam dari letusan gunung berapi dan tanah liat.Rumah2 tu memang rumah asal dari dulu dan bukan dibina untuk perlancongan dulu.Ini kira budaya unik penduduk Jeju dulu la.
Rumah dibina dari tanah liat dan batu hasil letusan gunung berapi

Setelah seharian ronda2, kami bergerak pulang ke hostel kami,The Forest Hotel.Tapi ondaway back,kami singgah di kedai kawan Ms Cindy, jual coklat dan vitamin berasaskan limau.Kami beli vitamin sahaja sebab takut terbeli coklat nonhalal.Harga vitamin 10000W:RM37..

Di ladang limau.Tapi tu limau tipu je coz belum
musim berbuah.Patung tu menag ada dimane2 diJeju

Kami sampai hotel dalam pukul 6petang lebih.Lepas tu kami berpakat nak terus jalan2 di sekitar hostel dulu sebelum naik berehat.Kami pergi ke Pasar Dongmun beli buah limau.Asal nak beli limau hallabong tapi bace review cakap x sesedap limau biasa, lastly beli limau Jeju biasa sahaja,harganya 10000W:RM37 utk 6 biji.Kami jalan juga pasar bawah tanah dan di sekitar.Banyak kedai jual barang2 winter dan sovineer.Nak cari Paris Bagguite tapi tak jumpa,lastly kami terus balik hotel sebab kesejukkan yang amat. 

Suasana malam di Pasar Dongmun.Memang banyak betul limau dijual.

Patung Harubang banyak dijual sebagai souvenir di Jeju


Malam tu kami makan nasi segera dengan serunding,ayam goreng dari Malaysia dan buah limau .. MasyaAllah buah limau manis n sedap.Bilik di hotel cantik, cuma  tempat makan dia kurang muslim friendly ,not like di Jongnowon hotel.Dia tak asingkan muslim & non muslim cutleries. Kami memang tak guna apa pun kecuali microwave.Then ,malam tu ditakdirkan heater rosak,memang kesejukan tidur terketar2 dengan winter coat.Tpi tidur jugak sebab keletihan dan esok flight ke Seoul awal pagi.

Satu hari sebenarnya tak cukup nak jalan semua tempat best di Jeju. Kesimpulannya,jalan2 di Jeju sangat best, rugi tak singgah bila ke Korea…J



Jaulah Day 1: Bumi Seoul , Insadong


Assalamualaikum

Alhamdullilah, segala puji bagi Allah yang memberi kita segala nikmat,apa yang kita ada hari ni semuanya dari Allah. Mana milik kita, semuanya milik Allah..

Kali ini perkongsian saya tentang jaulah atau kembara  6 hari saya ke bumi Korea Selatan 23-28 Jan 2016 yang lalu. Perkongsian saya ni, bertujuan untuk rujukan siapa yang nak ke korea dan jugak untuk kenangan saya.hehe.sebab sebelum ni kalau travel negara/i orang, lupe tempat yang dah pergi…



Alhamdulillah,kali ini trip saya bersama dengan 3 adik beradik perempuan dan rakan travel 3 orang lagi.Kami pergi dengan tour guide sebab takut sesat & nak jimat masa memandangkan musim sejuk,waktu siang pendek.

Okeylah, hari pertama kami sampai di Incheon Airport ,Seoul pada pukul 8 pg.Bila keluar airport,masyaAllah baru la terase sejuknya,-10c,feels like -14..Cakap berasap.Salji penuh…hehe.Alhamdulliah..



Yang guide kami, pelajar Malaysia di Korea bawa kami ke hotel di Insadong, Jongnowon hostel, 1 jam dari airport.Kami bersarapan di restoren vegetarian, muslim friendly berdekatan.Kat situ, saya first time rasa mi jajangmyeun(black bean noodle) 9500W each=RM 33++-kene dengan tekak saya, dan sundubu jigae (nasi perang + tofu stew) 15000W=RM55-Rasenya boleh telan..Harga makanan disini memang mahal,jadi be prepared la.huhu  

Sundubu jigae


Lepas kami check in di hostel dan rehat rehat kejap,kami dibawa ke tempat shopping di Ssamziegil, Dekat saja dari hotel kami.Tempat ni banyak barang2 unik dan tempat bergambar yg comel2.Boleh la nak amik gambar .Sini tak beli ape2 sebab harga agak mahal.


Di Ssamzeigil, Insadong






Seterusnya kami naik subway untuk ke Gwanghwamun ,boleh tengok statue raja Sejong. Kami kemudian  dibawa ke Gyungbukgung Palace, istana  zaman jesoun..Disini, kami  x semangat sangat nak tahu sejarah semua sebab  seronok sangat ambik gambar dgn salji sebab cantik..orang Trg cakap, “sukaan sangat”,sampaikan guard halau ,sebab main jauh sangat..yang lawaknye guard tu x reti cakap english ,kitorang paham2 sendiri je.Boleh try baju Hanbok disini,tp kne byr..

Tugu Raja Sejong

 With Koreans yang pakai hanbok.

Gyungbokgung Palace



Dalam palace

Oleh sebab semua sangat kesejukan, kitorang minum kopi kat situ.Pahit n mahal,harganya  6000W=RM22..Not recommemded.haha..N kopi sekejap je jadi air sejuk..

Lastly kami dibawa ke Cheongye stream..Sungai yang panjang ,bersambung dengan Han River.Tempat famous kalau orang datang ke Korea.Tempat ni cantik ,waktu malam dan bila ade festival ape2..Kami amik gambar je , dan terus balik sebab sangat kesejukan.



Kami makan malam di hostel,makan mee segera.Memang letih balik malam sebab dah seharian berjalan macam robot, memang x larat nak masak2..

Nanti saya memang nak buat entri perkongsian persiapan sebelum ke Korea..Kalau nak tahu,tengok post seterusnya ya..Bye for now..