Tuesday, 4 April 2017

Jaulah Day 6: Its time to say good bye Seoul

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ,mari kita bersyukur atas segala nikmat yang Tuhan berikan pada kita. Nikmat udara,anggota badan cukup lengkap,nikmat makan dan sihat.Kalau nak dikira sudah pasti kita tak mampu..

Kali ni saya nak sambung berkongsi kisah jaulah saya ke bumi Seoul pada hari terakhir.Hari terakhir kami hanya jalan jalan di sekitar hostel di Insadong.Mujur tempat penginapan kami memang di kawasan pelancong juga,jadi banyak jugak kedai yang masih dibuka walaupun hari tu merupakan sambutan tahun baru.

Pagi tu jumpa ahjumma yang jaga hostel, tegur die “Sahaebog manibadu sayeo”-Selamat tahun baru...Excited die.Kesimpulannya,kalau kita kat negara orang kene cuba cakap bahase die..Ade jugak tanye Yongohaseyo?-pandai cakap English ke?dia jwb sy x faham tapi agak2 die cakap,bole sikit2 je.Angguk n senyum je la.haha.Diorang appreciate kita try cakap Korean.

Di Jongnowon hostel.Muslim Friendly.Recommended.

Kawasan di sekitar hostel
Pagi tu kami shopping skit lagi.Antara barang lain yang boleh di beli as buah tangan: mangkuk nasi Korean, beg kecik2, note book /calendar gambar Kpop yg diminati.Kakak sy beli calendar triplet (Daehan Mingguk Manse).Lepas ambil gambar sket,kami balik semula ke guesthouse untuk bersiap ke airport.




Ha...Kat airport kami masih bersemangat lagi jalan.Kami sebenarnya nak masuk Loteria, tapi kat situ ade jual meat, jadi kami cancel la.Then kami jupa Paris Bagguete. Paris Bagguete ni cafe yang dapat pengiktirafan halal .Kami beli macarron aiskrim Coklat dan Blueberry 3500W each:RM13. Sedap. Must try bila sampai disini.

Macaroon aiskrim

Sedap.
Kami naik flight dari Seoul pukul 4 lebih sampai  di KLIA dalam pukul 10-11 malam.Kat airport kami sembang dengan sorang Chinese ni die tinggal kat Seoul ikuti husband dia, British guy yang kerja di Seoul .Memang setiap kali winter diorang akan go somewhere else, coz winter di Korea extreme.haha.Ade sorang lagi Singaporean ,yang duduk sbelah kakak cerita,dia balik rumah mentua dia di Seoul 19 hari dah tak tahan winter.Hmm,kesimpulan nya winter di Korea ni mencabar la jugak bagi yang tak tahan sejuk,tapi kami suka..:)



Selesai sudah trip kami di South Korea.Its a beautiful country terutamanya Jeju Island. InshaAllah ada rezeki datang lagi.Lastly kami bersyukur pada Allah sebab mengizinkan trip kami kali jadi.Semoga bila dapat kenal negara orang ni,iman kita bertambah sebab dapat lihat kebesaran Allah di negara 4 musim ni.Semoga kami dapat mengambil pengajaran dari perjalanan kami dan tak menjadikan trip kami hanya keseronokan semata.Didoakan juga yang kawan2 yang lain dapat pergi sana juga satu hari nanti..
Ok sekian perkongsian saya.Trima kasih sudi meluangkan masa..
And Allah Knows Best.Till next time..


Monday, 3 April 2017

Jaulah Day 5: Jalan jalan di Naminara

Assalamualaikum..

Annyeong chinggu..Coretan hari ni masih lagi tentang trip saya ke South Korea baru baru ini. Hari kelima jaulah kami melawat ke Nami Island di Gapyeong.Haa, Nami Island ni tempat yang famous di Korea sebab dulu penggambaran cite Winter Sonata di buat disini.Kami ke Nami Island dengan train dan feri.Mase tunggu train kami disapa oleh seorg ahjumma yang peramah.Rupe2 nya die lecturer chemistry dan  die excited betul beramah mesra,  tanya sorg2 belajar kat mane n siap promote pegi makan restoren sedara die.




Nami island dari atas feri

Sebaik sahaja sampai kami, decide untuk makan dulu .Kami makan di Dongmun & Asian cuisine restoran Halal dipulau ni.Kami tak makan nasi goncang kat sini sebab ada bace blog cakap tak sedap, lagi pun mostly kami tak suka nasi Kimchi.Restoren ni cantik dan ramai pelanggan melayu.Kami makan nasi sotong pedas, bulgogi, mi Jajangmyun dan mi(lupa nama),total overall 45000W:rm160++. Haa memang mahal,tapi semua sedap,Alhamdulillah.Kemudian kami solat di surau yang disediakan kat bangunan tu juga.


Kiri:Nasi bulgogi
Atas:Nasi sotong pedas
Kanan: Mi Jajangmyun
Bwh:Mi x tau name
Tgh :Banchan (side dishes)
Oleh sebab Nami island memang dibuat untuk pelancong,memang banyak bende yang best disini.
Antaranya yang menarik mase kami kat sini ,ada buat pertunjukan ukir ais,  boleh main slide ais ,ade game traditional Korea dan macam2 lagi.Selain tu, boleh jugak kalau nak sewa basikal atau Skybike (main basikal dari atas).

Pertunjukan ukir ais

Ice slide


Boleh tampal kata2


Main slide


Igloo pun ade



 Kat sini juga ada la landmark Winter Sonata yang kite boleh ambik gambar. Hehe.Bukan minat sangat crite tu, tapi as kenangan penah sampai dipulau tu.Kalau nak jalan semua tempat memang tak sempat nak cari ,sebab kami sampai lambt sket dan tempat luas jadi kami cuma focus kat tempat ni sahaja(ade blog yang suggest):
  • Winter Sonata First Kiss
  • Central Korean Pine Tree Lane
  • Ginkgo Tree Lane
  • Metasequoia Tree Lane
  • Cherry Tree Lane (Musim bunga sakura sahaja, iaitu dari awal sehingga pertengahan April)
Fountain dan air sungai di di Nami Island memang beku.Yalah musim sejuk,tapi hari ni saya boleh tahan sikit sejuknya sebab pakai mask dan banyak jalan.


Fountain yang beku: SubhanaAllah..








Rehat dulu

Di tepi sungai yang beku

Nami dipenuhi dengan pokok pine

Sebenarnya plan asal kami nak ke Dongdamun Gwanjang Market selapas pulang dari Nami Island,tapi disebabkan esok sambutan tahun baru ,pasar tu tutup.Tapi kami tak terkilan sangat sebab dah banyak jalan di market lain dan kami tak aim nak beli kain cotton/silk.Ondway balik kami singgah di kawasan sekitar Ewha University.Kat sini banyak beg,kasut dan banyak jugak kedai kosmetik macam kat Myeoundong.Kami borong beli beg sandang kat sini,harganya not bad,mampu milik 10000W each:RM37.Sebelum balik adik manis tour guide bawak kami makan Rappoki (Teobukki +ramyeon).Kami yakin sikit nak makan sebab tour guide kami,muslim dan dah biasa cari makanan halal di sini.

Sekitar Ewha University

Beg banyak dijual disini

Rappoki and side dishes

Malam ni pun sangat kesejukan,menggigil jalan..Kalau yang tak tahan sejuk,tak payah jalan malam ye.Selesai shopping n makan ,kami pun pulang ke hostel untuk rehat.Esok kami dah nak balikJ

Hasil tangkapan:Tapi bukan semuanya kami punye,org kirim pun ade:)))

Jaulah Day 4:Shopping day at Seoul


Assalamualaikum..

Kaifahalukum?Semoga sihat-sihat semuanya...

Hari saya nak share hari keempat saya berjaulah ke bumi Seoul. Pagi itu kami teruskan dengan melawat ke Bukchon Hanok Village iaitu perkampungan lama di bandar Seoul .Kami pergi ke sini dengan menaiki train.Rumah di sini berseni dan cantik tapi tak boleh bising kat sini sebab ade rumah yang ada penduduk.Dekat sini boleh ambik gambar dan boleh sewa baju Hanbok.Sebenarnya ade beberapa checkpoint perlu stop untuk tengok seni2 binaaan yang cantik(tempat cantik ambik gambar)tapi kami just jalan shj..Drama korea pun banyak dibuat disini.Huhu.Tu tak penting tu.Saja bagitau;)Berdekatan kampung ni juga ada National Folk Museum of Korea.Kami singgah sekejap saja untuk ambik gambar and cari tandas.Jumpa orang Malaysia ramai panaskan badan dalam tandas.hehe

Kawasan berbukit di perkampungan ni

Rumah dengan senibina yang unik 

Dalam National Folk Museum

Jumpa budak2 buat lawatan.Sarangeyo terus lah.haha

Selepas tu kami pergi ke Namdaemun Market untuk beli souvernir. Sebelum ke Namdaemun market kami,cari tempat untuk solat berdekatan Sungnyemun Gate,tapi guard kat situ tak bagi solat disitu,mungkin sebab masa tu macam nak start upacara changing guard.Dia suruh kami solat dalam toilet OKU, kami terus minta diri la..haha.Tapi sempatlah tengok ceremony tu sikit.Lastly kami solat  dekat satu lorong yang agak sesuai.Alhamdulliah dimana2 sahaja boleh solat..Di pasar Namdaemun, kalau nak beli murah, beli barang dalam bangunan Elengdang.Tapi ada juga kami beli di luar sebab unni ,ajushi,ajuhma kat situ peramah. Jadi belilah,nak gembirakan diorang..Lagi bagus kalau tahu sikit2 bahasa korea,jadi best sikit dapat sembang2 sikit diorang..Kami ade jugak tahu sikit 2.Contoh phrase yang boleh gune:

+Olmaeyo? (Berapa harga?)
+Com kakkajuseyo…(bagilah discount)
+Manipaseyoo...(please sell a lot)=Diorang suke sangat bile kitorang sebut ni lepas beli barang..hehe
+Mannasso banggawoyo (Nice to meet you)
+Gamsahamnida (Terima kasih)

Dan jugak paling penting kene tahu la semua pasal duit dan nombor dalam Korea..Walaupun kami ade tour guide, tapi kami pun boleh sembang jugak..Harga barang kat sini:
+Tshirt korea (3 helai )10000W=RM37
+Nail clipper (8)5000W:RM18
+Sudu + chopstick korea
+Fridge Magnet
+Brooch
With ahjushi and unni yang baik hati.

Kedai yang kami pegi no 170,172,173,166 dan yang berdekatan. Recommended.

Kat sini kami try makan Kkultaree, 5000W:RM18 , dibuat dari  madu,tepung jagung dan kacang dan tempat yang kami makan ni ada logo halal  by Muslim Korean Federation. Sedap makan kat situ sebb lembut, bila sampai di Malaysia dah keras.Recommended.

With makcik n pakcik jual Kultaree.


Seterusnya kami pergi ke Myeondong market,tempat yang terkenal dengan barang make up dan street food.Disini sejuk sangat sebab gerai makanan banyk diluar.Banyak makanan yang unik2 tapi kami cuma beli Hotteok dan Kebab halal orang Turki..Satu lagi kami beli Dalchi 5000W:RM15+,kuih macam tepung gomak tapi ade strawbery kt dalam.Ade orang nak rase,sy x teringin la pulak.huhu

Pakcik jual kebab and Hotteouk halal.


Jual delima fresh ada dijual juga.


Kalau x tahan sejuk sangat dan minat barang make up boleh masuk dalam kedai kosmetik.Kalau korang jalan je,memang ramai promoter melambai2 dekat luar kedai..hehe.Sebab ade banyak jugak kedai kosmetik yang sama kat situ,diorang kene bersaing...Kalu masuk,korang kene dengarlah diorang crite apa .Kedai yang kitorang pegi tu ,kalau beli baru dapat free sample.Tapi kitorang masuk sikit ja kedai sebab x minat sangat barangan makeup.Kami beli gel aloevera 99% gel 13500W=RM50 utk 4 unit,dengan mask muka(x ingat harga) kat sini.Cuaca petang sejuk sangat,makan pun saya pakai glove.Mase tengah rehat kami sempat sembang dengan orang jepun ni.Sbenar dia volunteer ambik gambar kami,pastu sembang la kejap.Rupanya dia duduk kat Scotland dan tengah buat charity work kat Korea.Dia tengah buat kutipan derma.


Oppa baik hati,but die cakap: I heard Malaysia is hot:((Yeah of cos.)

Generally Myeondong macamni la rupanya

Lepas posing dan jumpe dengan rakan travel kami yang lain, kami bergerak ke Namsan Seoul Tower.
Malam ni kesejukannya paling worst saya rase..sebab waktu malam dan tempat tinggi.Kami sengaja datang malam sebab  lebih cantik dengan lampu.Dekat sini boleh tengok pemandangan Seoul dari atas ,memang cantik.Kat sini juga ada  Love Padlock, diorang buat untuk tarikan pelancong.Kiranya untuk couple kunci love masing2 kat sini. Disini juga ada Teddy Bear Museum & 3D Alive Museum, tapi kami tak masuk sebab ade fee.Best datang sini.Lepas posing dan jalan2 disekitar Namsan Tower, kami bergerak pulang.

Namsan Seoul Tower at very cold night

Love Padlock

Boleh teropong bandar Seoul tapi kene bayar dulu.So,berlakon jela kite

Ondway balik ,kami singgah di convenience store dan beli cotton mask(saya sorang saje)sebab muka sy dah menggelupas teruk dan kering, senyum rase macam merekah je kulit n bibir.Bunyi mcm teruk kan ,tp tula memang rase pedih.haa.


Dalchi:Kuih ada strawbery kat dalam.

10000W:RM37


Selesai lah seisi jalan2 kami hari keempat.Okaylah,semoga coretan ini dapat membantu korang sedikit sebanyak.Hehe.Till next time.Bye for now..

Friday, 24 March 2017

Jaulah Day 3:Ziarah saudara di Seoul

Assalamualaikum..Anyeoung chinggu;)




Jaulah kami di bumi Korea Selatan diteruskan diSeoul.Setelah kami sampai di Gimpo Airport dari Jeju ,terus kami balik ke Jongnowon hotel dalam pukul 10 lebih. Pukul 11 pagi baru kami keluar dengan tour guide untuk jalan2.Destinasi kami adalah ke Memorial War Museum.Disini banyak  kapal dan jet perang korea.Bolehlah nak bergambar. Pemandangan tetap cantik sebab ade salji,tu yang penting,haha.Kalau x de salji ,rasa x payah datang sini sebab sama macam di Malaysia.Kami tak masuk musem sebab tak minat sejarah,cume bergambar dengan monument kat luar sahaja.




Kemudian kami pergi ke Itaewon,bandar yang famous dengan ramai foreigner especially muslim foreigner..Kami datang sini nak mai ziarah saudara semuslim kami la sebebnarnya.huhu.Banyak restoren dan kedai muslim di sini.Di Itaewon kami singgah di masjid utama Seoul, Itaewon Mosque.Cuaca sejuk sangat sejuk, jadi masuk masjid ,kami solat jama` dan panaskan badan.Lepas solat kami,makan di restoren Siti Sarah,tauke orang Arab/Turki .Kami makan nasi ayam bakar dan nasi ikan bakar,10000W: RM37each kongsi 4 org.Sedap.Di situ jugak ade restoren Muree dan restoren Makan.Untuk halal Korean cuisine boleh makan kat situ.


Ondway gerak ke tempat seterusnya kami beli aiskrim 3000W:RM11 each.Sebenarnya tak nak beli tapi ade dikalangan kami terpanggil orang jual tu, jadi tepaksa beli.haha.Cara orang Arab/Turki yang buat and bagi aiskrim tu unik la, funny.Boleh tengok kat youtube.By the way ,aiskrim biasa je ,cuma jadi keras/x cair sebab memang suhu lagi sejuk dari peti ais waktu tu..

Seterusnya kami ke Yeoido Park,park yang famous di Korea dan depan Yoeido park ni ade KBS(Korea Broadcasting System) building jugak.Kalau musim lain boleh tengok bunga sakura dan Koreans suka berkelah kat sini. Di park ni,boleh cari port untuk main salji. Saya kesejukan,sibling saya yang lain excited betul main salji n posing.Di park ni juga boleh main Sleigh snow dan Ice Scating, waktu winter shj.Kami main snow sleight ,2000W:RM7++ each.Walaupun tak ke everland,dapat jugak main sleigh.Alhamdullilah.Kat situ ramai budak2, kitorg excited betul boleh practise Bahasa korea yang kitorang tahu dengan budak2 tu.Iremiboeya(apa nama kamu)?Miossoreyo(apa umur kamu)?.haha.Lepas main ,kami beli hotteok(best!!) yang dijual disitu.Harga 1500W:RM5++ each.



Kemudian kami bergerak ke Banpo bridge rainbow fountain.Disini kita boleh tengok bridge yang cantik merentasi Han river yang beku waktu  tu.Kalau nak tahu suicidal rate dekat korea tinggi,dan salah satu tempat suicide yng famous adalah dekat bridge Han River ni.Ada satu bangunan disitu,dipasang banyak lampu yang bertukar warna.Bergambar disini memang cantik..

Suasan malam di tepi Han river cantik dengan lampu .

Han river yang beku



Ondaway balik dari Banpo bridge ,kami singgah di convenient store,panaskan badan dengan kopi.Kebanyakkan minuman di convenient store ni beli 2 dapat free 1,jadi jimat jugaklah..Harga 2+1 kopi 3000W=RM11.Bolehlah beli  kalau nak try.Di jongnowon hotel, heaternya bagus,bila masuk je terus warm.Dekat lantai ade heater jadi ,memang baring situ lah nak panaskan badan.Malamnya kami tak jalan sebab dah penat;)Selesai sudah kisah kami di hari ketiga.

Hopefully celoteh saya dapat bagi idea pada kawan2 yang nak datang ke sini.Nak tahu kami jalan mane lagi?Tengok post seterusnya ya.Bye dulu.