Assalamualaikum wbt.
Saturday, 23 May 2015
Saturday, 16 May 2015
Petua menjemput Rezeki
Assalamualaikum wbt..
Mari kita bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberi
kita peluang untuk bernafas, menghirup udara dalam keadan menjadi seorang
islam.Mari kita bersyukur lagi kerana hari ini kita tak dihina sebagai
penyembah berhala..
Selawat dan salam keatas Rasullullah saw, rasul dakwah dan tarbiyah dan para sahabat
kerana dengan perjuangan mereka islam sampai kepada kita hari ini.Ada sahabat
saya share, kadang2 kita kurang menghargai islam sebab kita tak rasa bahawa
islam sampai kepada kita hari ini dalam keadaan susah. mari kita ingat kembali
kisah Bilal bin Rabah ditindih batu, kisah keluarga Ammar diseksa dan lain2 sahabat.MasyaAllah, kita
nak amalkan islam dan kehidupan tak pernah diseksa sedemikian ,most of the time
kita berjuang dengan nafsu kita sahaja..
Kali ini saya nak share sedikit ilmu yang sy dapat dari buku
yg sy baca “Menjemput Rezeki” yang ditulis oleh Ustaz
Fathuri Salehudin. Dalam buku tersebut, diterangkan bahawa rezeki adalah
sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada kita samada halal atau haram.Kita
sudah tentu nak dapat rezeki yang halal.Sebenarnya semua yang kita ada bukan
milik kita, milik kita adalah yang kita makan & guna dan yang kita
sedekahkan pada orang.Rezeki pula bukan terbatas pada wang , harta dan pangkat sahaja.Makna
rezeki itu luas sangat..Rezeki tu termasuklah udara, air, kesihatan, ketenangan,anak2
dan sebagainya.Kata penulis, beliau guna perkataan menjemput rezeki sebab
menjemput tu maksudnya kita tahu dah dari mana /siapa yang memberi rezeki, cuma
perlu jemput/panggil sahaja rezeki tu dengan mendekatkan diri dengan pemberi
rezeki.Tapi kalau mencari rezeki seolah2 kita tak tahu dari mana rezeki tu
datang.Tapi itu cumalah bahasa sahaja , yang penting macamana amalan kita..?
Ustaz Fathuri ada terangkan beberapa formula untuk menjemput
rezeki dan kalau baca buku yang beliau tulis, nampak sangat praktikal dalam
kehidupan sebab sangat memberi kesan dalam hidup beliau.InsyaAllah kita boleh
amalkan untuk sama2 meluaskan rezeki kita.
1.
Mengutamakan solat
Ø
Bagaimana: solat diawal
waktu, khusyuk dalam solat, mengutamakan Allah dari perkara lain bila azan
berkumandang,bagi lelaki digalakkan solat dimasjid,bagi perempuan solat Jemaah
dirumah lebih baik.
Ø
Penulis ada cerita kisah
bagaimana bila beliau utamakankan solat, hidupnya berubah menjadi lebih baik.
Sangat praktikal dalam kehidupan. Jom utamakan solat untuk berjaya dunia dan
akhirat.
2.
Solat Tahajud
Ø
Rasulullah saw bersabda:
Allah swt turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga
malam pertama.Maka dia berkata : “Aku adalah Sang Raja, aku adalah Sang Raja,siapa
saja yang memohon kepadaKu maka Aku akan mengkabulkannya.sesiapa sahaja yang
meminta kepadaKu akan Aku
memberinya,sesiapa sahaja yang memohon keampunan kepadaKu maka akan Aku
mengampuninya.Dia tetap seperti itu hingga muncul cahaya fajar.”
3.
Solat Dhuha
Ø
Punca rezeki bukanlah pada
ikhtiar semata2
Ø
Punca rezeki adalah dengan
mendapat redha Allah,antaranya adalah dengan mendahulukan Allah setiap masa
Ø
Jemput rezeki dengan solat
dhuha kerana padanya terdapat beberapa manfaat antaranya ialah:
ü
Allah akan mengasihinya
ü
Para malaikat akan
menjaganya
ü
Melintasi titisan sirat
sepantas kilat
ü
Terselamat dari azab neraka
ü
Wajahnya terzahir nur orang
soleh
ü
Hatinya lembut
(Diceritakan oleh Ibnu Hajar r.hm.daripada Saidina Usman bin
Affan)
4.
Doa
Ø
Digalakkan berdoa pada
waktu yang mustajab antaranya ialah:
-masa diantara dua khutbah jumaat
-waktu hujan turun
-waktu berbuka puasa
-selepas
solat, dan lain2
-Perkongsian oleh Mufti Menk , True
story: kisah seorang pakar neurologist Pakistan yang sangat sibuk,kalau nak
jumpa dengannya makan masa berbulan2.Suatu hari dia nak ke suatu tempat dengan
menaiki flight.Dalam flight ,tiba2 ribut petir yg kuat berlaku,jadi kapal
terbang terpaksa berhenti ,lalu beliau naik kereta dan menuju ke tempat tu,tapi
ribut petir kuat sangat lalu beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan
ketuk rumah yg berhampiran untuk solat.Rupa2nya yang tinggal dirumah itu
seorang nenek tua dengan cucunya yang sakit.Selesai sembahyang sebelum
pulang,doktor tersebut tanya cucunya sakit apa.Nenek itu menjawab sakit anaknya
teruk dan dah jumpa ramai doktor tapi tak mampu nak rawat, Cuma ada seorang
doktor specialist yang dikatakan boleh rawat cucunya tapi dr tersebut sangat
sibuk. Dia selalu berdoa kepada Allah supaya dapat jumpa dengan doktor untuk
rawat cucunya.
-Doktor
tersebut bertanya siapa nama specialist tersebut,nenek itu pun menyebut nama Dr
tersebut Dr Isham.Lalu doktor tersebut menangis ,dan menjawab sesungguhnya doa
kamu dah dimakbulkan ,saya lah dr tersebut.Nenek itu pun turut menangis.
Kesimpulannya, never underestimate
the power of doa .Kalau Allah menghendaki sesuatu Allah akan memperkenankan doa
seseorang dengan caranya tersendiri bila dia menghendaki.
5.
Berzikir
Ø
Hadis nabi ada menyebut
tentang 2 amalan ini
-Ucap subhanallah,Alhamdulillah, Allahuakbar 10X selepas solat
-Ucap subhanallah,Alhamdulillah, Allahuakbar 33X sebelum tidur
Ø
Saya pernah terbaca ,Kalau
nak tahu kedudukan kita disisi Allah ,tengoklah kedudukan Allah dihati
kita.Kalau kita sentiasa ingat Allah ,tentu kedudukkan kita akan lebih mulia
disisiNya,jadi kita akan lebih mudah menjemput rezeki dari Yang Maha
Memberi
Rezeki.
6.
Mendoakan orang lain
Ø
Bila kita mendoakan orang
lain,malaikat pun akan mendoakan perkara yang sama untuk kita .Jadi kita perlu
banyakkan doa untuk orang lain
7.
Sedekah
Ø
Formula sedekah :1-1=10
Ø
Sesungguhnya bila kita bagi
sedekah Allah akan tambah rezeki kita berlipat ganda.
Ø
Hadis Qudsi Riwayat
Bukhari:
‘Berinfaklah wahai anak adam, nescaya aku akan memberi
infak kepadamu”
8. Membaca Al-Quran
Ø
Membaca alquran umpama kita
bersedekah .Ini ada disebut dalam hadis riwayat Tirmizi,Abu Dawud,Nasa`I dan Hakim.
Ø
Ustaz Fathuri ada
menceritakan kisah beliau beramal dengan surah Al-Fatihah dan berjaya
menyembuhkan beberapa penyakit .Bukankah kesihatan juaga adalah satu rezeki? Jadi
tak silap lagi membaca Alquran boleh mengundang rezeki
Ø
`Ata bin Abi Rabah
berkata:telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah saw bersabda: “sesiapa yang
membaca surah Yasin pada permulaan harinya maka segala hajatnya akan dipenuhkan” ( Riwayat Darimi)
Ø
Setiap surah ada khasiat
dan keajaibannya tersendiri,boleh pilih mana2 surah yang kita suka dan amalkan
dengan penuh yakin.
9.
Asma Al-Husna
Ø
Selalulah kita sebut dan
berdoa dengan nama2 Allah (99 nama Allah)
Ø
Contohnya:
-Ya Razak (supaya usaha berjalan lancar dan dimurah rezeki)
-Ya Rahman (100X untuk kuatkan ingatan dan cerdaskan fikiran)
-Ya Basit ,dll
Ø
Allah suka kita berdoa
dengan namaNya yang mulia
10.
Bersyukur
Ø
Selalulah berdoa selepas
solat doa yang Rasulullah ajar kepada Muaz bin Jabal:
Ø
Ingatlah firman Allah surah
Ibrahim 14:7,bila kita bersyukur Allah akan tambah nikmat,dan jika kufur azab Allah maha pedih.
Ø
Besykurlah dengan menjadi
hambanya yang taa perintah dan jauhi laranganNya.
11.
Tekun berusaha
Ø
kita perlu bersungguh2 dalam usaha kita
Ø
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra`d
13:11 menyebut bahawa Allah tidak akan
ubah sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah dirinya sendiri.
Okaylah
harapan saya agar pembaca yang singgah di ruangan ini dapat mengambil manfaat
dari perkongsian ini.Semoga kita semua menjadi lebih baik setiap hari dan sentiasa
dirahmati Allah.Ini cuma ringkasan
sedikit dari buku tersebut, kalau sahabat2 semua baca bukunya lg bagus…
Allah
knows best. Till we meet again. Insha Allahutaala…
Friday, 13 February 2015
Cuci hati dari hasad dengki
Assalamualaikum
wbt..
Apa
khabar semua? semoga sahabat semua
sentiasa diberi kesihatan fizikal dan kejernihan hati selalu..Bercakap soal
hati, hari ini saya nak berkongsi tentang satu penyakit hati iaitu HASAD DENGKI. Banyak masalah di dunia
berlaku berpunca dari hasad dengki..
Bila
ada penyakit hati ini ,jiwa kita tak akan tenang dan berlaku
permusuhan..Eventually, banyaklah jenayah yang berlaku..Nauzubillahi min
zalik..Ingatkah teman2 kisah iblis yang
tak mahu sujud kepada nabi Adam kerana sombong dan hasad?Satu lagi kisah Habil
dan Qabil, dimana Qabil membunuh
saudaranya Habil kerana dengki Habil berkahwin dengan perempuan lebih cantik
dan korbannya diterima Allah?
Sebenarnya
apa maksud hasad dengki?Menurut Imam Al Mutawalli Asya`rawi, hasad dengki
adalah perasaan bila kita mahu nikmat yang ada pada saudara kita hilang.Hukumnya
haram.
Iri
hati pula bermaksud bila kita mahu nikmat yang sama dimiliki oleh sahabat
kita,tapi tak mahu nikmat itu hilang pada teman kita..Kalau ia tentang hal
dunia, harus hukumnya, kalau tentang
akhirat pula sunat.
Apa
pula maksud munafasah? Maksudnya ia bersaing untuk mendapat sesuatu yang
diperolehi oleh orang lain.Hukumnya harus tapi tak boleh berlebihan sehingga
melampau batas kemampuan dan mesti ikut syariat.Sebaiknya bersainglah dengan
diri sendiri, semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Hasad
dengki ni berlaku bila iman seseorang itu lemah. Kerana iman lemah lah kita
kurang persaudaraan / ukhuwah dengan sahabat2 kita.Sedangkan hadis nabi ada
menyebut tak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya seperti
mana dia mencintai dirinya.
Apa keburukan hasad dengki?
@ Dimurkai Allah didunia dan akhirat
@ Tidak akn sempurna iman selama-lamanya:
tak dapat jadi muslim sejati
@ Hidup dipenuhi kesedihan berpanjangan
@ Mendapat musibah tanpa dapat pahala
@ memecahbelahkan masyarakat
Cara membersihkan hati dari hasad
dengki
·
Belajar dan menghayati
prinsip akidah
Belajar ilmu
akidah membolehkan kita tahu apa itu takdir, hikmah takdir dan bagaimanana
menghadapi takdir
·
Mencari ilmu tentang
keburukan hasad dengki
Kita berusaha
untuk tahu selok belok hati contohnya dengan mencari ilmu tentang hasad dengki,
keburukannya dan bagaimana merawatnya
·
Jangan dilahirkan dalam
ucapan dan tindakan
Selagi hasad
dendki hanya dipendam dalam hati,ia belum ke tahap merbahaya .Cepat2 la
beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
Sabda Rasulullah
saw: “Tiga sifat yang tidak ada seorang pun yang selamat darinya
iaitu,takut,buruk sangka dan hasad dengki.Jika kau merasa takut,maka jangan
mundur(hadapilah),jika berhasad dengki jangan lanjutkan,jika kau bersangka
buruk jangan buktikan (jangan mencari bukti).”
Riwayat Baihaqi.
·
Bermujahadah melawan
kehendak
Imam
Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menggariskan jika timbul sikap
buruk dalam hati, hendaklah melakukan perkara yang bertentangan dengannya.
Contohnya:
Jika rasa cemburu atas kejayaan seseorang
, cepat2 ucapkan tahniah dan syabas dengan segera kepadanya
|
Jika terasa ingin mengumpat, cepat2
ceritakan yang baik2 tentangnya.
|
Jika timbul takabur,cepat2 bertindak untk
merendahkan diri
|
Apabila timbul iri hati,cepat2 bertanya
khabar dan menziarahi orang yang berkenaan
|
Dengan itu,kita seolah2 menghina
syaitan yang menghasut kita,bahawa hasutannya tak berjaya malah kita yang dapat
pahala.Boleh la amalkan ye nanti..
·
Bertaubat kepada Allah dan
banyak mengingati mati
-Mati adalah
pemutus kelazatan dunia.Kalau kita renung suatu hari nanti kita akan mati
dan yang dibawa adalah amalan saja, kita tentu tak akan rasa dengki pada orang
lain.Tapi sebab kita masih di dunia,dan cinta dunia masih ada dalam diri
kita, kita mungkin dijangkiti penyakit hati ini. Marilah kita
sentiasa istighfar dan banyakkan mengingati
hari yang pasti datang, hari kematian kita,
·
Berdoa semoga dihapuskan sifat hasad dari hati
Doa daripada surah
Al-Hasyr:10
“Dan orang - orang (Islam)
yang datang kemudian daripada mereka(berdoa dengan) berkata:
Wahai tuhan kami,ampunilah
dosa-dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam
iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati hasad dengki dan dendam ter terhadap orang-orang yang beriman.Wahai tuhan kami,Sesungguhnya Engkau
amat melimpah belas kasihan dan rahmatmu”
·
Setiap kali ada perasaan
dengki pada seseorang doakan orang tersebut , Allahumma zzid wa baarik supaya
orang itu ditambah nikmat dan diberkati.
Secara tidak langsung, malaikat akan mendoakan kita perkara yang sama yang kita
doakan untuk orang lain.
Semoga
kita semua dijauhkan dari penyakit hati.Semoga kita semua berjaya bertemu Allah
dengan hati yang sejahtera, bersih dari sihat mazmumah.Perkongsian hari ni saya
summarize dari pembacaan saya dari buku “Semuanya soal hati” tulisan Ustaz Pahrol
Mohd Juoi. Saya suka tulisan beliau kerana saya rasa keikhlasan beliau dalam tulisan tersebut . Bacalah..
Sunday, 19 October 2014
Tip2 Hafalan Ulama`
Salam sejahtera
semua. Assalamualaikum wbt..
Ape khabar sahabat2
semua? Semoga sahabat semua di kurniakan ketenangan hati dan kebahagiaan walau dimanapun kalian
berada..Selawat dan salam keatas junjungan nabi saw..Tanpa pengorbanan baginda
dahulu,mustahil kita dapat menghirup nikmat iman dan islam hari ini.
Perkongsian hari ini
saya petik daripada buku Ikon Syabab tulisan Ustaz Umar Muhammad Noor.
Buku ini sangat bagus
untuk para pelajar /pemuda yang sedang menuntut ilmu.Banyak kisah2 ulama` dan
sahabat2 nabi yang dikongsi berkisar
tentang bagaimana pemuda pada zaman dahulu.Sangat jauh berbeza sikap mereka dengan sikap generasi sekarang
dalan menuntut ilmu.
Sedikit yang saya nak
share dari buku ini:
Tip2 untuk hafalan oleh
para Ulama`
1.
Menjauhi maksiat.
-Hafalan
yang kuat bermula dari minda yang jernih dan hati yang bersih
-Seseorang
pernah bertanya Imam Malik: Amalan apakah yang menguatkan hafalan? Beliau
menjawab :Jika ada amalan yang dapat menguatkan hafalan,maka amalan itu adalah
meninggalkan maksiat.
-Imam
Syafie juga pernah mengadu pada gurunya Imam Malik tentang buruknya hafalannya. Gurunya menjawab: Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak mungkin akan diberikan kepada ahli
maksiat.”
2.
Sedikit makan dan sedikit
tidur
Imam
Syafie berkata: “Sesiapa yang banyak makan, ia akan banyak minum,lalu banyak
tidur,lalu banyak menyesal kerana telah melewatkan banyak keuntungan "
3.
Mencintai pelajaran dan
baca berulang-ulang
-Abu
Ishak as-Syirazi: Aku selalu membaca pelajaranku 1000 kali agar
benar-benar menghafalnya.
-Imam
Bukhari pernah berkongsi tip hafalannya: “Aku tidak mengetahui sesuatu yang
bermanfaat untuk hafalan selain kecintaan kepada pelajaran dan selalu
memandangnya.
4.
Cara masa yang tepat untuk
menghafal
-Malam
hari dan sebelum subuh adalah waktu yang
sesuai untuk menghafal.
Berkata
Ismail bin Abi Uwais :Jika engkau ingin menghafal sesuatu,bangunlah sebelum
subuh.Bukalah lampu,lalu bacalah.InsyaAllah engkau tidak akan lupa selepas itu.
5.
Praktikkan ilmu dan
muzakarah bersama rakan
-Ilmu
akan melekat jika diamalkan dan dipraktikkan.Setiap kali mendapat kosakata
baru, gunakan ia dalam perbincangan.
-Ibrahim
An-Nakh`i berkata: “Sesiapa yang ingin
menghafal hadis, maka sampaikanlah hadis itu. Walaupun ia
mesti menyampaikannya kepada orang yang enggan mendengarnya.”
Itulah
adalah sedikit ilmu bagaimana nak menguatkan hafalan. Ada satu kisah mengenai Imam Ghazali. Ketika beliau dalam
satu perjalanan musafir,beliau dirompak.Perompak itu mengambil semua barang
Imam Ghazali termasuklah nota-nota yang beliau tulis setiap kali berjumpa
dengan gurunya.Imam Ghazali meminta kepada perompak tersebut agar mengembalikan nota tersebut kerana nota
tersebut sangat berharga baginya dan tidak berguna kepada perompak itu.
Perompak
itu tertawa dan berkata: “Bagaimana engkau boleh mendakwa menguasai ilmu.Jika
aku mengambil nota2 mu engkau akan menjadi orang yang jahil.” Lalu dia menyuruh
anak buahnya mengembalikan nota tersebut kepada Imam Ghazali
Setelah perompak itu pergi, Imam Ghazali termenung
dan berfikir: “Ucapannya benar. Allah menegurku melalui orang ini untuk menunjukkan
jalanku.”
Setelah
itu beliau segera menghafal semua catatan ilmiahnya.Setelah 3 tahun ia berjaya
menguasai ilmu tersebut.Jika perompak itu merompak lagi nota2nya,ilmunya tidak
akan hilang bersama buku2 itu..
Kisah
ini sangat terkesan kepada saya kerana
kita selalu lupa apa yang dipelajari. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk
semua..
Kata Ulama`:
Ilmu
itu dihati bukan di buku.Selama ilmu itu belum tersimpan di hati,seseorang belum
dikira berilmu.Sebab ilmu itu boleh hilang dan dicuri bila-bila masa.
Pepatah
Arab:
Satu
huruf di dada lebih baik dari 10 huruf
di buku.
Thursday, 14 August 2014
Yuk, berani bermimpi besar.
Assalamualaikum..
Alhamdulillah
3x..
Marilah kita bersyukur kepada Allah swt yang telah memberi kita nikmat yang
terlalu banyak. Umar bin Abdul Aziz menyebut
nikmat itu seperti haiwan buruan yang
mudah terlepas ,perlu diikat dengan banyak bersyukur kepada Allah.
Cara
bersyukur & berterima kasih?
Taat
kepada perintah dan larangannya dalam seluruh kehidupan kita &selalu
zikrullah.
Sekarang saya in
progress untuk habis bace buku Zero to Hero tulisan Solikhin Abu. Buku ni
highly recommended untuk kawan2 yang nak mencari tip2 menjadi orang yang
hebat/luar biasa di mata Allah.Ade juga
tip2 bagaimana ulama belajar..Buku ni best, bacalah..
Sahabat2 semua,
Saya ade mendengar
ceramah ,kalau kita nak kenal seseorang ,kita boleh tengok pada bahan2 bacaan
yang dibace & cerita2 yang ditonton & akhlaknya.Jom kita betulkan
pemikiran kita dengan pilih bahan bacaan bermanfaat.
Sedikit sharing dari
pembacaan saya,
Penulis mengajak kita
untuk berani bermimpi /bercita2 besar .Katanya,ramai orang yang x berani untk
bermimpi apatah lagi untuk melakukannya .Biasa
kita dengar orang bercita2 untuk berjaya di dunia ,tapi dalam buku ini
disertakan senarai cita2 akhirat yang patut setiap orang ada.
1.
Proses meninggal tanpa
sakaratul maut yang membebani diri sendiri dan orang lain
2.
Tidak meninggal dunia pada pada
saat kejadian hari kiamat yang dahsyat
3.
Meninggal dunia saat berjihad dijalan Allah di medan
pertempuran seperti cita2 Khalid Al-walid
4.
Meninggal saat melakukan
amal soleh
5.
Meninggal tanpa meninggalkan
hutang-hutang yang akan memberatkan timbangannya
6.
Mendapat rahmat Allah di
alam kubur seperti orang yang gemar menghafal Al-Quran dan orang yang
memakmurkan masjid
7.
Mendapat syafaat di padang
mahsyar(Recall 7 golongan yang dinaungi Allah pada hari tiada naungan selain
naungan Allah)
8.
Dimudahkan saat pengadilan
akhir
9.
Dimudahkan saat melintasi
titian shirathal mustaqim
10.
Ada keringan siksa neraka
11.
Tidak terlalu lama berada
di neraka
12.
Mendapat keampunan yang
banyak atasberbagai kesalahan dan dosa
13.
Dapat berkumpul d
bersama keluarga di syurga
14.
Bertemu lebih dekat dengan
orang yang soleh
15.
Bertemu dengan Rasulullah
saw
16.
Melihat wajah Allah,maha
suci Allah.
17.
Dapat masuk syurga
Tak salah bermimpi.Panjatkan doa untuk
dapat semua di atas.Masakan kita dapat sesuatu yang kita tak minta dan usaha.Usaha
untuk minimum jadi orang beriman .Semoga kita menjadi lebih baik setiap
hari.Yuk, kita bermimpi.
Saturday, 5 October 2013
3 Misunderstanding about islam
This post is specifically written to non muslim and
generally to my brothers n sisters in islam…
Assalamualaikum wbt..
·
Al-Quran allows men to
marry in limited range of wives which are 4
(An-Nisa`4:3)
-This type of marriage is not a must in
Islam but it is something that is allowed in Islam.
·
Women population in the
world is bigger than men
-In America women >men 7.8 billion
-In In Germany women>men 5 bilion
-In Russian women>men 9 bilion.
-Only God knows how many women exceed men
in world
·
The average life expectancy
for women is longer than men
·
Assuming if our sibling is
one of the American women that failed to get husband. She only has 2 choices:
first, to marry with husband of other second, to be public item(do
prostitution)
Of course the first choice is better
and dignified choice.
2.
Why women are not allowed
to married more than one, like men?
·
If man has >1 wife, the
mother of the child can be identified easily. However, when a woman married to
>1 husband , the father of child from
the marriage hardly can be identified unless specific scientific identification
is done..
·
Biologically, a man still
can do his task as a husband even though he has many wives. Unlike man, woman
cannot do her job as a wife perfectly when married to >1 husband. Woman
faces many psychological changes and has change menstrual cycle
·
Men has higher tendency for
polygamy than women
·
Women with > 1 husband
has higher tendency to get venereal disease than men
3.
Why muslim are not allowed
to eat pork?
·
In islam, muslim was
prohibited to eat pork:
(Al-Maidah 5:3)
·
Pork also is prohibited in
Bible. It is proven in (Leviticus 11:7-8) and (Deuteronomy 14:8)
·
Eating pork can cause many
disease
-It can cause not <60 diseases.People can get many types of helminthes
like tape worm, pinworm and so forth. Although pork has been cooked in correct
timing, the helminthes still cannot be killed. Hence, eating them can lead to
many diseases.
·
Pig is a most dirty and
disgusting animal.
-pig lives and breeds in a dirty environment. In many village in India,
pig always eats feces.
-Although,
some argues that some pigs are placed in a clean environment, but still the
animals is dirty. They eat other`s feces and their own feces.
I have referred the information
above from book that I read: Most common questions about islam written by Dr
Zakir Abdul Karim Naik. If any of you have more questions about islam, I always
feel free to find the answer for you... Post Q&A about ISLAM will be
continued soon...
Saturday, 21 September 2013
24 JAM SUNNAH NABI SAW
Assalamualaikum
wbt..
Alhamdullilah..
mari kita bersukur pada Allah dengan sebenarnya atas nikmat yang tak terhingga
yang diberikan Allah pada kita.Kalau kita nak tulis segala nikmat yang
Allah bagi ,nescaya 7 lautan dakwat pun tak mencukupi nak tulis semuanya…
Baru2 ni
saya ada bace beberapa buku tentang tentang sunnah nabi.So perkongsian sy
hari ini adalah tentang sirah contoh teragung kita nabi Muhamad saw.. Kali ni
sy nak focus tentang 24 JAM sunnah nabi Muhamad SAW..Sesungguhnya kalau kita fikir
sebentarkan..rasanya berapa banyak sunnah nabi yang kita tahu berbanding info
tentang semua artis kat Malaysia n oversea..Ade sesetengah dari kita yang rasa
bangga bila up to date dengan dunia artis /hiburan dimedia..Tapi tak ramai yang
rasa izzah (bangga) dengan sunnah nabi
Sabda Rasulullah:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku
pada ketika umatku di dalam kerosakan,maka baginya pahala mati syahid”
Selain itu, bila
kita amalkan sunnah nabi ,itu adalah tanda kita cinta pada Allah
Allah
berfirman:
Katakanlah
(Muhamammad ) , “Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah
mencintaimu dan mengampuni dosa2mu”.Allah maha pengampun ,maha penyayang”
(Ali
Imran:31)
So let me tell you some of sunnah nabi yang kita boleh same2 amalkan ..Bukan saje2,tapi kita akan dapat pahala bila ikut sunnah nabi..
So let me tell you some of sunnah nabi yang kita boleh same2 amalkan ..Bukan saje2,tapi kita akan dapat pahala bila ikut sunnah nabi..
1. Bangun tidur
-Baca doa
bangun tidur
Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan
aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
2. Masuk tandas
-membaca doa masuk tandas
-Melangkah menggunakan kaki kiri
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".
"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".
3. Keluar tandas
-melangkah keluar menggunakan kaki
kanan
-membaca doa keluar tandas
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkanku
Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkanku
4. Mengambil wuduk:
-berniat semoga wuduk dapat
menghapuskan dosa2 kita
-membasuh tangan ,berkumur dan
membasuh hidung(disunatkan membasuh hidung dengan berlebihan:menyedut hingga ke
pangkal hidung n hembuskan semula)
-Membaca doa setelah selesai berwuduk
Maksudnya:
"Aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya
"Aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya
5. Ketika tengok cermin:
-berdoa:
اللَّـهُمَّ
كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي
Maksudnya:
Ya Allah sebagaimana Engkau
telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku.
6. Ketika memakai pakaian :
-memulakan dengan memakai sebelah
kanan dahulu
-berdoa:
الحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذي كَسَانِي هَذَا الثَّوْبَ
وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
Maksudnya:
Segala pujian bagi Allah
yang telah memakaikan aku pakaian ini dan memberi rezeki padaku tanpa daya dan
kekuatan daripadaku.
7. Ketika memakai stoking:
-Rasullah mengebas2 dahulu stoking
(kerana dikhuatiri ada sesuatu yg membahayakan tersembunyi dalam stoking)*
8. Ketika keluar rumah
-membaca doa
Maksudnya:
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah"
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah"
9. Ketika bertemu orang :
-Mendahului untuk memberi salam
-Senyum
-Bersalam
-ketahui lah Assalamualaikumwarahmatullah
lebih baik dari dari Assalamualaikum
sahaja,dan Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatullah lebih baik dari Asslamualaikum
warahmatullah (ade sirah Rasulullah
tentang hal ini,boleh cari sendiri ye..)
10. Ketika membuat pekerjaan:
-Memulakan dengan membaca bismillah
(pekerjaan yang penting jika tidak
dimulai dengan bismillah akan menjadi kurang berkat)
-cikgu nak start ajar bace doa,doktor
gigi nak start cabut gigi bace bismillah,doktor nak rawat patient bace
bismillah..
11. Ketika di masjid:
-membaca doa masuk dan keluar
masjid:
-solat sunat tahiyatul masjid
-berniat untuk beriktikaf
12. Ketika masuk rumah
-memberi salam
13. Ketika hendak tidur
-membaca surah 3
QUL(An-nas,Al-Falaq,Al-…),hembus nafas dari mulut ke tangan dan sapu ke seluruh
badan(setakat yang sampai)
-mengucap dua kalimah shahadah
-mengiring ke kanan dan meletakkan
tangan dibawah pipi
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ
أَحْيَاوَأَمُوتُ
Maksudnya:
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
14. Solat solat sunat seharian:
-Qiamullail
@disunatkan berbaring sebentar
sementara menunggu azan subuh
-sunat fajar (sebelum subuh)-ganjaran
amalkannya lebih baik dari dunia dan isinya
-sunat dhuha
-sunat sebelum dan selepas zohor
-sunat sebelum asar
-sunat sebelum dan selepas maghrib
-sunat sebelum dan selepas isyak
15. Zikir
-zikir mathurat
Itulah serba sedikit yang saya boleh
kongsikan dengan sahabat2 sekalian.Marilah kita mengamalkan sunnah nabi
tersebut kerana apa yang nabi buat kebanyakkan mempunyai sebab tersendiri dan
nabi sendiri seorang yang ma`sum..memang patutlah kita contohi orang yg tak
pernah ada dosa kan..?
Sebenarnya banyak lagi sunnah nabi
yang boleh kita amalkan…moga dengan mengamalkan sunnah tersebut kita layak
untuk mendapat syafaat nabi di akhirat kelak..
Jom kita start amalkan sekarang
juga…
Wallahu a`lam..
Rujukan:
-Syamail Muhamadiah
-24 jam sunnah nabi
Subscribe to:
Posts (Atom)

















