Friday, 13 February 2015

Cuci hati dari hasad dengki

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua? semoga sahabat semua  sentiasa diberi kesihatan fizikal dan kejernihan hati selalu..Bercakap soal hati, hari ini saya nak berkongsi tentang satu penyakit hati  iaitu HASAD DENGKI. Banyak masalah di dunia berlaku berpunca dari hasad dengki..



Bila ada penyakit hati ini ,jiwa kita tak akan tenang dan berlaku permusuhan..Eventually, banyaklah jenayah yang berlaku..Nauzubillahi min zalik..Ingatkah teman2  kisah iblis yang tak mahu sujud kepada nabi Adam kerana sombong dan hasad?Satu lagi kisah Habil dan Qabil, dimana  Qabil membunuh saudaranya Habil kerana dengki Habil berkahwin dengan perempuan lebih cantik dan korbannya diterima Allah?

Sebenarnya apa maksud hasad dengki?Menurut Imam Al Mutawalli Asya`rawi, hasad dengki adalah perasaan bila kita mahu nikmat yang ada pada saudara kita hilang.Hukumnya haram.

Iri hati pula bermaksud bila kita mahu nikmat yang sama dimiliki oleh sahabat kita,tapi tak mahu nikmat itu hilang pada teman kita..Kalau ia tentang hal dunia, harus hukumnya, kalau tentang  akhirat pula sunat.

Apa pula maksud munafasah? Maksudnya ia bersaing untuk mendapat sesuatu yang diperolehi oleh orang lain.Hukumnya harus tapi tak boleh berlebihan sehingga melampau batas kemampuan dan mesti ikut syariat.Sebaiknya bersainglah dengan diri sendiri, semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Hasad dengki ni berlaku bila iman seseorang itu lemah. Kerana iman lemah lah kita kurang persaudaraan / ukhuwah dengan sahabat2 kita.Sedangkan hadis nabi ada menyebut tak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya.

Apa keburukan hasad dengki?
@ Dimurkai Allah didunia dan akhirat
@ Tidak akn sempurna iman selama-lamanya:
tak dapat jadi muslim sejati
@ Hidup dipenuhi kesedihan berpanjangan
@ Mendapat musibah tanpa dapat pahala
@ memecahbelahkan masyarakat

Cara membersihkan hati dari hasad dengki
·         Belajar dan menghayati prinsip akidah
Belajar ilmu akidah membolehkan kita tahu apa itu takdir, hikmah takdir dan bagaimanana menghadapi takdir

·         Mencari ilmu tentang keburukan hasad dengki
Kita berusaha untuk tahu selok belok hati contohnya dengan mencari ilmu tentang hasad dengki, keburukannya dan bagaimana merawatnya

·         Jangan dilahirkan dalam ucapan dan tindakan
Selagi hasad dendki hanya dipendam dalam hati,ia belum ke tahap merbahaya .Cepat2 la beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
Sabda Rasulullah saw: “Tiga sifat yang tidak ada seorang pun yang selamat darinya iaitu,takut,buruk sangka dan hasad dengki.Jika kau merasa takut,maka jangan mundur(hadapilah),jika berhasad dengki jangan lanjutkan,jika kau bersangka buruk jangan buktikan (jangan mencari bukti).”
Riwayat Baihaqi.

·         Bermujahadah melawan kehendak
Imam Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menggariskan jika timbul sikap buruk dalam hati, hendaklah melakukan perkara yang bertentangan dengannya. Contohnya:

Jika rasa cemburu atas kejayaan seseorang , cepat2 ucapkan tahniah dan syabas dengan segera kepadanya
Jika terasa ingin mengumpat, cepat2 ceritakan yang baik2 tentangnya.
Jika timbul takabur,cepat2 bertindak untk merendahkan diri
Apabila timbul iri hati,cepat2 bertanya khabar dan menziarahi orang yang berkenaan

Dengan itu,kita seolah2 menghina syaitan yang menghasut kita,bahawa hasutannya tak berjaya malah kita yang dapat pahala.Boleh la amalkan ye nanti..



·         Bertaubat kepada Allah dan banyak mengingati mati
-Mati adalah pemutus kelazatan dunia.Kalau kita renung  suatu hari nanti kita akan mati dan yang dibawa adalah amalan saja, kita tentu tak akan rasa dengki pada orang lain.Tapi  sebab kita masih di dunia,dan cinta dunia masih ada dalam diri kita, kita mungkin dijangkiti penyakit hati ini. Marilah kita sentiasa istighfar dan banyakkan mengingati  hari yang pasti datang, hari kematian kita,

·         Berdoa  semoga dihapuskan sifat hasad dari hati
                                                         Doa daripada surah Al-Hasyr:10



“Dan orang - orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka(berdoa dengan) berkata:
Wahai tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati hasad dengki  dan dendam ter terhadap orang-orang yang  beriman.Wahai tuhan kami,Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatmu”

·         Setiap kali ada perasaan dengki pada seseorang doakan orang tersebut , Allahumma zzid wa baarik supaya orang itu ditambah  nikmat dan diberkati. Secara tidak langsung, malaikat akan mendoakan kita perkara yang sama yang kita doakan untuk orang lain.
                                                                              
Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit hati.Semoga kita semua berjaya bertemu Allah dengan hati yang sejahtera, bersih dari sihat mazmumah.Perkongsian hari ni saya summarize dari pembacaan saya dari buku “Semuanya soal hati” tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Saya suka tulisan beliau kerana saya rasa keikhlasan beliau  dalam tulisan tersebut . Bacalah..





























Sunday, 19 October 2014

Tip2 Hafalan Ulama`


Salam sejahtera semua. Assalamualaikum wbt..

Ape khabar sahabat2 semua? Semoga sahabat semua di kurniakan ketenangan  hati dan kebahagiaan walau dimanapun kalian berada..Selawat dan salam keatas junjungan nabi saw..Tanpa pengorbanan baginda dahulu,mustahil kita dapat menghirup nikmat iman dan islam hari ini.

Perkongsian hari ini saya petik daripada buku Ikon Syabab  tulisan Ustaz Umar Muhammad Noor.
Buku ini sangat bagus untuk para pelajar /pemuda yang sedang menuntut ilmu.Banyak kisah2 ulama` dan sahabat2 nabi yang dikongsi  berkisar tentang bagaimana pemuda pada zaman dahulu.Sangat jauh berbeza  sikap mereka dengan sikap generasi sekarang dalan menuntut ilmu.

Sedikit yang saya nak share dari buku ini:


Tip2 untuk hafalan oleh para Ulama`

1.       Menjauhi maksiat.

-Hafalan yang kuat bermula dari minda yang jernih dan hati yang bersih
-Seseorang pernah bertanya Imam Malik: Amalan apakah yang menguatkan hafalan? Beliau menjawab :Jika ada amalan yang dapat menguatkan hafalan,maka amalan itu adalah meninggalkan maksiat.
-Imam Syafie juga pernah mengadu pada gurunya Imam Malik tentang buruknya hafalannya.  Gurunya menjawab: Ilmu itu cahaya dan cahaya  tidak mungkin akan diberikan kepada ahli maksiat.”

2.       Sedikit makan dan sedikit tidur

Imam Syafie berkata: “Sesiapa yang banyak makan, ia akan banyak minum,lalu banyak tidur,lalu banyak menyesal kerana telah melewatkan banyak keuntungan "

3.       Mencintai pelajaran dan baca berulang-ulang

-Abu Ishak  as-Syirazi: Aku  selalu membaca pelajaranku 1000 kali agar benar-benar menghafalnya.
-Imam Bukhari pernah berkongsi tip hafalannya: “Aku tidak mengetahui sesuatu yang bermanfaat untuk hafalan selain kecintaan kepada pelajaran dan selalu memandangnya.

4.       Cara masa yang tepat untuk menghafal

-Malam hari dan  sebelum subuh adalah waktu yang sesuai untuk menghafal.
Berkata Ismail bin Abi Uwais :Jika engkau ingin menghafal sesuatu,bangunlah sebelum subuh.Bukalah lampu,lalu bacalah.InsyaAllah engkau tidak akan lupa selepas itu.



5.       Praktikkan ilmu dan muzakarah bersama rakan

-Ilmu akan melekat jika diamalkan dan dipraktikkan.Setiap kali mendapat kosakata baru, gunakan ia dalam perbincangan.
-Ibrahim An-Nakh`i  berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka sampaikanlah hadis itu. Walaupun  ia  mesti menyampaikannya kepada orang yang enggan mendengarnya.”


Itulah adalah sedikit ilmu bagaimana nak menguatkan hafalan. Ada satu kisah  mengenai Imam Ghazali. Ketika beliau dalam satu perjalanan musafir,beliau dirompak.Perompak itu mengambil semua barang Imam Ghazali termasuklah nota-nota yang beliau tulis setiap kali berjumpa dengan gurunya.Imam Ghazali meminta kepada perompak tersebut  agar mengembalikan nota tersebut kerana nota tersebut sangat berharga baginya dan tidak berguna kepada perompak itu.

Perompak itu tertawa dan berkata: “Bagaimana engkau boleh mendakwa menguasai ilmu.Jika aku mengambil nota2 mu engkau akan menjadi orang yang jahil.” Lalu dia menyuruh anak buahnya mengembalikan nota tersebut kepada Imam Ghazali

Setelah  perompak itu pergi, Imam Ghazali termenung dan berfikir: “Ucapannya benar. Allah menegurku melalui orang ini untuk menunjukkan jalanku.”
Setelah itu beliau segera menghafal semua catatan ilmiahnya.Setelah 3 tahun ia berjaya menguasai ilmu tersebut.Jika perompak itu merompak lagi nota2nya,ilmunya tidak akan hilang bersama buku2 itu..

Kisah ini sangat terkesan kepada saya  kerana kita selalu lupa apa yang dipelajari. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua..

Kata  Ulama`:
Ilmu itu dihati bukan di buku.Selama ilmu itu belum tersimpan di hati,seseorang belum dikira berilmu.Sebab ilmu itu boleh hilang dan dicuri bila-bila masa.

Pepatah Arab:
Satu huruf di dada lebih baik dari  10 huruf di buku.

Thursday, 14 August 2014

Yuk, berani bermimpi besar.


Assalamualaikum..

Alhamdulillah 3x..
Marilah kita bersyukur kepada Allah swt yang telah memberi kita nikmat yang terlalu banyak. Umar bin Abdul Aziz  menyebut nikmat  itu seperti haiwan buruan yang mudah terlepas ,perlu diikat dengan banyak bersyukur kepada Allah.

Cara bersyukur & berterima kasih?

Taat kepada perintah dan larangannya dalam seluruh kehidupan kita &selalu zikrullah.
Sekarang saya in progress untuk habis bace buku Zero to Hero tulisan Solikhin Abu. Buku ni highly recommended untuk kawan2 yang nak mencari tip2 menjadi orang yang hebat/luar biasa di mata Allah.Ade  juga tip2 bagaimana ulama belajar..Buku ni best, bacalah..

Sahabat2 semua,

Saya ade mendengar ceramah ,kalau kita nak kenal seseorang ,kita boleh tengok pada bahan2 bacaan yang dibace & cerita2 yang ditonton & akhlaknya.Jom kita betulkan pemikiran kita dengan pilih bahan bacaan bermanfaat.

Sedikit sharing dari pembacaan saya,
Penulis mengajak kita untuk berani bermimpi /bercita2 besar .Katanya,ramai orang yang x berani untk bermimpi  apatah lagi untuk melakukannya .Biasa kita dengar orang bercita2 untuk berjaya di dunia ,tapi dalam buku ini disertakan senarai cita2 akhirat yang patut setiap orang ada.

1.       Proses meninggal tanpa sakaratul maut yang membebani diri sendiri dan orang lain
2.       Tidak meninggal dunia pada pada saat kejadian hari kiamat yang dahsyat
3.       Meninggal dunia  saat berjihad dijalan Allah di medan pertempuran seperti cita2 Khalid Al-walid
4.       Meninggal saat melakukan amal soleh
5.       Meninggal tanpa meninggalkan hutang-hutang yang akan memberatkan timbangannya
6.       Mendapat rahmat Allah di alam kubur seperti orang yang gemar menghafal Al-Quran dan orang yang memakmurkan masjid
7.       Mendapat syafaat di padang mahsyar(Recall 7 golongan yang dinaungi Allah pada hari tiada naungan selain naungan Allah)
8.       Dimudahkan saat pengadilan akhir
9.       Dimudahkan saat melintasi titian shirathal mustaqim
10.   Ada keringan siksa neraka
11.   Tidak terlalu lama berada di neraka
12.   Mendapat keampunan yang banyak atasberbagai kesalahan dan dosa
13.   Dapat berkumpul d bersama keluarga di syurga
14.   Bertemu lebih dekat dengan orang yang soleh
15.   Bertemu dengan Rasulullah saw
16.   Melihat wajah Allah,maha suci Allah.
17.   Dapat masuk syurga

Tak salah bermimpi.Panjatkan doa untuk dapat semua di atas.Masakan  kita dapat sesuatu yang kita tak minta dan usaha.Usaha untuk minimum jadi orang beriman .Semoga kita menjadi lebih baik setiap hari.Yuk, kita bermimpi.


 Rujukan:
Zero to Hero,ditulis Solikhin Abu Izzudin 

Saturday, 5 October 2013

3 Misunderstanding about islam



This post is specifically written to non muslim and generally to my brothers n sisters in islam…

Assalamualaikum wbt..

Most of us know that islam has been misunderstood by many people even muslim itself. Thus , here I just want to share something about issues that were misunderstood by most non muslim out there. Hopefully this can make your mind clearer and better with correct perception about islam.

1.       Why men can marry more than one?

·         Al-Quran allows men to marry in limited range of wives which are 4
(An-Nisa`4:3)
-This type of marriage is not a must in Islam but it is something that is allowed in Islam.
·         Women population in the world is bigger than men
-In America women >men 7.8 billion
-In In Germany women>men 5 bilion
-In Russian women>men 9 bilion.
-Only God knows how many women exceed men in world
·         The average life expectancy for women  is longer than men
·         Assuming if our sibling is one of the American women that failed to get husband. She only has 2 choices: first, to marry with husband of other second, to be public item(do prostitution)
Of course the first choice is better and dignified choice.

2.       Why women are not allowed to married more than one, like men?

·         If man has >1 wife, the mother of the child can be identified easily. However, when a woman married to >1 husband , the father of  child from the marriage hardly can be identified unless specific scientific identification is done..
·         Biologically, a man still can do his task as a husband even though he has many wives. Unlike man, woman cannot do her job as a wife perfectly when married to >1 husband. Woman faces many psychological changes and has change menstrual cycle
·         Men has higher tendency for polygamy than women
·         Women with > 1 husband has higher tendency to get venereal disease than men

3.       Why muslim are not allowed to eat pork?

·         In islam, muslim was prohibited to eat pork:
As in Quran said:
(Al-Maidah 5:3)
·         Pork also is prohibited in Bible. It is proven in (Leviticus 11:7-8) and (Deuteronomy 14:8)
·         Eating pork can cause many disease
-It can cause not <60 diseases.People can get many types of helminthes like tape worm, pinworm and so forth. Although pork has been cooked in correct timing, the helminthes still cannot be killed. Hence, eating them can lead to many diseases.
·         Pig is a most dirty and disgusting animal.
-pig lives and breeds in a dirty environment. In many village in India, pig always eats feces.
-Although, some argues that some pigs are placed in a clean environment, but still the animals is dirty. They eat other`s feces and their own feces.




I have referred the information above from book that I read: Most common questions about islam written by Dr Zakir Abdul Karim Naik. If any of you have more questions about islam, I always feel free to find the answer for you... Post Q&A about ISLAM will be continued soon...




Saturday, 21 September 2013

24 JAM SUNNAH NABI SAW

Assalamualaikum wbt..

Alhamdullilah.. 
mari kita bersukur pada Allah dengan sebenarnya atas nikmat yang tak terhingga yang diberikan Allah pada kita.Kalau kita nak tulis segala nikmat yang Allah bagi ,nescaya 7 lautan dakwat pun tak mencukupi nak tulis semuanya…

Baru2 ni saya ada bace beberapa buku tentang tentang sunnah nabi.So perkongsian sy hari ini adalah tentang sirah contoh teragung kita nabi Muhamad saw.. Kali ni sy nak focus tentang 24 JAM sunnah nabi Muhamad SAW..Sesungguhnya kalau kita fikir sebentarkan..rasanya berapa banyak sunnah nabi yang kita tahu berbanding info tentang semua artis kat Malaysia n oversea..Ade sesetengah dari kita yang rasa bangga bila up to date dengan dunia artis /hiburan dimedia..Tapi tak ramai yang rasa izzah (bangga) dengan sunnah nabi

Sabda Rasulullah:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku pada ketika umatku di dalam kerosakan,maka baginya pahala mati syahid”

Selain itu, bila kita amalkan sunnah nabi ,itu adalah tanda kita cinta pada Allah

Allah berfirman:
Katakanlah (Muhamammad ) , “Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa2mu”.Allah maha pengampun ,maha penyayang”
(Ali Imran:31)

So let me tell you some of sunnah nabi yang kita boleh same2 amalkan ..Bukan saje2,tapi kita akan dapat pahala bila ikut sunnah nabi..

1. Bangun tidur

-Baca doa bangun tidur



Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

2. Masuk tandas

-membaca doa masuk tandas
-Melangkah menggunakan kaki kiri


Maksudnya:

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".



3. Keluar tandas

-melangkah keluar menggunakan kaki kanan
-membaca doa keluar tandas

Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkanku



4. Mengambil wuduk:

-berniat semoga wuduk dapat menghapuskan dosa2 kita
-membasuh tangan ,berkumur dan membasuh hidung(disunatkan membasuh hidung dengan berlebihan:menyedut hingga ke pangkal hidung n hembuskan semula)
-Membaca doa setelah selesai berwuduk




Maksudnya:

"Aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya

5. Ketika tengok cermin:

-berdoa:

  اللَّـهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي 
Maksudnya:
Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku.



6. Ketika memakai pakaian :

-memulakan dengan memakai sebelah kanan dahulu
-berdoa:

الحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذي كَسَانِي هَذَا الثَّوْبَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ

Maksudnya:                  
Segala pujian bagi Allah yang telah memakaikan aku pakaian ini dan memberi rezeki padaku tanpa daya dan kekuatan daripadaku.

7. Ketika memakai stoking:

-Rasullah mengebas2 dahulu stoking (kerana dikhuatiri ada sesuatu yg membahayakan tersembunyi dalam stoking)*

8. Ketika keluar rumah

-membaca doa




Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah"


9. Ketika bertemu orang :

-Mendahului untuk memberi salam
-Senyum
-Bersalam

-ketahui lah Assalamualaikumwarahmatullah lebih baik dari  dari Assalamualaikum sahaja,dan Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatullah lebih baik dari Asslamualaikum  warahmatullah (ade sirah Rasulullah tentang hal ini,boleh cari sendiri  ye..)

10. Ketika membuat pekerjaan:

-Memulakan dengan membaca bismillah
(pekerjaan yang penting jika tidak dimulai dengan bismillah akan menjadi kurang berkat)
-cikgu nak start ajar bace doa,doktor gigi nak start cabut gigi bace bismillah,doktor nak rawat patient bace bismillah..

11. Ketika di masjid:

-membaca doa masuk dan keluar masjid:




-solat sunat tahiyatul masjid
-berniat untuk beriktikaf


12. Ketika masuk rumah

-memberi salam

13. Ketika hendak tidur

-membaca surah 3 QUL(An-nas,Al-Falaq,Al-…),hembus nafas dari mulut ke tangan dan sapu ke seluruh badan(setakat yang sampai)
-mengucap dua kalimah shahadah
-mengiring ke kanan dan meletakkan tangan dibawah pipi

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Maksudnya: Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati


14. Solat solat sunat seharian:

-Qiamullail
@disunatkan berbaring sebentar sementara menunggu azan subuh
-sunat fajar (sebelum subuh)-ganjaran amalkannya lebih baik dari dunia dan isinya
-sunat dhuha
-sunat sebelum dan selepas zohor
-sunat sebelum asar
-sunat sebelum dan selepas maghrib
-sunat sebelum dan selepas isyak

15. Zikir

-zikir mathurat

Itulah serba sedikit yang saya boleh kongsikan dengan sahabat2 sekalian.Marilah kita mengamalkan sunnah nabi tersebut kerana apa yang nabi buat kebanyakkan mempunyai sebab tersendiri dan nabi sendiri seorang yang ma`sum..memang patutlah kita contohi orang yg tak pernah ada dosa kan..?

Sebenarnya banyak lagi sunnah nabi yang boleh kita amalkan…moga dengan mengamalkan sunnah tersebut kita layak untuk mendapat syafaat nabi di akhirat kelak..
Jom kita start amalkan sekarang juga…
Wallahu a`lam..

Rujukan:
-Syamail Muhamadiah
-24 jam sunnah nabi




Friday, 22 March 2013

Kita yakin, InsyaAllah kita berjaya..


Alhamdulillah 3x..

Marilah kita bersyukur di atas segala pemberian Allah..

Bersyukur bukan sahaja dengan nikmat yg diberi ,tapi juga dengan ujian yg menimpa kita.Ingatlah ,Allah lah yg mengatur kehidupan kita,malah dia yang tahu ape yg terbaik untuk kita dan lebih kenal diri kita diri kerana Dia adalah PENCIPTA kita.Mulai saat ni,marilah kita berhenti mengeluh dan banyakkan syukur pada ALLAH swt.
Hari ni,saya nak berkongsi hasil pembacaan dari buku yg sangat bagus tajuknya,”The Magic Of Thinking Big” tulisan David J Schawartz. Biarpun ia ditulis oleh orang barat,tapi idea yg disampaikan boleh menjadi motivasi yg kuat kepada kita sebagai seorang mukmin.sy tak habis lg bace buku ni,tapi sy terbace satu perkara yg buat sy rase termotivasi..

 3 Tip Untuk  Tingkatkan Keyakinan Diri


1) Fikirkan kejayaan

-jangan sekali2 fikirkan kegagalan .Tukarkan fikiran negatif kita kepada positif..
Contohnya:
DON`T
DO
Saya gagal
Saya berjaya
Dia lebih hebat dari saya
Saya setaraf dengan yg terbaik
Saya tak mampu
Saya mampu lakukannya



-bila kita selalu fikir positif,kita akan usaha kearah benda yg positif.Contoh,bila kita kate kita nak berjaya dalam exam,kita akan usaha lebih untuk capai matlamat tu iaitu nk berjaya.

2) Sentiasa ingat bahawa diri kita lebih hebat dari ape yang kita sangka.

Sesunggahnya Allah swt ciptakan kita dengan penuh kehebatan.Mestilah kita ni hebat.Betul x?Cuma kita kadang2 tak nampak atau tak sedar potensi yang Allah bagi tu..

Memang kita manusia yang ada kelemahan.Tapi  mustahil la Allah ciptakan kita tanpa satu pun kelebihan kerana Allah maha adil..

Kita kene cuba buat yang TERBAIK ikut kemampuan kita,selebihnya terserah kepada Allah.Sesungguhnya Allah tak tengok natijah ,tapi Allah tengok usaha kita..Kita juge tak boleh bergantung sepenuhnya pada usaha kita ,tapi kita perlu ingat Allah lah yang mengizinkan  sesuatu tu jadi..

3)Fikirkan yang besar.

Firstly, kita kene ada matlamat dalam kehidupan kita ni.Matlamat jangka panjang/jangka pendek.Secondly,pastikan kita ada matlamat yang besar.

Contohnya:

+ Saya kene habiskan 10 juzuk alquran sem ni.
+ Saya akan buke klinik sy  sendiri lepas habis kerja contract ngan kerajaan nanti
+ Sy akan buka syarikat konsultansi saya sendiri nanti

-Matlamat tu should be specific and be written.Jadi, matlamat tu akan nampak betul2 serious dan bukan hanya ANGAN2.Teringat perkongsian seseorang tentang matlamat yang besar.Katanya: matlamat tu tak begitu besar KECUALI bila kita cerita kat orang lain matlamat kita tu…Orang akan kate kita GILA..(sebab nampak x realistic)

-matlamat yang besar akan buat jiwa kita jadi besar.maksudnya kita akan lebih bersungguh2,tak takut cabaran, tak kisah cemuhan org yang tak menyokong dan tak lupa utk bergantung /bertawakal pada Allah.

-Kalau kita sentiasa ingat ,Allah akan bagi pahala setiap kali kita terdetik nak buat baik…,InshaAllah kita akan lebih kuat dan tak putus asa bila gagal.Kalaupun kita ditakdirkan gagal..pahala yang besar tetap tersedia utk kita..

Marilah same2 kita bangunkan diri untuk bangunkan ISLAM.Ummat Islam SENTIASA BOLEH..!!