Assalamualaikum
wbt
Marilah kita
bersyukur kepada Allah kerana disaat ini jantung kita masih lagi berdenyut dan kita
masih boleh menghirup udara kurniaan Allah.Cuba kita sentuh dada tempat terletaknya
jantung kita..Pernahkah kita terfikir suatu saat nanti jantung kita akan
berhenti berdegup dan kita akan dipanggil pulang oleh Allah. Oleh itu marilah
kita berusaha untuk penuhkan masa kita mengumpul bekalan untuk dibawa pulang
dalam hidup yang singkat ini. Sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di
dunia.Jadi sebenarnya kehidupan kita didunia ini tak sampai sehari pun hidup
kita diakhirat sebab kita mustahil akan hidup selama 1000 tahun.
Hari ini saya nak
berkongsi ilmu yang saya dapat dari buku Tarbiyah
Sentap ditulis oleh Ustaz Adnin
Roslan. Buku yang sangat bagus dibaca
kerana isu yang dibincangkan sangat dekat dengan realiti anak muda sekarang,
kerana saya sendiri dapat lihat perkara2 tersebut memang membelenggu anak muda.
Antara isu yang disentuh adalah berkaitan dengan ikhtilat, hiburan , taubat dan
Jemaah.
Buku rujukan |
Realiti:
Pemuda dan pemudi bergurau senda di alam maya dan realiti, puji memuji
,bertepuk tampar ,menggunakan alasan berdakwah untuk bercouple
Ikhtilat bermaksud percampuran lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim.
Hukum asal ialah haram.
Tetapi hanya menjadi harus
jika darurat (contoh :selamatkan orang ) dan ada hajat(contoh:jual beli,belajar).
Tapi dalam keadaan harus pun ada syarat2nya contohnya menundukkan
pandangan, tidak bercakap dengan suara yang lunak,tutup aurat,serius,menjaga
jarak dan tidak memakai wangi-wangian
(perempuan).
Dikongsikan juga 7 jalan zina: bermula
dengan pandang2, senyum2, memberi salam/sapa, membuat temu janji, berjumpa ,zina
,masuk neraka.
Jom sahabat2 semua, kalau tiada urusan, tak payah lah sembang dengan berlainan jantina bukan muhrim.Allah
mengharamkan kita mendekati zina bukan sahaja berzina.Kalau kita buat: kita
berdosa..
Hiburan
Realiti:Pemuda
pemudi samada yang ikut atau tak ikut usrah semuanya tak terkecuali berhibur dengan
hiburan tidak islamik.Tengok cerita cinta melayu yang bersentuhan dan romatik2
tanpa rasa bersalah.Tengok cerita korea dan English: perempuan tak pakai tudung
dan lelaki nampak pusat tanpa rasa malu,kissing part.kemudian cakap biasalah
dan relaks lah, orang bukan islam…
Sebagai orang islam, kita perlu
berhukum dengan hukum islam termasuklah dalam part berhibur. Berhibur boleh
jatuh kepada 4 hukum.
1.
Wajib:
Mendirikan solat fardu , menjadi hiburan
pada orang islam.Sebab nabi saw sendiri menganggap solat itu satu kerehatan
2.
Sunat:
Melakukan amalan sunat :membaca Alquran juga memberi kerehatan pada orang islam
3.
Harus:
Video atau cerita yang menutup aurat,tidak melanggar batas syariat dan tidak
timbulkan syahwat
4.
Haram:
Cerita yang ada unsur seks seperti mendedahkan aurat, minum arak dan ikhtilat. Perlu
dijauhkan sebab kalau kita tengok bermakna kita
bersetuju dan menyokong cerita itu dengan menontonnya
Jom anak2 muda,sibukkan diri dengan
hiburan berfaedah.Mati itu tidak kira muda atau tua..
Taubat
Realiti:Ada
segelintir pemuda/I yang terjebak dengan ikhtilat, pernah berzina,pernah tengok
video lucah, sengaja buat masalah dengan terlihat dengan dadah/rokok/ponteng
Mari kita bertaubat selalu.Jangan
pernah jemu.Bertaubatlah walau berapa kali pun kita jatuh.Allah maha pengampun
dan pemaaf.Dan berubahlah sekarang juga kearah kebaikan.
Beberapa tip dikongsi untuk elakkan
kita buat ulangi maksiat:
-Bertaubat sungguh2:menyesal dan
berazam2 sungguh2 untuk tidak ulangi dosa tersebut
-Membuang semua punca maksiat simpanan
kita:remove cerita tak soleh, unfriend berlainan jantina/crush
-jangan duduk berseorangan dan
sentiasa duduk berdekatan dengan orang baik
-sibukkan diri dengan perkara
berfaedah:join program kesukarewanan,usrah,gotong royong rumah,baca buku
bermanfaat,belajar
-mendenda diri:contoh,kalau tengok
video tak soleh,kena sedekah RM50.Kalau mengumpat seseorang ,kene minta maaf
dan belanja orang itu. kalau ikhtilat, kene puasa 3 hari ,kalau tertinggal
solat kene baca 1 juzuk Al-Quran.
Cara ini bagus,sebab kita boleh buat syaitan fikir
berkali2 untuk goda kita buat maksiatJ
Jemaah
Realiti:
Ada orang tertanya2 macamana nak tahu Jemaah/kumpulan islam yang kita ikut tu
betul?
Ada dikongsikan dalam buku ini, kita
perlu mendalami sirah2 Rasulullah saw dan para sahabat dalam bersahabat dulu
barulah kita dapat menilai Jemaah mana yang betul. Kalau sirah2 tersebut pun kita tak tahu, payahlah kita nak
identify yang betul. Jemaah yang dipilih
mestilah patuh syariat dan mengajak kepada islam ,bukan pada Jemaah.
Setakat ini dulu perkongsian
saya.Untuk lebih faham isu di atas boleh baca sendiri buku Tarbiyah Sentap.
Sesungguhnya memahami islam dengan
sebetul2 nya adalah untuk kebaikan diri sendiri sebenarnya.
Jom selamatkan diri ,saudara mara dan sahabat kita dari api neraka.
Wallahu`alam