Friday, 2 October 2015

Belajar dari buku: KESAYANGAN & POTATO SPRING





Alhamdulillah, saya dah habis baca buku Kesayangan dan Potato Spring tulisan pasangan bahagia , Kak Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. Dua buku tu adalah cerpen dan novel berunsur motivasi dan islamik.Jadi saya nak share apa yang saya dapat dari pembacaan saya.They are not just typical  malay novels, but they rather  inspiring yet motivating books.Saya suka baca…

Pertama ,buku bertajuk Kesayangan.Mula2 dengar tajuk, ingatkan  buku berkisar tentang cinta..tapi tidak sebenarnya.Kesayangan ni buku berkisar tentang UJIAN.Diceritakan banyak kisah dalam bentuk cerpen dan  sirah2 nabi serta para sahabat  tentang ujian dan hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian. Macamana ujian dapat bertukar menjadi kesayangan seseorang bila ujian sebenarnya boleh mendatangkan banyak kebaikan untuk kita , tapi kadang2 kita tak sedar.Haa ,itulah sebab nama buku  ni KESAYANGAN.Best. Sesuai untuk  semua golongan yang nak belajar  bagaimana menarik hikmah dari UJIAN.

Buku Potato spring pula sangat sesuai untuk remaja dan anak muda yang nak memperbaiki diri, mencari ilmu dan khusus untuk mereka yang terusik dengan rasa cinta kepada lain jantina sewaktu belajar.

Novel ini menceritakan tentang seorang student IPT,bernama Ameen mendapatkan cinta yang halal sewaktu belajar. Beliau jatuh hati pada seseorang ,tapi bijak menggunakan cara yang betul untuk mendapatkan cintanya.

Ameen  betul2 mempersiapkan diri sebelum mengatur langkah memetik bunga.

Pengajaran dari kisah Ameen MEMBURU CITA DAN CINTA:-

·         Ameen tekun menuntut ilmu ,disiplin memperuntukkan masa 5 jam sehari untuk ulangkaji.
·         Beliau tidak suka membuang masa dengan perkara tidak berfaedah.
·         Ameen seorang yang seimbang, beliau tetap  bersukan walaupun sibuk dengan pelajaran.
·         Ameen merujuk masalahnya pada orang yang betul dan menyampaikan hajat.Beliau seorang pemberani.
·         Ameen aktif  berdikari mencari income sewaktu belajar tanpa mengganggu pelajaran.Beliau seorang proaktif.

- Empat Petua Ajaib yang dikongsi untuk seorang peniaga yang berjaya  yang dikongsi oleh murabbi Ameen: solat dhuha, bangun malam bermunajat, menjauhi yang haram dan bersedekah.
·         Ameen proaktif di waktu pagi sebabnya:
-Rasullah berdoa pada Allah agar memberkati ummatnya pada waktu pagi
-kita kene berlumba dengan ayam untuk meraih kebaikan di waktu pagi
-Orang yahudi tidak takut pda ummat islam kecuali jika berlaku satu keadaaan: bilangan ummat islam yang solat jemaah waktu subuh dimasjid sama dengan bilangan ummat islam yang solat jumaat.

·         Nasihat Ameen : Kita kene cari sebab untuk kuat.Jangan cari sebab untuk lemah..Barulah kita bersemangat.Ingat Allah itu sangat dekat dengan kita.Bila kita bangkit dari kegagalan dan perbaiki diri , itulah adalah tanda2 kemenangan sebenarnya.

I`m really grateful to Allah Almighty for giving me such desire to read book to gain knowledge.Tapi ilmu sebenarnya bukanlah yang diketahui atau dihafal saja, tapi ilmu itu adalah bila ia bermanfaat dan diguna oleh sesorang.


Mari membaca semua..)


Ummat islam perlukan orang yang bijaksana dan berilmu.Dengan ilmu lah kita dapat bantu ummat islam yang tertindas.Semoga setiap hari kita menjadi lebih baik, untuk diri,orang lain dan islam.

Semoga bermanfaat perkongsian kali ini untuk semua.
Till we meet again.