Assalamualaikum wbt.
Saturday, 23 May 2015
Saturday, 16 May 2015
Petua menjemput Rezeki
Assalamualaikum wbt..
Mari kita bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberi
kita peluang untuk bernafas, menghirup udara dalam keadan menjadi seorang
islam.Mari kita bersyukur lagi kerana hari ini kita tak dihina sebagai
penyembah berhala..
Selawat dan salam keatas Rasullullah saw, rasul dakwah dan tarbiyah dan para sahabat
kerana dengan perjuangan mereka islam sampai kepada kita hari ini.Ada sahabat
saya share, kadang2 kita kurang menghargai islam sebab kita tak rasa bahawa
islam sampai kepada kita hari ini dalam keadaan susah. mari kita ingat kembali
kisah Bilal bin Rabah ditindih batu, kisah keluarga Ammar diseksa dan lain2 sahabat.MasyaAllah, kita
nak amalkan islam dan kehidupan tak pernah diseksa sedemikian ,most of the time
kita berjuang dengan nafsu kita sahaja..
Kali ini saya nak share sedikit ilmu yang sy dapat dari buku
yg sy baca “Menjemput Rezeki” yang ditulis oleh Ustaz
Fathuri Salehudin. Dalam buku tersebut, diterangkan bahawa rezeki adalah
sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada kita samada halal atau haram.Kita
sudah tentu nak dapat rezeki yang halal.Sebenarnya semua yang kita ada bukan
milik kita, milik kita adalah yang kita makan & guna dan yang kita
sedekahkan pada orang.Rezeki pula bukan terbatas pada wang , harta dan pangkat sahaja.Makna
rezeki itu luas sangat..Rezeki tu termasuklah udara, air, kesihatan, ketenangan,anak2
dan sebagainya.Kata penulis, beliau guna perkataan menjemput rezeki sebab
menjemput tu maksudnya kita tahu dah dari mana /siapa yang memberi rezeki, cuma
perlu jemput/panggil sahaja rezeki tu dengan mendekatkan diri dengan pemberi
rezeki.Tapi kalau mencari rezeki seolah2 kita tak tahu dari mana rezeki tu
datang.Tapi itu cumalah bahasa sahaja , yang penting macamana amalan kita..?
Ustaz Fathuri ada terangkan beberapa formula untuk menjemput
rezeki dan kalau baca buku yang beliau tulis, nampak sangat praktikal dalam
kehidupan sebab sangat memberi kesan dalam hidup beliau.InsyaAllah kita boleh
amalkan untuk sama2 meluaskan rezeki kita.
1.
Mengutamakan solat
Ø
Bagaimana: solat diawal
waktu, khusyuk dalam solat, mengutamakan Allah dari perkara lain bila azan
berkumandang,bagi lelaki digalakkan solat dimasjid,bagi perempuan solat Jemaah
dirumah lebih baik.
Ø
Penulis ada cerita kisah
bagaimana bila beliau utamakankan solat, hidupnya berubah menjadi lebih baik.
Sangat praktikal dalam kehidupan. Jom utamakan solat untuk berjaya dunia dan
akhirat.
2.
Solat Tahajud
Ø
Rasulullah saw bersabda:
Allah swt turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga
malam pertama.Maka dia berkata : “Aku adalah Sang Raja, aku adalah Sang Raja,siapa
saja yang memohon kepadaKu maka Aku akan mengkabulkannya.sesiapa sahaja yang
meminta kepadaKu akan Aku
memberinya,sesiapa sahaja yang memohon keampunan kepadaKu maka akan Aku
mengampuninya.Dia tetap seperti itu hingga muncul cahaya fajar.”
3.
Solat Dhuha
Ø
Punca rezeki bukanlah pada
ikhtiar semata2
Ø
Punca rezeki adalah dengan
mendapat redha Allah,antaranya adalah dengan mendahulukan Allah setiap masa
Ø
Jemput rezeki dengan solat
dhuha kerana padanya terdapat beberapa manfaat antaranya ialah:
ü
Allah akan mengasihinya
ü
Para malaikat akan
menjaganya
ü
Melintasi titisan sirat
sepantas kilat
ü
Terselamat dari azab neraka
ü
Wajahnya terzahir nur orang
soleh
ü
Hatinya lembut
(Diceritakan oleh Ibnu Hajar r.hm.daripada Saidina Usman bin
Affan)
4.
Doa
Ø
Digalakkan berdoa pada
waktu yang mustajab antaranya ialah:
-masa diantara dua khutbah jumaat
-waktu hujan turun
-waktu berbuka puasa
-selepas
solat, dan lain2
-Perkongsian oleh Mufti Menk , True
story: kisah seorang pakar neurologist Pakistan yang sangat sibuk,kalau nak
jumpa dengannya makan masa berbulan2.Suatu hari dia nak ke suatu tempat dengan
menaiki flight.Dalam flight ,tiba2 ribut petir yg kuat berlaku,jadi kapal
terbang terpaksa berhenti ,lalu beliau naik kereta dan menuju ke tempat tu,tapi
ribut petir kuat sangat lalu beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan
ketuk rumah yg berhampiran untuk solat.Rupa2nya yang tinggal dirumah itu
seorang nenek tua dengan cucunya yang sakit.Selesai sembahyang sebelum
pulang,doktor tersebut tanya cucunya sakit apa.Nenek itu menjawab sakit anaknya
teruk dan dah jumpa ramai doktor tapi tak mampu nak rawat, Cuma ada seorang
doktor specialist yang dikatakan boleh rawat cucunya tapi dr tersebut sangat
sibuk. Dia selalu berdoa kepada Allah supaya dapat jumpa dengan doktor untuk
rawat cucunya.
-Doktor
tersebut bertanya siapa nama specialist tersebut,nenek itu pun menyebut nama Dr
tersebut Dr Isham.Lalu doktor tersebut menangis ,dan menjawab sesungguhnya doa
kamu dah dimakbulkan ,saya lah dr tersebut.Nenek itu pun turut menangis.
Kesimpulannya, never underestimate
the power of doa .Kalau Allah menghendaki sesuatu Allah akan memperkenankan doa
seseorang dengan caranya tersendiri bila dia menghendaki.
5.
Berzikir
Ø
Hadis nabi ada menyebut
tentang 2 amalan ini
-Ucap subhanallah,Alhamdulillah, Allahuakbar 10X selepas solat
-Ucap subhanallah,Alhamdulillah, Allahuakbar 33X sebelum tidur
Ø
Saya pernah terbaca ,Kalau
nak tahu kedudukan kita disisi Allah ,tengoklah kedudukan Allah dihati
kita.Kalau kita sentiasa ingat Allah ,tentu kedudukkan kita akan lebih mulia
disisiNya,jadi kita akan lebih mudah menjemput rezeki dari Yang Maha
Memberi
Rezeki.
6.
Mendoakan orang lain
Ø
Bila kita mendoakan orang
lain,malaikat pun akan mendoakan perkara yang sama untuk kita .Jadi kita perlu
banyakkan doa untuk orang lain
7.
Sedekah
Ø
Formula sedekah :1-1=10
Ø
Sesungguhnya bila kita bagi
sedekah Allah akan tambah rezeki kita berlipat ganda.
Ø
Hadis Qudsi Riwayat
Bukhari:
‘Berinfaklah wahai anak adam, nescaya aku akan memberi
infak kepadamu”
8. Membaca Al-Quran
Ø
Membaca alquran umpama kita
bersedekah .Ini ada disebut dalam hadis riwayat Tirmizi,Abu Dawud,Nasa`I dan Hakim.
Ø
Ustaz Fathuri ada
menceritakan kisah beliau beramal dengan surah Al-Fatihah dan berjaya
menyembuhkan beberapa penyakit .Bukankah kesihatan juaga adalah satu rezeki? Jadi
tak silap lagi membaca Alquran boleh mengundang rezeki
Ø
`Ata bin Abi Rabah
berkata:telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah saw bersabda: “sesiapa yang
membaca surah Yasin pada permulaan harinya maka segala hajatnya akan dipenuhkan” ( Riwayat Darimi)
Ø
Setiap surah ada khasiat
dan keajaibannya tersendiri,boleh pilih mana2 surah yang kita suka dan amalkan
dengan penuh yakin.
9.
Asma Al-Husna
Ø
Selalulah kita sebut dan
berdoa dengan nama2 Allah (99 nama Allah)
Ø
Contohnya:
-Ya Razak (supaya usaha berjalan lancar dan dimurah rezeki)
-Ya Rahman (100X untuk kuatkan ingatan dan cerdaskan fikiran)
-Ya Basit ,dll
Ø
Allah suka kita berdoa
dengan namaNya yang mulia
10.
Bersyukur
Ø
Selalulah berdoa selepas
solat doa yang Rasulullah ajar kepada Muaz bin Jabal:
Ø
Ingatlah firman Allah surah
Ibrahim 14:7,bila kita bersyukur Allah akan tambah nikmat,dan jika kufur azab Allah maha pedih.
Ø
Besykurlah dengan menjadi
hambanya yang taa perintah dan jauhi laranganNya.
11.
Tekun berusaha
Ø
kita perlu bersungguh2 dalam usaha kita
Ø
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra`d
13:11 menyebut bahawa Allah tidak akan
ubah sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah dirinya sendiri.
Okaylah
harapan saya agar pembaca yang singgah di ruangan ini dapat mengambil manfaat
dari perkongsian ini.Semoga kita semua menjadi lebih baik setiap hari dan sentiasa
dirahmati Allah.Ini cuma ringkasan
sedikit dari buku tersebut, kalau sahabat2 semua baca bukunya lg bagus…
Allah
knows best. Till we meet again. Insha Allahutaala…
Subscribe to:
Posts (Atom)