Salam sejahtera
semua. Assalamualaikum wbt..
Ape khabar sahabat2
semua? Semoga sahabat semua di kurniakan ketenangan hati dan kebahagiaan walau dimanapun kalian
berada..Selawat dan salam keatas junjungan nabi saw..Tanpa pengorbanan baginda
dahulu,mustahil kita dapat menghirup nikmat iman dan islam hari ini.
Perkongsian hari ini
saya petik daripada buku Ikon Syabab tulisan Ustaz Umar Muhammad Noor.
Buku ini sangat bagus
untuk para pelajar /pemuda yang sedang menuntut ilmu.Banyak kisah2 ulama` dan
sahabat2 nabi yang dikongsi berkisar
tentang bagaimana pemuda pada zaman dahulu.Sangat jauh berbeza sikap mereka dengan sikap generasi sekarang
dalan menuntut ilmu.
Sedikit yang saya nak
share dari buku ini:
Tip2 untuk hafalan oleh
para Ulama`
1.
Menjauhi maksiat.
-Hafalan
yang kuat bermula dari minda yang jernih dan hati yang bersih
-Seseorang
pernah bertanya Imam Malik: Amalan apakah yang menguatkan hafalan? Beliau
menjawab :Jika ada amalan yang dapat menguatkan hafalan,maka amalan itu adalah
meninggalkan maksiat.
-Imam
Syafie juga pernah mengadu pada gurunya Imam Malik tentang buruknya hafalannya. Gurunya menjawab: Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak mungkin akan diberikan kepada ahli
maksiat.”
2.
Sedikit makan dan sedikit
tidur
Imam
Syafie berkata: “Sesiapa yang banyak makan, ia akan banyak minum,lalu banyak
tidur,lalu banyak menyesal kerana telah melewatkan banyak keuntungan "
3.
Mencintai pelajaran dan
baca berulang-ulang
-Abu
Ishak as-Syirazi: Aku selalu membaca pelajaranku 1000 kali agar
benar-benar menghafalnya.
-Imam
Bukhari pernah berkongsi tip hafalannya: “Aku tidak mengetahui sesuatu yang
bermanfaat untuk hafalan selain kecintaan kepada pelajaran dan selalu
memandangnya.
4.
Cara masa yang tepat untuk
menghafal
-Malam
hari dan sebelum subuh adalah waktu yang
sesuai untuk menghafal.
Berkata
Ismail bin Abi Uwais :Jika engkau ingin menghafal sesuatu,bangunlah sebelum
subuh.Bukalah lampu,lalu bacalah.InsyaAllah engkau tidak akan lupa selepas itu.
5.
Praktikkan ilmu dan
muzakarah bersama rakan
-Ilmu
akan melekat jika diamalkan dan dipraktikkan.Setiap kali mendapat kosakata
baru, gunakan ia dalam perbincangan.
-Ibrahim
An-Nakh`i berkata: “Sesiapa yang ingin
menghafal hadis, maka sampaikanlah hadis itu. Walaupun ia
mesti menyampaikannya kepada orang yang enggan mendengarnya.”
Itulah
adalah sedikit ilmu bagaimana nak menguatkan hafalan. Ada satu kisah mengenai Imam Ghazali. Ketika beliau dalam
satu perjalanan musafir,beliau dirompak.Perompak itu mengambil semua barang
Imam Ghazali termasuklah nota-nota yang beliau tulis setiap kali berjumpa
dengan gurunya.Imam Ghazali meminta kepada perompak tersebut agar mengembalikan nota tersebut kerana nota
tersebut sangat berharga baginya dan tidak berguna kepada perompak itu.
Perompak
itu tertawa dan berkata: “Bagaimana engkau boleh mendakwa menguasai ilmu.Jika
aku mengambil nota2 mu engkau akan menjadi orang yang jahil.” Lalu dia menyuruh
anak buahnya mengembalikan nota tersebut kepada Imam Ghazali
Setelah perompak itu pergi, Imam Ghazali termenung
dan berfikir: “Ucapannya benar. Allah menegurku melalui orang ini untuk menunjukkan
jalanku.”
Setelah
itu beliau segera menghafal semua catatan ilmiahnya.Setelah 3 tahun ia berjaya
menguasai ilmu tersebut.Jika perompak itu merompak lagi nota2nya,ilmunya tidak
akan hilang bersama buku2 itu..
Kisah
ini sangat terkesan kepada saya kerana
kita selalu lupa apa yang dipelajari. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk
semua..
Kata Ulama`:
Ilmu
itu dihati bukan di buku.Selama ilmu itu belum tersimpan di hati,seseorang belum
dikira berilmu.Sebab ilmu itu boleh hilang dan dicuri bila-bila masa.
Pepatah
Arab:
Satu
huruf di dada lebih baik dari 10 huruf
di buku.