Alhamdulillah 3x..
Marilah kita bersyukur di atas segala
pemberian Allah..
Bersyukur bukan sahaja dengan nikmat yg diberi ,tapi juga
dengan ujian yg menimpa kita.Ingatlah ,Allah lah yg mengatur kehidupan
kita,malah dia yang tahu ape yg terbaik untuk kita dan lebih kenal diri kita
diri kerana Dia adalah PENCIPTA kita.Mulai saat ni,marilah kita berhenti
mengeluh dan banyakkan syukur pada ALLAH swt.
Hari ni,saya nak berkongsi hasil pembacaan dari buku yg
sangat bagus tajuknya,”The Magic Of Thinking Big” tulisan David J Schawartz. Biarpun ia ditulis oleh orang
barat,tapi idea yg disampaikan boleh menjadi motivasi yg kuat kepada kita
sebagai seorang mukmin.sy tak habis lg bace buku ni,tapi sy terbace satu
perkara yg buat sy rase termotivasi..
3 Tip Untuk Tingkatkan Keyakinan Diri
1) Fikirkan kejayaan
-jangan sekali2 fikirkan kegagalan .Tukarkan fikiran negatif
kita kepada positif..
DON`T
|
DO
|
Saya gagal
|
Saya berjaya
|
Dia lebih hebat dari saya
|
Saya setaraf dengan yg terbaik
|
Saya tak mampu
|
Saya mampu lakukannya
|
-bila kita selalu fikir positif,kita akan usaha kearah benda
yg positif.Contoh,bila kita kate kita nak berjaya dalam exam,kita akan usaha lebih
untuk capai matlamat tu iaitu nk berjaya.
2) Sentiasa ingat bahawa diri kita lebih hebat dari ape yang kita sangka.
Sesunggahnya Allah swt ciptakan kita dengan penuh
kehebatan.Mestilah kita ni hebat.Betul x?Cuma kita kadang2 tak nampak atau tak
sedar potensi yang Allah bagi tu..
Memang kita manusia yang ada kelemahan.Tapi mustahil la Allah ciptakan kita tanpa satu pun kelebihan kerana Allah maha adil..
Memang kita manusia yang ada kelemahan.Tapi mustahil la Allah ciptakan kita tanpa satu pun kelebihan kerana Allah maha adil..
Kita kene cuba buat yang TERBAIK ikut kemampuan kita,selebihnya terserah kepada Allah.Sesungguhnya Allah tak tengok natijah ,tapi Allah tengok
usaha kita..Kita juge tak boleh bergantung sepenuhnya pada usaha kita ,tapi
kita perlu ingat Allah lah yang mengizinkan sesuatu tu jadi..
3)Fikirkan yang besar.
Firstly, kita kene ada matlamat dalam kehidupan kita
ni.Matlamat jangka panjang/jangka pendek.Secondly,pastikan kita ada matlamat
yang besar.
Contohnya:
+ Saya kene habiskan 10 juzuk alquran sem ni.
+ Saya akan buke klinik sy
sendiri lepas habis kerja contract ngan kerajaan nanti
-Matlamat tu should be specific and be written.Jadi,
matlamat tu akan nampak betul2 serious dan bukan hanya ANGAN2.Teringat
perkongsian seseorang tentang matlamat yang besar.Katanya: matlamat tu tak
begitu besar KECUALI bila kita cerita kat orang lain matlamat kita tu…Orang
akan kate kita GILA..(sebab nampak x realistic)
-matlamat yang besar akan buat jiwa kita jadi
besar.maksudnya kita akan lebih bersungguh2,tak takut cabaran, tak kisah
cemuhan org yang tak menyokong dan tak lupa utk bergantung /bertawakal pada
Allah.
-Kalau kita sentiasa ingat ,Allah akan bagi pahala setiap
kali kita terdetik nak buat baik…,InshaAllah kita akan lebih kuat dan tak putus
asa bila gagal.Kalaupun kita ditakdirkan gagal..pahala yang besar tetap
tersedia utk kita..
Marilah same2 kita bangunkan diri untuk bangunkan
ISLAM.Ummat Islam SENTIASA BOLEH..!!