“ Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan kedua org tua dan kemurkaan Allah bergantung pd kemurkaan kedua orang tua”
Berdasarkan hadis diatas, saya ingin berkongsi mengenai betapa pentingnya kita menjaga hubungan dgn ibubapa kita.Mungkin kita tidak sedar bahawa kite kurang menghormati dan kurg berbakti kpd mereka. Kadang -kadang kita lebih menghormati dan lebih mengutamakan perasaan kawan-kawan kite mahupun orang luar berbanding ibubapa sendiri.Mungkin kite berpendapat mereka orang yang paling rapat dgn kite,tapi kita masih perlu menjaga adab2 sebagaimane yg ditetapkan oleh Islam.
Kewajipan berbakti
وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
‘Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun dan berbuat baiklah kepada kedua org tuamu” (An-Nisa`:36)
Dua perintah yg terdapat dlm ayat tersebut :
1-Tidak menyekutukan Allah
2-Berbuat baik kpd ibubapa
Dosa kpd org tua berada pd kedudukan yg same dangan dosa mempersekutukan Allah.Bila Allah tak ampunkan dosa org musyrik kecuali org itu bertaubat sebelum mati,maka Allah tidak akan ampunkan dosa anak derhaka selagi org tuanya tidak memaafkannya..
Kenape perlu berbakti?
Islam agama yg cantik lagi sempurna.IBU mempunyai kedudukan tinggi disisi islam kerana pengorbanannya melahirkan ,menjaga,menyusukan,memenuhi keperluan makan minum,melayani kerenah kita yang bermacam2 sejak kite kecil hinggalah kita dewasa.AYAH pula mencari rezeki,memberi nafkah,mencukupkan keperluan kita utk belajar dan sebagainya supaya kita tidak dihina dan hidup melarat.Cuba kita bayangkan...
Oleh sebab itu,kita WAJIB berbakti kpd ibu bapa kita.Sesungguhnya ibubapa kita tidak minta jasa mereka dibalas dgn wang ringgit dan sebagainya.Bagi mereka cukuplah anak2 mereka berjaya dlm kehidupan DUNIA dan AKHIRAT ,menghormati dan tidak melupakan mereka serta sentiasa mendoakan mereka.DOA anak yang soleh menjadi saham buat mereka di akhirat nanti dan inilah yg sebenarnya paling berharga. Namun begitu anak yg benar2 berbakti kpd ibubapa ialah mereka yang berusaha menyenang ibubapa mereka termasuklah meringan beban mereka. Balaslah jasa mereka sementara mereka masih ada.
Bagaimana mahu berbakti?
Dalam kitab Dorrotun Nasihin menceritakan 10 hak orang tua keatas anak2nya:-
1- Memenuhi keperluan makannya
2- Melayani semua keperluannya
3- Menjawab panggilannya
4- Mentaati semua perintahnya selagi perintah itu bukan perkara maksiat
5- Berkata-kata dengan lemah lembut dan tidak memarahinya
(Al-Israk:23-24)
6- Memberikan pakaian secukupnya
7- Berjalan di belakangnya
8- Berusaha supaya org tua sentiasa redha kepadanya
9- Tidak menyukai apa yang org tua tidak suka
10- Berdoa dan memohon keampunan untuk ibubapa dan diri sendiri
Sirah Tarbawi
Saya ingin menbawakan beberapa kisah di zaman lampau secara ringkas utk sama2 dijadikan teladan:-
1- Kisah Alqamah-Beliau seorg yg kuat beribadah dan baik Hubungannya Dengan Allah (HDA) namun disaat sakaratulmautnya,dia tidak dpt menuturkan kalimah syahadah. Selepas diselidiki Rasulullah SAW , diketahui bahawa sesungguhnya dia telah melebihkan isterinya daripada ibunya.Hati ibunya yg terluka menyebabkan perkara tersebut berlaku. Setelah ibunya mengampunkan barulah beliau dpt mengucapkan dua kalimah syahadah.
2- Kisah Juraij- Beliau ialah ahli solat dan kuat beribadah.Suatu hari ibunya ,memanggilnya di biaranya sedangkan dia sdg solat ketika itu.Setelah panggilannya tidak dijawab Juraisy, ibunya pulang kerumah semula. 3 kali perkara ini berlaku menyebabkan hati ibu Juraisy terguris dan akhirnya mendoakan sesuatu yang tidak baik kpd anaknya.Dengan izin Allah setelah itu ,Juraisy tellah difitnah oleh seorang pelacur yang menuduhnya berzina dengan pelacur tersebut sehingga melahirkan anak
Kesimpulannya, orang yang baik adalah orang yang menjaga HDA dan Hubungan Dengan Manusia (HDM).Bagi mereka yag ketiadaan ibu dan ayah, peluang anda masih belum tertutup untuk berbakti.Doakanlah mereka,bersedekahlah untuk mereka,sambunglah persaudaraan dgn teman2 mereka dan bacalah Alquran kpd mereka.InsyaAllah, x sia-sia..
Sumber: “ Dasyatnya Doa Ibu”
Syamsuddin Noor