Sunday, 27 November 2011

Betulkan yang tak betul...



Kali ini saya nak share beberape situasi yang kita selalu alami tapi kadang-kadang kita tak tahu bahawa ada sesuatu yang lebih menarik disebalik yang kita alami tu…Betul ke ………………………………………

@@ kite selalu nak orang menghargai kite.

contohya:bile kita bagi hadiah kat org,kita tolong kemas rumah/kelas,kita nak orang menghargai n berterima kasih pada kite

èTapi fakta menyebut: majority manusia di dunia ni  x tahu menghargai.sedangkan dalam Al-Quraan pun Allah swt telah manyebut bahawa yang bersyukur dikalangan manusia ni sedikit sekali..kalau nikmat yang Allah bagi pun ramai yang x menghargai, dari manusia apatah lagi..

è kesimpulannya, marilah kita ajarkan  diri kita tentang ikhlas,ikhlas kerana Allah swt.Bagaimana..?? dgn tidak mengharapkan penghargaan atau pun ucapan terima kasih  daripada manusia.

Orang mukmin selalu ceria
 dan berfikiran +ve
@@kita selalu mengeluh n mengeluh akan nasib kita.kesempitan masalah wang,harta dan sebagainya..

èSebenarnya ade 3 petua untuk meluaskan rezeki kita:

1 1)    Luaskan konsep dan pengertian  rezeki

-jangan kita anggap rezeki itu hanya wang dan harta, sebaliknya pengertian rezeki itu luas..
-contohnya: Allah telah bagi kita penglihatan ,pendengaran,anggota badan yang sempurna dan badan yang sihat .cuba kita bayangkan orang lain yang ade penyakit kronik,kene ulang alik ke hospital,cacat anggota badan,bisu..satu lg nikmat/rezeki yg terbesar Allah bg iaitu nikmat:IMAN n ISLAM..ya Allah..kita sungguh beruntung..

2)   2)   Berikan rezeki kita pada orang lain

-memberi bukan hanya dengan harta tapi boleh dengan memberi senyuman,kata2 yang baik,pertolongan dan doa.
-memberi pada orang bermakna memberi pada diri sendiri walaupun itu bukan yang kita rasa bila kali pertama kita memberi
-sebenarnya,apa yang kita ada bukan  hak kita ,tapi yang kita bagi kat orang tu lah akan jadi hak kita sebagai saham di akhirat

3)     3) Bersyukurlah kepada Allah swt

-Allah pernah menyebut dalam kitabNya yang mulia bahawa siapa yang bersyukur akan ditambah nikmat padanya,siapa yang kufur sesungguhnya azab Allah itu amat pedih.
-Jadi marilah kita bersyukur dengan kurniaan Allah pada kita nescaya Allah akan tambah dan bagi rezeki pada kita dari arah yang tak disangka2…


@@kita selalu x jaga akhlak kita..

èsedangkan ramai yang masuk syurga kerana akhlaknya..tak rasekah kita nak masuk syurga??Seorang pelacur yang memberi anjing minum menggunakan sepatunya pun masuk syurga..Keredhaan Allah pada akhlak seseorang tu boleh bawa kite masuk syurga

èYusof Al-Qardhawi  menceritakan dalam tulisannya mengenai keluhan seorang intelektual barat yang memeluk islam.katanya: “Maha Suci Allah yang telah memperkenalkan aku islam sebelum aku mengenal muslim..”kenape die cakap macam tu??sebabnye orang muslim hari ni ramai yang tak ikut islam dengan sebenar2nya sebaliknya islam hanya pada nama..

èAkhlak sebenarnya adalah cerminan kepada islam itu sendiri. semoga Allah melindungi kita daripada menjadi fitnah kepada agama kita

Sebahagian dari perkongsian ini banyak dipetik dari buku Nota Hati Seorang Lelaki karangan Ust Pahroi Mohd Juoi. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak dari perkongsian yang sedikit ini...

                                                                 Wallahua`lam..



Sunday, 23 October 2011

Jom rancang usia kita...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,marilah kita sama2 bersyukur kerana:

-Allah masih memberi 2 nikmat terbesar kpd kita: iman & islam
-Allah masih menghidupkan kita dan memberi peluang utk kita beramal ibadah
-memberi nikmat kesenangan dan keamanan,tidak seperti di Palestin n Somalia..

Hari ni  sy terdetik utk berkongsi sedikit pandangan tentang hakikat kehidupan kita ni.

betul ke org kate mase mude ni penuh ngn warna warni??
Sebelum tu, tentu mungkin ade yang dah tahu bahawa sahabat Rasulullah,Usamah bin Zaid menjadi panglima perang ketika berusia belasan tahun, Sultan Muhamad AlFateh memimpin perang utk menakluk Konstantinopel ketika umurnya 21 tahun ,Imam Assyahid  Hassan Albanna pula menjadi  mursyid Am Ikhwanul Muslimin ketika berumur 22 tahun sehinggalah beliau syahid pada 1949 di tangan Jamal Abdoul Nasser...Hebatnya insan2 ini di waktu mudanya lagi dah boleh memberi sumbangan yg besar pada Islam..Dalam alquran ade menyebut,  bila seseorang itu menolong agama Allah maka Allah akan menolongnya.. mempermudahkan urusannya di dunia dan beroleh balasan syurga di akhirat.

Selain tu, kebanyakkan mereka2 ni, umurnya singkat contohnya Iman Syafie wafat ketika berumur 54 tahun dan Imam Hasan AlBannaa ketika umurnya 43 tahun.Hidup mereka singkat tapi barokah dan manfaatnya besar pd dunia islam..kita?? kita x tahu bila akan sampai ajal kita ..cepat/ lambat..yg pasti mereka dah dapat husnul khatimah..Kesudahan kita bagaimana??

Mase mude sebenarnya ialah mase yg
 singkat utk menimba ilmu yg luas..
Jadi saya nak menyeru pd sahabat2 sekalian marilah kita sama2 memanfaatkan waktu muda kita utk islam .Marilah menjadi orang yang beruntung ..di saat anak2 muda lain sibuk dengan arus hiburan, kemewahan, keglamouran dll, marilah kita berlumba2 utk menjadi hamba Allah yg sentiasa berusaha utk keselesaan & kehidupan selepas mati..

Bagaimana nak jd org beruntung ???

-          Gunakan setiap masa yg ade dengan bermanfaat
Hassan AlBanna: Sesungguhnya tanggungjawab lebih banyak dari mase yg ade.
Jom kita usaha utk tidak buang mase n sentiasa gunakn mase dengan optimum

-          Sentiasa memperbaiki niat supaya seluruh kehidupan kita adalah utk islam..
Selalulah bace doa:Allahuma yamuqallibalqulub sabitqulubana ala dinik..

-          Selalulah berfikir utk menyumbang pada islam sekadar kemampuan kita.
= berdakwah mengikut kemampuan , berusaha membantu umat islam yg lain ,berusaha utk menyumbang pd islam mengikut kepakaran/kemahiran  kita

-          Marilah kita memperbaiki akhlak serta hubungan dgn manusia(HDM) dan hubungan dgn Allah (HDA)...

Lastly ,sy nak mengajak sahabat2 semua utk sentiasa bermuhasabah..sesungguhnya janganlah kita menganggap waktu muda kita adalah mase utk enjoy,relax dan bersosial shja.Tapi marilah kita jadi syabab2 islam.Syabab yg boleh menyumbang pd perjuangan  islam..

Sekian dulu kali ini..







Friday, 26 August 2011

Khusyukkah kita didalam solat..??



                                    


Assalamualaikum.


Alhamdulillah kali ini saya ingin berkongsi tentang perkara yg pertama sekali yg akan dihisab di hari akhirat iaitu SOLAT.Sebelum itu,ada satu kata2 dari seorang alim mengatakan kita kena kenal jahiliyah supaya kita tidak terjebak ke dalamnya..Jadi,jom kita kenal siapakah orang yg LALAI dalam solat...


                                                                                                                                                                               
فويل تتمصلين(4)اللذين هم عن صلاتهم ساهون(5)           

“Maka kecelakaan besarlah bagi orang2 yang solat.Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai” (Al-Ma`un:4-5)

Daripada ayat diatas Allah swt telah menjanjikan neraka weil bagi mereka yang lalai dalam solat.Siapa sebenarnya yang dikategorikan sebagai org yg  LALAI dalam solat?

Jawapannya ialah ada beberape perkara yg termasuk dalam ertikata lalai itu;-
1.       Mereka yang LUPA bilangan rakaat yg sedang didirikan
2.       Mereka yang LALAI dengan kedatangan waktu solat fardu & suka bertangguh2

Ibnu Jarir:-Lalai itu ialah mereka tidak bersungguh2 mengerjakannya,dlm solat ingatannya melayang kpd yg lain dan tidak disegerakan utk membulatkan ingatannya kpd Allah.


Kesan solat yg khusyuk..




Imam Ghazali menyatakan orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia2 belaka kerana tujuan solat adalah utk mengingati Allah selain berfungsi mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Solat khusyuk: Mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dan setiap kalimah yg diucapkan dalam solatnya
Rasulullah saw juga bersabda: Tidak ada habuan bagi seorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang dia ingat.

Daripada hadis ini secara ringkasnya dapat disimpulkan  kalau kita nak mengukur  sekadar mana pahala yg diperolehi atau sejauh manakah kita berada dlm keadaan khusyuk maka selepas solat lakukanlah muhasabah. Sebanyak mana yang kita ingat (membaca bacaan dlm solat),sejauh itulah kekhusyukan kita..





Bagaimana mencapai solat yg khusyuk..?




Berikut  7 steps yg perlu dirasai utk mendapat solat khusyuk:-


1.       Hudhur al-qalbi (Hadir hati)

Kita perlu berusaha utk membuang segala perkara yg tiada hubungan dengan Allah swt di dalam solat.Sebaliknya kita perlu mengucapkan segala pujian dan mohon keampunan,petunjuk dan sebagainya kepada Allah.
Punca hadir hati ialah himmah (semangat/ kemahuan) yg tinggi.Sejauh mana hadirnya hati juga  bergantung kepada sejauh mana perlunya solat bagi seseorang.Sudah tentu solat merupakan perkara yg mustahak kerana ia merupakan perkara PERTAMA yg akan dihisab dihari kiamat.Oleh itu semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Bak kata pepatah nak seribu daya ,tak hendak seribu dalih,jika seseorg mahukan solat yg khusyuk,maka dia akan berusaha kearah itu..

2.       At-tafahum (Memahami)
Kita perlu berusaha untuk memahami segala makna ucapan yg dilafazkan di dalam solat.Mendirikan solat ibarat berdialog dengan Allah.Jika seseorang bercakap dengan seseorg dengan percakapan yg tidak difahaminya,maka dia gagal utk menyatakan tujuan dari ucapannya dan ini tidak bermakna dia sedg bercakap dengan orang lain..
3.       Ta`dzim (merasa KeagunganNya)

Apabila seseorang memulakan solatnya dengan menyebut AllahuAkbar,mereka perlu merasai dirinya terlalu kerdil di hadapan Allah dan merasai keagunganNya.

4.       Al-Haibah
Kita juga perlu merasa gerun dengan kehebatan dan kekuasaan Allah.Rasa gerun hanya boleh  dicapai dengan makrifat ttg Allah yg mendalam.Bagaimana kita nak mengagumi sesuatu sedangkan kita tidak mengenaliNya..
Selain itu kita perlu memiliki makrifat yg sebenar tentang diri kita.Walaupun didunia kita seorang raja, perdana menteri atau org besar dan dipandang tinggi oleh manusia, sedarkah kita bahawa kita hanyalah hamba Allah yg pasti akan dikerah oleh Allah utk suatu kebangkitan semula di Padang Mahsyar tanpa hak istimewa.Dua makrifat tersebut,InsyaAllah akan menimbulkan rasa gerun kepada Allah..


5.       Ar-Rajaa`
Kita juga perlu menaruh harapan yg besar mudah-mudahan segala ibadah solat yang dilakukan itu diterima oleh Allah swt dan mendapat ganjaran pahala dariNya.Ini kerana Allah bersifat dengan sifat ‘Lutfillah’ iaitu sifat lemah lembut dan karamah serta luas nikmatNya.Kerana sifat inilah Rasulullah telah  mengingatkan kita dengan sabdanya: “Hindarilah api neraka walaupun dengan hanya sebelah tamar”.
Kadang2 bila melakukan ibadat solat, hati dan ingatan melayang dan mengembara ke tempat lain ,namun apabila tersedar dari kelalaian itu,dia segera kembali mngingati Allah.Solat sebegini tidak ubah seperti separuh biji tamar td. Oleh kerana mengetahui sifat Allah swt yang Maha Penyayang itu,maka seseorang pasti akan menaruh keyakinan serta berharap bersungguh2 supaya solatnya diterima.

6.       Al-Haya`
Kita perlu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan dalam ibadah yg dilakukan sekadar yg terdaya di samping berusaha untuk meningkatkan kualiti solat kita...

Semoga dengan sedikit perkongsian in dapat memberi panduan dan menambahkan semangat kita utk  meng'improve'kan solat kita.Sekian..



Sumber: Khusyuk Dalam Solat

  Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat






Sunday, 24 July 2011

Sebelum mereka tiada....

        “ Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan kedua org tua dan kemurkaan Allah bergantung  pd kemurkaan kedua orang tua”

      Berdasarkan hadis diatas, saya ingin berkongsi mengenai betapa pentingnya kita menjaga hubungan dgn ibubapa kita.Mungkin kita tidak sedar bahawa kite kurang menghormati dan kurg berbakti kpd mereka. Kadang -kadang kita lebih menghormati dan lebih mengutamakan perasaan kawan-kawan kite mahupun orang luar berbanding ibubapa sendiri.Mungkin kite berpendapat mereka orang yang paling rapat dgn kite,tapi kita masih perlu menjaga adab2 sebagaimane yg ditetapkan oleh Islam.

                                                                          Kewajipan berbakti


وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
‘Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun dan berbuat baiklah kepada kedua org tuamu” (An-Nisa`:36)
Dua perintah yg terdapat dlm ayat tersebut :
1-Tidak menyekutukan Allah
2-Berbuat baik kpd ibubapa

Dosa kpd org tua berada pd kedudukan yg same dangan dosa mempersekutukan Allah.Bila Allah tak ampunkan dosa org musyrik kecuali org itu bertaubat sebelum mati,maka Allah tidak akan ampunkan dosa anak derhaka selagi org tuanya tidak memaafkannya..






                                                             Kenape perlu berbakti?

     Islam agama yg cantik lagi sempurna.IBU mempunyai kedudukan tinggi disisi islam kerana pengorbanannya melahirkan ,menjaga,menyusukan,memenuhi keperluan makan minum,melayani kerenah kita yang bermacam2 sejak kite kecil hinggalah kita dewasa.AYAH pula mencari rezeki,memberi nafkah,mencukupkan keperluan kita utk belajar dan sebagainya supaya kita tidak dihina dan hidup melarat.Cuba kita bayangkan...

   Oleh sebab itu,kita WAJIB berbakti kpd ibu bapa kita.Sesungguhnya ibubapa kita tidak minta jasa mereka dibalas dgn wang ringgit dan sebagainya.Bagi mereka cukuplah anak2 mereka berjaya dlm kehidupan DUNIA dan AKHIRAT ,menghormati dan tidak melupakan mereka serta sentiasa mendoakan mereka.DOA anak yang soleh menjadi saham buat mereka di akhirat nanti dan inilah yg sebenarnya paling berharga. Namun begitu anak yg benar2 berbakti kpd ibubapa ialah mereka yang berusaha menyenang ibubapa mereka termasuklah meringan beban mereka. Balaslah jasa mereka sementara mereka masih ada.

                                       Bagaimana mahu berbakti?

Dalam kitab Dorrotun Nasihin menceritakan 10 hak orang tua keatas anak2nya:-
1- Memenuhi keperluan makannya
2- Melayani semua keperluannya
3- Menjawab panggilannya
4- Mentaati semua perintahnya selagi perintah itu bukan perkara maksiat
5- Berkata-kata dengan lemah lembut dan tidak memarahinya
(Al-Israk:23-24)
6- Memberikan pakaian secukupnya
7- Berjalan di belakangnya
8- Berusaha supaya org tua sentiasa redha kepadanya
9- Tidak menyukai apa yang org tua tidak suka
10- Berdoa dan memohon keampunan untuk ibubapa dan diri sendiri


                                                            Sirah Tarbawi

Saya ingin menbawakan beberapa kisah di zaman lampau secara ringkas utk sama2 dijadikan teladan:-

1- Kisah Alqamah-Beliau seorg yg kuat beribadah dan baik Hubungannya Dengan Allah (HDA) namun disaat sakaratulmautnya,dia tidak dpt menuturkan kalimah syahadah. Selepas diselidiki Rasulullah SAW , diketahui bahawa sesungguhnya dia telah melebihkan isterinya daripada ibunya.Hati ibunya yg terluka menyebabkan perkara tersebut berlaku. Setelah ibunya mengampunkan barulah beliau dpt mengucapkan dua kalimah syahadah.

2- Kisah Juraij- Beliau ialah ahli solat dan kuat beribadah.Suatu hari ibunya ,memanggilnya di biaranya sedangkan dia sdg solat ketika itu.Setelah panggilannya tidak dijawab Juraisy, ibunya pulang kerumah semula. 3 kali perkara ini berlaku menyebabkan hati ibu Juraisy terguris dan akhirnya mendoakan sesuatu yang tidak baik kpd anaknya.Dengan izin Allah setelah itu ,Juraisy tellah difitnah oleh seorang pelacur yang menuduhnya berzina dengan pelacur tersebut sehingga melahirkan anak

      Kesimpulannya, orang yang baik adalah orang yang menjaga HDA dan Hubungan Dengan Manusia (HDM).Bagi mereka yag ketiadaan ibu dan ayah, peluang anda masih belum tertutup untuk berbakti.Doakanlah mereka,bersedekahlah untuk mereka,sambunglah persaudaraan dgn teman2 mereka dan bacalah Alquran kpd mereka.InsyaAllah, x sia-sia..

Sumber: “ Dasyatnya Doa Ibu”
               Syamsuddin Noor

Tuesday, 14 June 2011

Awalul Kalam..

Alhamdullilah..

Syukur pada Allah kerana izinNya tercipta juge akhirnya

blog ni.Niat dihati agar ilmu serta apa yang diperoleh

dapat dikongsi bersama dengan rakan2 sekalian..Teringat

hadis Rasulullah saw:

sampaikanlah walaupun satu ayat

Didalam Surah Al-Asr juge ade mnyebut,

sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali empat

golongan:- org yang beriman
- org yg beramal soleh
- org yg berpesan kepada kebenaran
-org yang berpesan kepada kesabaran
Sesungguhnya, terpanggil rasenye untuk bersama2

melakukan kerja yang mulia ini.Semoga ianya diterime

disisi Allah saw sebagai amalan yang soleh.InsyaALLAH..

-Ya Allah masukkan lah kami,keluarga kami dan seluruh umat islam dikalangan mereka yang beruntung..